BAB 6

Drama Completed 3915

Lufti hanya acuh tak acuh. Raneem pelik. Bukankah selama ini suaminya pingin sangat akan zuriat. Kini, dia dah disahkan hamil kenapa reaksinya tidak teruja?

“Abang, Neem cakap ni, Neem dah hamil.” Raneem merangkul leher Lufti. Rasa bahagia di hati mahu disalurkan pada suaminya.

Penantian selama tujuh tahun itu bukan singkat. Hanya hati yang tahu betapa gembiranya dia pada saat dan ketika itu. Yang diharapkan, tentu sahaja kehadiran janin dalam kandungannya akan mengeratkan hubungan mereka suami isteri yang semakin hari semakin jauh.

Komunikasi antara mereka hampir tiada. Sepatah dua untuk sehari. Kadang-kadang pertanyaan Raneem hanya dijawab lewat bahasa tubuh oleh Lufti. Tetapi kalau mahukan nafkah batin, pandai pula Lufti mencari Raneem Adakah seorang isteri hanya semat-mata untuk perkara itu?

“Abang...” Raneem yang membuka mulut untuk kali ketiga terhenti semerta. Lufti menepis tangannya dengan kasar.

“Berapa kali kau nak bagi tau ni? Kalau kata mengandung, lembu kambing tu pun bunting juga. Masalahnya, kena beranak. Kalau setakat bunting tapi dua tiga hari lepas tu gugur, tak payah nak seronok sangatlah. Elok lagi lembu dengan kambing belakang tu. Subur. Beranak-pinak. Yang ada seorang dalam rumah ni saja tak ada guna! Hamil konon! Dah lah, aku banyak kerja!” Selesai memuntahkan isi hati, Lufti bingkas bangun dari beranda rumah.

Kunci motosikal dicapai lalu kenderaan beroda dua itu ditunggang entah menuju ke mana.

Raneem terkedu. Kakinya lembik. Kerusi di sebelah dicapai. Direbahkan batang tubuhnya menyandar pada kerusi kayu itu.

Luluh hati mendengar bicara seorang lelaki yang bernama suami. Patah kata berbaur lembut sudah lama lenyap daripada bibir Lufti. Panggilan mesra juga telah lama luput.

Yang masih berbaki antara mereka hanyalah akad yang menyatukan. Raneem menelan liur. Perit dirasakan di celahan kerongkong. Dia tidak menyalahkan Lufti. Lelaki itu sudah penat menunggu dia melahirkan zuriat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience