"Aku nak mandi" Fizi membuka mulut dan satu senyuman terbit di bibir Azra. Senyuman manis yang ikhlas.
"Saya sediakan" Azra masuk ke bilik air dan sediakan air mandian. Susah untuk Fizi gunakan shower dalam keadaan macam ni.
"Dah" Azra senyum lagi dan hulurkan tuala kepada Fizi. Fizi ambil tuala itu kasar dan berlalu ke dalam bilik air. Dia termenung bila melihat tangannya yang berbalut.
'Macam mana nak mandi?' Fikirnya dan dia membuka semula pintu bilik airnya. Azra kembali berpaling bila terdengar bunyi pintu bilik air.
"Aku nak mandi macam mana?" Soal Fizi mendatar dan Azra terus berjalan ke arah bilik air dan masuk. Terkebil kebil Fizi bila Azra masuk macam tu je. Fizi didudukkan di atas tab mandi dan Azra mengambil bekas untuk mencedok air.
"Saya mandikan" ujar Azra senang dan Fizi seakan terlopong dengan kata2 itu tapi dia tak pula membantah.
"Awak...nak bertuala ke?" Soal Azra takut dan Fizi anggukkan kepala je. Tak pernah tengok Fizi setenang ini selama ini.
"Bismillah" Azra mula menjirus badan Fizi dan menggosok perlahan badan tegap itu. Dia ambilkan sabun pula dan memang Fizi betul2 dimandikan oleh Azra.
"Dah, saya ambik tuala lain" Azra senyum dan keluar dari bilik air. Dia mengambil tuala kering dan berikan pada Fizi.
"Saya keluar dulu" Azra keluar dari bilik air dan sediakan pakaian Fizi. Fizi pulak macam tunggul je dalam bilik air. Fizi menyentuh badannya yang disentuh Azra tadi, kali pertama dia rasa senang dengan sentuhan Azra dan dia mula sukakannya.
Bukan je mandikan, pakai baju, makan pun Azra yang uruskan. Azra naik ke bilik Fizi dengan dulang makanan, kebetulan Fizi sedang bersusah payah memakai baju. Segera Azra letakkan dulang makanan dan membantu Fizi.
"Aku boleh turun makan kat dapur. Tak payah nak layan aku macam aku ni lumpuh" tegas Fizi dan air muka Azra mula berubah.
Azra angkat semula dulang itu dan dia pergi. Fizi berkira untuk memanggil Azra semula tapi dia tak buat pun. Dia mengeluh dan keluar dari bilik. Azra sedang menunggunya di dapur tanpa senyuman langsung.
"Malam ni aku buat parti. Sediakan makanan ringan je" Fizi memaklumkan dan Azra angguk faham. Azra duduk di depan Fizi dan menyuapkan makanan seperti biasa. Fizi juga tak menolak malah dia senang.
"Berapa orang?" Soal Azra tanpa memandang Fizi sebab dia tak betah nak memandang wajah Fizi lama.
"10" jawab Fizi mendatar. Suasana menjadi senyap dan hanya aktiviti suap menyuap je ada sekarang ni.
Juadah ringan sahaja yang Azra sediakan seperti yang Fizi minta . Azra masuk ke dalam biliknya kerana Fizi yang suruh dia jangan keluar langsung sepanjang parti nanti.
Suasana rumah besar itu mula bising dengan kehadiran tetamu dan Azra pula sendirian di bilik. Azra peluk lutut dan duduk di tepi beranda biliknya. Dia sukakan suasana malam di sudut itu, sama sepertinya. Sunyi.
"Mana bini kau?!" Zakri menyoal Fizi kuat sebab suasana bising dengan muzik keras. Fizi sengih sinis dan tak menjawab soalan kawannya itu.
"Aku nak jumpa dia!" Mirza pula bersuara dan Fizi gelengkan kepala.
"Kedekut!" Balas Zakri dan Fizi tergelak.
"Bukan taste korang pun!" Balas Fizi balik dan Kawannya buat muka meluat.
"Kenapa tak ada air keras? Bosan la parti minum coke je" Mirza pula buka mulut.
"Haram air tu masuk dalam rumah aku!" Balas Fizi dan tergelak. Dia tak pernah mabuk di dalam rumahnya sendiri dan dia tak benarkan dirinya buat semua itu.
"Kau telan tak apa" protes Mirza.
"My house! My law!" Senang Fizi menjawab dan dua kawannya mencebik.
"Awek?" Soal Zakri lagi.
"Haram jugak dalam rumah ni!"
"Bosan la kau ni Fizi!"
"Relax ar. Just enjoy my clean party"
"Boring! Bro, aku ada awek baru. Model kaki panjang. Nak try?" Pelawa Zakri dan Fizi tersenyum sikit.
"Dianne?" Soal Fizi pada Zakri dan ternyata Zakri agak terkejut.
"Mana kau tahu?" Soal Zakri.
"Dia dah melutut kat aku dulu! Kayu!" Komen Fizi dan Mirza tergelak bebas. Kelakar rasanya melihat muka Zakri yang frust menonggeng.
"Aku pun tak try lagi!" Bentak Zakri dan Fizi ikut sama gelak dengan Mirza.
"No worries, aku just ringan2 je. Tak selera" jawab Fizi sambil tersenyum bangga. Zakri tepuk bahu Fizi dan ikut sama senyum.
"Aku pergi tandas jap" Mirza minta diri dan berlalu dari situ setelah membuat isyarat mata pelik pada Zakri tanpa Fizi sedar apa2.
"Aku pun bro. Pergi la join orang lain dulu" saran Zakri sambil bangun. Fizi angguk dan dia menari bersama beberapa kawannya yang lain.
"Jom!" Ajak Zakri pada Mirza yang sedang menunggunya di kaki tangga.
"Jom! Aku bet bini dia lawa gila. Sebab tu kedekut tak ingat" ujar Mirza dengan gelak jahat.
"Aku pun rasa macam tu" Zakri ikut sama tergelak jahat. Mereka membuka pintu bilik satu persatu dan ada satu pintu yang buatkan mereka ukir senyum.
Share this novel