BAB 8

Drama Completed 3915

Tidak kuasa dia mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Sebagai seorang wanita yang pernah berkahwin, dia sedar siapa dirinya. Meski fitrah menyayangi dan disayangi selayaknya antara seorang Adam dan Hawa itu tidak mampu dikikis secara total daripada relung hati, namun Raneem cukup matang untuk meletakkan sempadan.

Enggang selamanya akan terbang tinggi dan pipit pula hanya di tanah saja tempat selayaknya.

“Tapi saya nak tengok awak sama...” Carliff bersuara perlahan saja. Saat itu dia sudah duduk bertinggung.

Memerhatikan anak-anak itu bermain riang. Kanak-kanak, suatu usia yang baginya begitu indah sekali. Usia yang polos. Bebas daripada dosa. Tenang daripada masalah.

Tidak ada apa-apa yang sulit perlu difikirkan. Hanya ketenangan dalam menjalani kehidupan. Namun, hakikatnya bukan semua kanak-kanak ditakdirkan menjalani kehidupan seumpama itu.

Mereka di sini, meski tiada ibu dan bapa juga saudara yang punya pertalian darah, namun diasuh, didik dan dibesarkan dengan sentuhan kasih sayang. Dalam masa yang sama ramai kanak-kanak di luar sana tidak berpeluang mengecapinya.

Biar hidup bersama ibu dan ayah kandung sendiri. Ada yang didera. Ada yang terabai. Ada yang langsung tidak diambil peduli dan diserahkan seratus peratus atas bahu pengasuh. Tetapi itulah namanya kehidupan. Tidak ada erti sempurna kerana sempurna itu milik Tuhan yang mencipta semata-mata.

“Nak apa Encik Carliff ?” Perlahan sangat suara lelaki itu tadi membuatkan Raneem perlu bertanya sekali lagi.

“Hah? Urm...Tak ada apa-apa. Tapi awak ni pun Raneem, berapa kali saya nak beritahu, tak perlu berencik dengan saya. Macam ada gap yang besar pula.” Dah lama Carliff pesan kepada Raneem, panggil Carliff saja.

Tapi payah sangat Raneem nak menurut kehendaknya yang satu itu. Susah sangat panggil abang sajalah. Abang Carliff ! Kan sedap macam tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience