BAB 14

Drama Completed 3915

Kasihan Raneem Menurut Mak Jah, bayi Raneem yang berusia lima bulan terlepas dari rangkulan ketika bergelut mencari ruang perlindungan semasa bah melanda di negeri kelahirannya yang merupakan musibah terteruk dalam sejarah negara ini.

Ketika itu, suami yang diharapkan menghulurkan bantuan lebih kalut menolong seorang wanita lain dan anak-anaknya. Saat itu jugalah Raneem mendapat tahu yang suaminya telah lama berkahwin lain dan mempunyai tiga orang anak.

Dan kesedihannya berlipat ganda, apabila dia diceraikan dengan talak tiga, seraya dimaki-hamun kerana tidak pandai menjaga anak sendiri!

“Raneem ” Carliff akhirnya membuka mulut. Menunggu Raneem memulakan bicara bagaikan menunggu bulan datang kepada pungguk.

Soalannya tadi pun dibiarkan sepi oleh Raneem Ini merupakan kesempatan terbaik bagi Carliff. Dia perlu luahkan isi hati. Kata orang, kalau sudah suka katakan suka.

Apapun jawaban daripada orang sebelah setidak-tidaknya dia sudah berusaha menyatakan hasrat yang terpendam dalam sanubari.

“Saya sebenarnya sukakan awak.” Carliff jeda sebentar. Sempat dia melihat reaksi wajah wanita itu. Jelas nampak terkejut.

“Saya tahu kisah hidup awak, Raneem Awak tak perlu malu dengan status awak sebagai janda. Tambahan pula, saya inipun bukannya bujang, duda. Hidup ini sebenarnya bukan berada dalam tangan kita. Ada yang mengaturkannya Raneem Kita hidup di dunia ini sementara. Kita datang dalam bentuk pinjaman, sampai saat nyawa kita sendiri pasti akan dipulangkan. Begitu juga denganZoreza, satu-satunya anak awak. Saya tahu awak tunggu lama sangat untuk memangku dia, dan pastinya awak tak menyangka begitu cepat dia akan diambil pergi. Tetapi hakikatnya dia ada, Raneem Dia sedang menunggu awak di taman Raudhah.” Carliff berhenti sejenak.

Hanya sedu-sedan Raneem yang kedengaran. Bukan niat Carliff mahu membuatkan wanita itu sedih. Tetapi Carliff sedar dia perlu bercakap tentang hal yang satu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience