BAB 9

Drama Completed 3915

“Dan berapa kali juga saya dah pesan dekat Encik Carliff, saya bukan lagi Cik tapi Puan. Puan Raneem ” Sengaja Raneem menekankan perkataan Encik, Cik dan Puan itu.

Raneem tidak mahu orang yang mendengar salah anggap. Meskipun fizikalnya masih nampak serupa anak dara, tetapi hakikat tetap hakikat. Dia pernah berkahwin.

Pernah melahirkan zuriat. Dan pernah juga kehilangan suami. Raneem tidak pernah terfikir menyembunyikan identiti sejarah hidupnya. Tak ada dosanya untuk bergelar janda seawal usia 32 tahun ini.

Biar dia tahu masyarakat selalu memandang serong terhadap status janda itu, namun Raneem tidak kisah. Selagi dia mampu dia akan jaga peribadinya sebaik mungkin.

Sebab itu jugalah dia tidak gemar Carliff memanggilnya dengan gelaran Cik. Dan atas alasan yang sama panggilan Encik buat Carliff tidak digugurkan. Biar ada batasan dalam perhubungan mereka.

“Kalau tak ada apa-apa, saya masuk dululah Encik Carliff.” Raneem meneruskan langkah tanpa menunggu balasan daripada Carliff. Sekejab lagi anak-anak akan pulang dari sekolah.

Lebih baik dia ke dapur membantu Mak Jah. Paling tidak menghidangkan makanan tengah hari. Tak adalah kelam kabut sangat nanti. Biasalah hari Jumaat.

Yang lelaki akan ke masjid menunaikan kewajiban kepada Tuhan. Biasanya Rumah Kasih akan memberi makan tengah hari kepada anak-anak lelaki dahulu pada hari Jumaat.

Biar mereka ke rumah Allah dengan selesa. Tidak ada perut yang berkeroncong. Dapatlah dengar khutbah dengan tenang. Tak adalah terbayang makanan waktu angkat tangan takbir solat.

Dan tak adalah tidak sabar bingkas dari duduk tahiyat akhir sesudah salam kedua. Cuma kelakar pula bagi Raneem apabila anak-anak kecil ini bercerita usai pulang dari masjid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience