BAB 15

Drama Completed 3915

Raneem sudah terlalu lama memendam. Hari ini dia akan selongkar segala isi hati wanita yang tanpa sedar sudah menghuni satu sudut dalam hatinya kini.

“Tidak ada satupun di dunia ini milik kita. Semuanya milik Dia. Dan tidak ada satupun juga kejadian yang berlaku di dunia ini tanpa pengetahuan-Nya. Kalau kita meratap dan terus bersedih, seolah-olah kita mempersoalkan takdir. Siapa kita untuk bersoal-jawab dengan Tuhan, Raneem ? Saya tahu awak kuat. Saya sendiri tak dapat bayangkan berada di tempat awak. Mungkin awak sudah dapat menerima takdir pemergianZoreza milik awak, tapi lihatlah diri sendiri, Raneem Bukan saya tak perasan, malah banyak kali awak menangis dalam diam. Awak sakit dalam sepi. Hati awak merintih. Jiwa awak merana. Saya dapat rasakan semua itu, Raneem ” Carliff jeda lagi Kali ini Raneem sudah menangis dengan laju.

Carliff mengeluarkan sapu tangan daripada kocek seluar dan dihulurkan kepada wanita itu. Raneem menyambut. Dikesatnya air mata yang bercucuran. Tapi air jernih itu masih lagi mengalir dan terus mengalir.

“Raneem, saya duda. Isteri saya minta cerai sebab nak kahwin dengan lelaki lain. Dia tak pernah sekalipun menyusukan Zoreza milik saya. Satu-satunya puteri yang saya ada. Isteri saya sebenarnya tak nak mengandung. Dia pentingkan tubuh dia yang langsing, modellah katakan. Lahir saja Zoreza dia dah bagi warning, habis pantang mesti dia diceraikan. Sebab itulah perjanjian antara kami, kalau tak mahu kandungannya, yakni Zoreza tidak digugurkan.” Carliff menahan rasa. Kenangan lama yang cuba dikorek kembali pasti menghadirkan luka.

“Saya tak minta banyak daripada awak Raneem Saya tak kisah kalau awak tak masak untuk saya. Saya tak kisah kalau awak tak iron baju saya. Saya tak kisah kalau awak tak tolong betulkan tali leher saya. Malah saya juga tak akan paksa kalau awak tak nak bersentuhan dengan saya. Tapi tolonglah terima saya, semata-mata Zoreza milik saya. Saya mahu awak jadi mama kepada Zoreza saya. Kasihanlah Zoreza saya yang langsung tidak disentuh ibunya sejak keluar dari rahim. Terimalah Zoreza milik saya dengan sepenuh hati awak Raneem Dia memerlukan seorang ibu. Dia perlukan sentuhan ibu ketika tidur dan bangun dari tidur. Dia perlukan pelukan kasih seorang ibu. Mulutnya betah bercerita di rumah tentang setiap apa yang dilakukannya bersama awak di Rumah Kasih setiap kali dia berkunjung di sana. Mama saya pun dah bagi green light, dan saya sendiri pun memang ada perasaan terhadap awak Raneem Sifat keibuan awak yang melimpah ruah buat anak-anak di Rumah Kasih memang telah menambat hati saya. Saya perlukan seorang wanita seperti awak sebagai pendamping hidup saya, Raneem Sudikah awak menjadi isteri kepada saya dan mama kepada Zoreza, dan InsyaALLAH bakal anak-anak kita nanti?” Carliff menghulurkan sebentuk cincin yang masih terletak elok dalam bekas baldu berwarna merah jambu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience