BAB 15

Romance Completed 29776

"Suami saya tak buat apa2 pun" Azra berdiri di hadapan Fizi bila guard itu muncul.

"Guard!" Arah Dr. Kamal lagi dan Azra tetap tak berganjak dari depan Fizi. Fizi jadi kelu bila seorang wanita yang selalu dipukulnya, yang lemah, pertahankan dia hari ini. Matanya mula bergenang tapi dia seka dengan cepat.

"Aku pergi dulu. Nanti aku jemput kau balik" Fizi putuskan untuk pergi tapi Azra pula tak benarkan. Azra tanggalkan semua jarum yang ada pada tangannya dan dia pegang erat jemari Fizi.

"Saya ikut awak balik" Azra berkata yakin dan Fizi seakan hilang sekejap di dunia. Azra sanggup pertahankan dia sampai macam tu sekali.

Dr. Kamal sendiri tak mampu nak halang apa yang Azra buat akhirnya dua orang itu meninggalkan hospital.

Dalam kereta Fizi dan Azra masing2 diamkan diri sejak tadi. Azra pandang Fizi yang sedang memandu dengan tenang dan perlahan lahan dia terukir senyum. Dia rasa sangat gembira melihat Fizi hari ini.

Semakin lama dia rasakan Allah sangat adil dan cinta itu datang selepas jodoh. Bila kita berjodoh dengan seseorang cinta akan datang secara semula jadi.

Azra pandang Fizi lama sehingga Fizi rasa tak selesa. Fizi rasa tak selesa dan tak keruan bila dua mata itu sedang memerhatikannya.

"Kau nak apa?" Soal Fizi serius dan Azra tersentak. Azra pandang ke luar tingkap dan gelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kalau kau sakit lagi aku tak peduli" tiba2 je Fizi cakap macam tu buatkan kening Azra bertaut rapat.

"Kau lari dari hospital, jadi kalau sakit jangan nak mengadu" Fizi menyambung dan Azra tergelak kecil. Fizi pelik pula bila Azra tak ambil serius apa yang dia cakapkan.

"Saya yang ambil risiko, saya akan tanggung sendiri" jawab Azra tenang dan dia pandang Fizi yang sedang merenungnya tajam. Erk!

"Maaf" pinta Azra laju bila dia terbuat aksi mesra dengan Fizi.

'Dia bukan Irfan' Azra menegur dirinya sendiri dan dia memandang ke luar tingkap semula. Kecut perut dia bila ditenung tajam macam tu.

Azra pelik bila Fizi sudah tak naik angin dan marah2 lagi. Fizi seakan melarikan diri daripadanya dan langsung tak menghiraukannya. Azra lebih suka Fizi memarahinya daripada dia berdiam diri macam ni.

"Awak nak makan?" Soal Azra takut dan bukakan butang baju Fizi seperti biasa.

"Erm" itu sahaja jawapan yang Fizi berikan. Azra senyum dan keluar dari bilik Fizi untuk menyediakan makan malam. Azra berfikir lama mengenai perubahan Fizi dan dia sendiri tak pasti kenapa Fizi berubah menjadi pendiam.

"Dah mandi?" Soal Azra pula bila Fizi turun ke dapur. Fizi tak membuka mulut langsung dan mula makan macam tu je. Azra berdiri di sebelah Fizi seperti biasa menanti Fizi untuk selesai makan.

Fizi tahu yang Azra canggung dengan dirinya sekarang tapi dia takut untuk membuka mulut dan dia takut untuk berlagak seperti biasa. Takut Azra akan meninggalkannya.

Selesai makan Fizi keluar dari dapur dan ke ruang tamu. Azra kemaskan meja dan sediakan kopi untuk Fizi.

"Kopi" Azra letakkan cawan kopi di atas meja dan Fizi betulkan duduknya.

"Aw...awak...penat?" Soal Azra berani dan Fizi memandangnya tanpa riak.

"Nak...saya...urut?" Soal Azra lagi dan Fizi kerutkan dahinya pula.

"Saya urut ya!" Ujar Azra ceria dan tangannya mengurut bahu Fizi yang tegang. Jelas sangat yang Fizi stress dan dia lega bila tangan itu mengurutnya. Fizi rasa tenang segenap hatinya merasai sentuhan ikhlas itu.

"Duduk" arah Fizi serius bila dia rasa berdebar dengan sentuhan lembut itu. Azra tak tunggu lama terus mengambil tempat duduk agak jauh dari Fizi.

"Aku izinkan kau kerja" tenang Fizi bertutur.

"Kau boleh keluar dari rumah ni bila2 masa je" sambung Fizi lagi.

"Kau tak perlu buat semua kerja ni lagi, tak perlu dengar arahan aku lagi" Fizi habiskan katanya dan dia tinggalkan Azra yang termangu di situ. Fizi berjalan ke biliknya dengan lemah dan dia duduk di katilnya.

Azra langsung tak keluar dari rumah itu walaupun dah dapat kebenaran dan dia tetap lakukan hal sama seperti sebelumnya. Pagi itu Azra masuk ke dalam bilik Fizi untuk siapkan Fizi ke tempat kerja.

"Berapa kali kau nak aku cakap?" Marah Fizi bila Azra berdegil untuk melakukan perkara yang dia sudah biasa lakukan.

Azra terdiam dan langkahnya mati di situ je. Azra menunduk dan dia berpaling ke belakang, dia mahu beredar dari situ sebelum Fizi betul2 naik angin.

Fizi telan liur bila Azra berlalu pergi dan dia segera mencapai lengan Azra menyebankan Azra berhenti melangkah.

"Kalau kau masuk lagi bilik aku, aku takkan biarkan kau pergi macam tu je" ugut Fizi serius dan Azra kelihatan bingung.

"Maksudnya?..." soal Azra polos dan Fizi hampir tergelak dengan soalan lurus itu.

"Maksudnya macam ni" Fizi merangkul pinggang Azra dan menariknya rapat ke badan dan Azra rasa tak keruan. Matanya terbuka luas dan Fizi tersenyum senget.

"Ma...macam...ni je?" Soal Azra perlahan dan Fizi berkerut. Nampaknya Azra masih lagi berani.

"Kalau macam ni?" Soal Fizi dan menolak lembut badan Azra ke dinding dan dia mengepung Azra sepenuhnya.

"Ok" Azra menambah lagi dan Fizi rasa Azra cukup berani. Fizi mengangkat tubuh kecil Azra dan dibaringkan di atas katil pula. Azra kecut tapi dia tetap mempamerkan keberanian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience