BAB 7

Drama Completed 3915

Masing-masing mereka jatuh suka ketika belajar dulu di Tingkatan Enam. Asyik menyulam cinta sehinggakan pelajaran terabai. Mujur ibu bapa kedua-duanya agak senang sedikit hidupnya.

Tambahan, kedua-duanya anak tunggal. Harta pusaka pasti diwarisi. Tamat belajar selang setahun dua mereka bernikah. Namun kebahagiaan yang diharapkan berpanjangan hanya bertahan seketika cuma.

“Yeay, Papa datang! Papa datang!” Terloncat-loncat Zoreza dibuatnya sekali gus mematikan lamunan Raneem

Lelaki tinggi lampai sekitar 181 sentimeter dengan susuk tubuh sasa itu melangkah gagah masuk ke dalam perkarangan rumah. Semua orang di dalam rumah itu kenal dengannya.

Mana tidaknya, anak lelaki kepada penaung Rumah Kasih sendiri. Carliff Akhtar. Nama bukan main lagi. Sempat lagi hati Raneem mencebik. Malas nak berlama-lama di situ, memandangkan Carliff ada, Raneem pantas bangun dari tempat duduknya dan bersedia mengatur langkah menuju ke dapur.

Alang-alang ada orang lain yang dah boleh tengok-tengokkan budak-budak di depan ni, ada baiknya dia ke dapur bantu Mak Jah apa yang patut. Lagipun, senang cerita Raneem kurang selesa dengan Carliff.

“Nak ke mana tu Cik Raneem ?” Belum sempat Raneem meloloskan diri lewat pintu utama rumah itu, suara Carliff sudah menerobos ke gegendang telinganya.

Suara Carliff yang macho itu sedikit sebanyak memberi getaran kepada hatinya. Dan Raneem teramat membencikan getaran itu. Raneem kejap bibirnya yang menggeletar.

Tidak tahu kenapa, setiap kali berhadapan dengan Carliff, dia akan jadi tak tentu arah. Bodoh punya hati! Sempat lagi suara dalam memaki diri sendiri.

“Saya nak masuk dalam Encik Carliff. Nak tolong Mak Jah masak. Duduk luar pun bukannya ada apa lagi kan? Encik Carliff lebih dari cukup tengok-tengokkan budak-budak tu.” Mata Raneem menunduk sahaja menjawab pertanyaan Carliff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience