BAB 3

Drama Completed 3915

Raneem ketika itu sudah terjelopok ke lantai. Raungannya tidak berhenti. Air mata tidak perlu diperkatakan lagi. Bimbang tindakan luar kewarasan akan berlaku, Hajah Zabedah dan beberapa jirannya memapah Raneem ke dalam kelas yang dijadikan tempat tinggal mereka sementara.

Raneem enggan. Tapi kudrat tiga wanita yang memaksanya, membuatkan jasad itu longlai mengikut arah tuju kaki yang mengatur langkah. Saat itu mata Raneem hanya memandang ke luar.

Ke arah air bah yang berwarna coklat gelap yang seolah-olah sedang mentertawakan dirinya. Dan dalam ketawa itu dia nampak sesuatu. Ya, dia nampak sesuatu!Zoreza !Zoreza sedang tersenyum kepadanya!

“Akak, dah pengsan budak ni!” Kak Is yang sedang memimpin Raneem menuju ke kelas terjerit. Hajah Zabedah yang di hadapan beberapa langkah terhenti semerta.

“Allahurabbi, Raneem !” Hanya itu yang tercetus dari bibir tua Hajah Zabedah.

Rumah Kasih. Pendek sahaja nama kediaman anak-anak istimewa itu. sekadar mendukung dua patah perkataan sahaja. Masing-masing mewakili rumah dan kasih. Kalau mahu membuka kamus, rumah didefinisikan sebagai sesuatu binaan yang dijadikan sebagai tempat tinggal.

Manakala kasih pula mendukung makna perasaan sayang. Pendek kata rumah teres dua tingkat corner lot yang dijadikan sebagai kediaman anak-anak yatim ini memang kena namanya sebagai Rumah Kasih.

Sebuah tempat untuk berlindung daripada panas dan hujan. Dalam masa yang sama, anak-anak ini dibesarkan dengan penuh kasih-sayang.

Hari itu hari Jumaat. Masih pagi lagi walaupun embun sudah lama mengering dari hujung rumputan. Raneem selesa di luar rumah teres dua tingkat corner lot yang dindingnya berwarna putih gading itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience