BAB 8

Romance Completed 29776

"Lain kali aku call kau lagi ya. Ada kerja ni chow!" Aida terpaksa meletakkan panggilan dan Azra bertambah sedih.

"Wah! Wah! Wah! Hebat kau ya" Fizi yang muncul entah dari mana sambil bertepuk tangan menyebabkan Azra terkedu.

"Rindu? Kenapa? Rumah ni macam neraka ke?" Soal Fizi sinis dan Azra telan liur.

"Ke kau ada jantan lain kat luar? Lebih baik dari aku?" Soal Fizi lagi dan Azra rasa perutnya kecut sebab terlalu takut. Rambut Azra dipegang kemas dan Azra menahan sakit.

"Siapa yang kau rindu?!" Soal Fizi kasar dan menolak badan Azra hingga terjatuh ke lantai. Telefon Azra diambil dan digenggam kemas.

"Siapa?!" Soal Fizi keras.

"Ka...kawan...se...se...sekerja" jawab Azra takut.

"Bukan dah berjuta kali aku pesan. Jangan libatkan diri kau dengan orang luar!" Tengking Fizi sehingga Azra menikus terkejut.

"Bodohnya kau ni!" Kepala Azra ditunjal kuat sehingga dia rebah lagi.

"Apa lagi yang ada dalam telefon ni?" Soal Fizi sinis dan dia duduk di atas katil di bilik Azra. Dia mula mencari cari sesuatu.

"Oh, Irfan?" Soal Fizi dan gelak jahat.

"Kau ingat orang dalam kubur boleh angkat call ke?" Soal Fizi lagi dan dia terus gelak jahat.

"Banyaknya gambar. Gambar Irfan pun banyak ni. Kau rindu dia ke?" Soal Fizi dengan suara dibuat buat kesian. Azra hanya mampu memandang Fizi takut.

"Hebat! Ada folder lagi. Abang ya?" Soal Fizi jahat dan dia menekan sesuatu.

"Meh sini!" Panggil Fizi dan Azra dengan takut mendekati Fizi.

"Jari kau?" Pinta Fizi dan Azra hanya mampu menurut.

"Option, delete, yes!" Fizi tersenyum puas bila Azra sendiri yang memadamkan gambarnya dan Irfan. Air mata Azra mulai gugur bila gambar itu mula terpadam. Fizi bangun dari katil dan dia berdiri di beranda.

"Rasa macam ada dalam drama sedih je." Fizi berkata sinis dan dia memegang telefon Azra tinggi.

"See this!" Saat itu juga telefon Azra dibaling jatuh ke atas tanah dan pastinya berderai. Azra berlari ke beranda dan dia hanya mampu menangis bila hadiah yang dibelikan Irfan sudah musnah sepenuhnya.

"Aku tahu, telefon tu Irfan yang hadiahkan. Kan?"

"So! My pleasure to destroy it!" Fizi gelak jahat dan berjalan keluar dari bilik Azra.

"Lupa! Laptop kau mana?" Soal Fizi setelah kembali semula ke bilik Azra. Azra memandang mejanya dan Fizi segera melangkah ke meja itu. Dia mengambil laptop itu dan berlalu pergi.

Azra terus menangis hiba dan dia berlari turun ke laman untuk melihat telefon itu. Dari jauh dia sudah nampak setiap cebisan telefon itu dan dia terduduk lemah di atas rumput.

Air matanya mengalir laju dan dia biarkan sahaja rasa sedih dan sakit itu.

Azra melihat Fizi yang baru sahaja balik dari kerja. Azra dengan langkah lemah mengambil beg di tangan Fizi tanpa senyuman.

Fizi angkat kasar dagu Azra supaya memandannya kerana dia sakit hati betul bila Azra tak berikan senyuman dan layan dia seperti biasa lagi sejak hari dia buang telefon milik Azra itu.

"Kau nak protes ke ni?!" Soal Fizi kasar dan Azra menahan sakitnya yang melampau. Cengkaman Fizi dipipinya sangat kuat.

"Ta...tak..." jawab Azra lemah dan air mata mula menuruni pipinya. Kali ini Fizi terdiam bila melihat wajah sedih itu. Fizi menolak Azra sehingga terjatuh dan dia berlalu ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup dengan kasar dan dia membuka bajunya dengan kasar.

Dia tumbuk cermin sehingga pecah dan tangannya luka dan berdarah. Dia biarkan darah mengalir dari tangannya kerana dia rasa lebih tenang begitu. Dia terduduk dan memarahi dirinya sendiri.

Bunyi benda pecah menyebabkan Azra berhenti menangis serta merta dan berlari ke bilik Fizi. Dia terkejut bila melihat cermin bertaburan di lantai dan matanya jatuh pada tangan Fizi yang luka.

Azra berlari mendapatkan Fizi dan dia duduk disebelah lelaki itu. Dia tak faham kenapa dia perlu risau sangat tapi dia memang tak boleh tengok Fizi cedera.

"Ya Allah, Fizi..." hanya itu yang mampu keluar dari mulut Azra kerana terlalu risau. Kotak tisu di atas meja diambil untuk lap darah tapi tak berjaya kerana darah keluar terlalu banyak.

Dalam keadaan darurat macam tu Azra mengoyak skirtnya kerana dia tak rasa selamat untuk tinggalkan Fizi seorang diri sementara dia mencari kain balutan.

Fizi hanya memerhatikan wajah cuak itu tanpa sebarang bantahan. Azra membalut luka Fizi dengan berhati hati dan matanya mula bergenang.

"Saya tak kisah awak marah saya, jangan cederakan diri awak" rintih Azra sayu dan memandang anak mata Fizi. Fizi ingin memeluk tubuh itu tapi egonya membataskan.

"Aku ok" Fizi bersuara serius dan bangun dari situ.

"Kemas!" Arahnya tegas dan Azra hanya mampu menurut. Azra mengambil penyapu dan mula menyapu. Dia membersihkan semua serpihan dan Fizi duduk di birai katil sambil memerhatikannya.

"Saya ambilkan ubat" Azra pamit dan membawa first aid kit kepada Fizi. Dia bersimpuh di lantai dan tangan Fizi diraih dengan lembut.

Dia bersihkan luka itu dan meletakkan ubat sebelum membalutnya. Fizi hanya mampu diam dan biarkan Azra merawatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience