BAB 10

Drama Completed 3915

Katanya ada orang sedang main telefon bimbit. Ada orang pula tersenguk-senguk dek kantuk. Ada pula menyandar di dinding sedangkan usianya masih lagi muda.

Ada pula yang sibuk mahu duduk di belakang sedangkan saf di hadapan masih penuh. Anehnya semua laku itu tersebut zahir daripada mereka yang lebih dewasa. Tatkala mendengar semua omelan anak-anak, Raneem selalunya akan gunakan riverse psikologi.

Tidak perlu memburukkan sesiapa, sebaliknya gunakan pendekatan yang sesuai kepada anak-anak agar mereka tidak meneladani perbuatan yang tidak betul seperti itu.

Hajah Zabedah panik. Satu-satunya anak yang dianugerahkan Tuhan kepadanya di buana ni pengsan. Cuaca di luar sana masih buruk. Bantuan tidak juga kunjung tiba. Keperluan mereka di sana tidak ada yang bisa membantu meringankan beban.

Waima minyak cap kapak juga tidak ada. Raneem yang pengsan tadinya dibaringkan di atas tikar. Is, jirannya menggunakan tangan mengibas-ngibas pada wajah Raneem Biar ada udara sedikit. Hajah Zabedah memeriksa nadi Raneem Masih berdenyut.

Hajah Zabedah pejam mata. Sulit sungguh ujian Tuhan kepada mereka saat ini. Apatah lagi buat Raneem Nafas yang memberat di dada dilepaskan perlahan-lahan. Jauh di sudut hatinya ada suara membisik.

“Jangan putus asa kepada Tuhanmu...”

“Berbaik sangkalah kepada Tuhanmu...”

“Dia tidak akan membebani hambanya melebihi kesanggupan upaya penerimaan mereka...”

“La Tahzan, Allah ada dan bantuannya begitu hampir...”

Suara-demi suara menujah telinga Hajah Zabedah. Suara itu bagaikan ada orang yang membisikkan kepadanya. Namun, kenyataannya, semua itu hanya suara hati yang mengilhamkan rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience