BAB 11

Drama Completed 3915

Suara yang hadir dek keimanan kepada Pencipta. Kepada siapa lagi perlu ada pergantungan, jika bukan kepada Allah, Tuhan sekalian alam? Ketika ini bantuan daripada luar tersekat sama sekali.

Mereka bagaikan terkepung di sebuah pulau. Tetapi apakah mustahil bagi Tuhan untuk menurunkan bantuan? Tidak ada yang mustahil baginya.

Hajah Zabedah bingkas bangun. Semerta dia keluar ke koridor menuju arah paling hujung. Mujur surau sekolah itu di aras tertinggi sekali. Wuduk diambil. Kain telekung yang memang tersedia dalam surau itu dikenakan.

Nakhah Al-Quran dicapai. Laju dia kembali kepada Raneem Ayat suci adalah penawar buat anaknya ketika itu. Raneem lemah semangat. Bukan sahaja dia kehilangan Zoreza di depan matanya sendiri, bahkan dia juga baru mengetahui satu kenyataan yang begitu sukar buat seorang wanita.

Anaknya itu dimadukan oleh suaminya. Dan rahsia itu terbongkar dalam situasi yang begitu menyedihkan.

Alunan ayat suci yang kedengaran dalam ruang tempat mereka berteduh itu begitu menyayat hati. Seorang anak yang terbaring tanpa sedarkan diri. Seorang ibu yang mengalunkan bacaan ayat suci dengan penuh melankolik dan disertai wajah-wajah sendu di sekeliling mereka.

Alhamdulillah, tidak lama selepas itu mata Raneem yang katup terbuka. Dan gembiranya, bantuan daripada pihak luar yang ditunggu-tunggu juga muncul juga. Pihak Bomba dan Penyelamat akhirnya berjaya juga menjejaki mereka menerusi bot.

Bersama mereka adalah beberapa sukarelawan dan bahan-bahan asas yang amat diperlukan oleh mereka yang berlindung di sini sejak tiga hari yang lalu.

Sejak seminggu yang lalu petugas di Rumah Kasih sibuk sangat. Hujung minggu itu akan diadakan Hari Keluarga Kasih.

Satu acara yang menjadi tradisi rumah anak-anak yatim itu. Menariknya, bukan anak-anak di Rumah Kasih sahaja yang akan menikmati keriangan pada hari tersebut, bahkan beberapa buah rumah anak yatim di luar sana turut dijemput oleh Yayasan Az-Zahrah bagi memeriahkan Hari Keluarga Kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience