BAB 13

Drama Completed 3915

Bagi orang dewasa pula acara tarik tali diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka yang sudi melapangkan masa memeriahkan acara pada hari itu. Raneem dan Carliff juga tidak ketinggalan daripada menyertai pertandingan tarik tali.

Mereka bukan dalam sepasukan tetapi sebagai lawan. Kecoh dibuatnya dengan suara gegak gempita para penyokong kedua-dua buah pasukan. Beberapa minit kedua-dua pasukan saling tarik-menarik, akhirnya pasukan yang diketuai Carliff berjaya mengalahkan lawan mereka.

“Penat?” Carliff mencuri ruang di sebelah Raneem Ketika itu Raneem hanya duduk melepaskan lelah di bawah sebatang pohon ketapang yang rendang di tepi padang. Raneem menginjak sedikit duduk letak punggungnya.

Carliff senyum nipis. Raneem Entah apa yang wanita itu takutkan tentang dirinya. Kalau nak kata ada orang yang akan marah bila nampak dia berdua dengan Raneem rasanya tidak ada sesiapa. Dia juga maklum bahawa Raneem tahu status dirinya yang duda.

Dia bukannya ada isteri. Ada isteri pun lama dulu. Itu pun kahwin aturan Datin Rosmah. Dan perempuan itu minta cerai sebab nak kahwin dengan lelaki lain. Selepas itu, Carliff dah tutup buku tentang soal nikah kahwin. Malas rasanya nak fikir semua itu.

Ada juga perempuan yang tidak bertimbang rasa, lebih mementingkan perasaan sendiri sehingga sanggup tak menjenguk anak sendiri bahkan tidak berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan kerana lebih tergila-gilakan lelaki bangsa asing berkulit putih dan berhidung mancung.

Nafas Carliff kedengaran. Dia sebenarnya tidak pernah nak mengejar perempuan. Cuma Raneem nampak lain. Ada sifat kasih-sayang yang menebal dalam diri wanita ini.

Redup matanya yang memandang anak-anak di Rumah Kasih penuh sarat dengan sifat keibuan. Carliff pernah merisik khabar daripada Mak Jah tentang perihal Raneem Mulanya Mak Jah tidak mahu bercerita.

Tetapi bila Carliff buka mulut dan menyatakan isi hatinya bahawa dia mahu mencari ibu kepada Zoreza dan bukannya wanita untuk pemuas nafsu, barulah Mak Jah bercerita A to Z.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience