BAB 16

Drama Completed 3915

Reaksi Raneem kosong. Masih lagi menangis. Tapi gerakan tubuhnya kaku. Huluran cincin oleh Carliff boleh diperhatikannya menerusi pandangan sisi. Tapi kekuatan untuk menyambut cincin itu tidak ada. Hatinya memang pernah berpuisi untuk lelaki di sebelahnya ini.

Tetapi puisi separuh baris itu telah direnyuk dan dibakar sebelum menjadi syair nan indah. Kini angan yang pernah menghuni hati sudah hadir nyata di hadapan mata. Tetapi tidak tahu, kenapa dia tiada daya bertindak walau hanya untuk mengangguk sebagai tanda seia sekata.

“Mama... Mama tak nak jadi mama Eza ke?” Sugul wajahZoreza. Entah sejak bila anak kecil berusia dalam lingkungan lima tahun lebih itu muncul di situ. Raneem pandang wajahZoreza. Genang air pada tubir mata anak cilik yang comel itu begitu merenggut hatinya.

Tiba-tiba ada tiupan angin yang berbau harum menyapa hidung Raneem Dia sedut bau itu dalam-dalam. Bauan melur bercampur kenanga. Raneem pejam mata menghayati bauan yang cukup mengasyikkan itu. Dalam pandangannya itu hadir seorang bidadari kecil. Tersenyum padanya. Mengangguk-angguk dengan wajah girang. Kecil saja tubuh itu seolah bayi yang baru lahir... Zoreza ?

“Ya, mama?” Zoreza sudah merangkul bahu Raneem

Raneem celik. Debar di dada masih terasa. Bau melur dan kenangan beransur hilang. Dia bermimpi? Atau khayal? Atau semua ini memang betul terjadi? Raneem pandang Carliff di sebelah. Lelaki itu masih setia menghulur cincin? Tak lenguh tangan ke? Sempat hatinya berdesis nakal!

“Tangan Encik Carliff tak lenguh ke hulur cincin tu lama-lama?” Raneem selamba menyoal sambil tangannya mengelus lembut rambut Zoreza yang panjang.

“Tak, saya kuat main besi. Otot saya pejal. Nak tengok?” Carliff juga bersuara nakal. Cukuplah momen sedih yang tercipta tadi. Hidup perlu diteruskan walau apapun jua rencahnya. Kesedihan hanya satu rona dalam kehidupan. Terlalu bermesra dengan kesedihan hanya akan menghadirkan warna kelam dalam kehidupan.

“Tak apa, nanti lepas kita dah nikah saya tengok!” Laju mulut Raneem menjawab. Seraya itu dia bingkas bangun. Punggung dikibas. TanganZoreza dipegang erat.

“Jom, Eza. Majlis penyampaian hadiah nak mula tu. Eza dengan Papa kan ada menang tadi, nanti melepas pula hadiah tu.” Raneem memimpin tangan Zoreza menuju ke pentas kecil yang didirikan bawah beberapa buah khemah. Langkah kakinya yang diatur maju ke hadapan dihentikan seketika. Kepalanya ditoleh ke belakang. Renungannya menatap sepasang mata Carliff yang indah. Senyuman manis diukir, lalu di meneruskan perjalanan.

Carliff bingung.

“Nikah? Papa? Maksudnya dia setujulah! Terima?” Blur juga Carliff ni. Maklumlah, Raneem pun satu, bagi jawapan yang tersirat.

“Papa, buat apa lagi tu, cepatlah!” Jeritan Zoreza yang nyaring menyedarkan Carliff yang masih dalam separa sedar. Pantas dia berlari anak menyertai Zoreza dan Raneem

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience