BAB 12

Drama Completed 3915

Dan kemuncaknya adalah hari ini. Ahad terakhir bulan Januari. Sejak pagi lagi Raneem sudah sibuk membantu Mak Jah menyediakan makanan di dapur. Sebentar lagi van akan sampai membawa mereka ke padang sekolah berhampiran.

Keizinan daripada pihak pentadbiran sekolah sudah diminta bagi tujuan aktiviti tersebut. Terlebih dulu sudah dua kali van yang dipandu Pak Amat menghantar anak-anak dan keperluan permainan yang sudah disediakan oleh mereka beramai-ramai sejak seminggu yang lalu.

Cuma hadiah saja semuanya ditaja oleh Encik Carliff, dan lelaki itu akan terus membawanya ke tempat acara menggunakan kenderaan mewahnya. Tempoh hari Raneem diajak oleh Carliff untuk pergi bersama, tetapi Raneem menolak dengan baik.

Alasannya, masih banyak kerja yang perlu dia lakukan di Rumah Kasih sebelum acara bermula.

Pukul 8.30 minit pagi, padang sekolah rendah itu telah dipenuhi oleh anak-anak yatim daripada 3 buah rumah kebajikan. Turut serta pekerja-pekerja daripada tiga buah rumah anak yatim itu.

Tidak ketinggalan masyarakat setempat dan NGO yang turut dijemput hadir bagi memeriahkan acara pada hari itu. Datin Rosmah sebagai pengasas Yayasan Az-Zahrah yang turut sama berperanan sebagai tuan rumah juga tidak lupa daripada menjemput rakan-rakannya daripada kalangan korporat.

Pada acara-acara sebeginilah rumah kebajikan boleh mencari ruang dan peluang bagi mendapatkan sumbangan daripada individu mahupun badan korporat.

Sebenarnya ramai sahaja di luar sana yang menyumbang kepada kebaikan, Cuma sesetengahnya sahaja yang tidak kena gaya. Nampak lebih kepada meraih nama dan pandangan umum, mengatasi daripada niat sebenar untuk berbuat kebajikan.

Pelbagai pertandingan menarik seperti cari gula-gula di dalam tepung, belon berisi air, isi air dalam botol, tarik upeh, kerusi berirama, lumba lari, dan lari dalam guni diadakan sepanjang hari itu melibatkan semua anak yatim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience