BAB 8

Romance Completed 5013

Kenapa esok? Aku tak bersedia lagi!

“ASSALAMUALAIKUM, ma pa.” Abang Bad memberi salam lantas memasuki rumah dengan langkah kaki kanan. Dia menyalami tangan ma dan pa kemudian bertanyakan khabar. Aku kat sini? Dia buat bodoh aje.

“Sihat ke ma dan pa? Rindunya Bad.” Abang Bad memeluk pa yang sudah bangun dari membaca surat khabar di pagi hari.

“Alhamdulillah, macam ni lah. Rasa lama betul tiga tahun kita tak jumpa ye Bad. Mesti Bad rindukan orang tu.” Ujar ma tiba-tiba. Aku tertunduk malu. Apa ni ma sengaja nak malukan aku ni.

Aku lihat ma senyum mengejek memandangku. Begitu juga dengan abang Bad. Cis, kurang ajar betul mereka!

“Haaa tunggu apa lagi? Salamlah tangan suami kamu tu Reina . Haih itu pun ma nak suruh ke?” Bebel ma. Aku menghulurkan tangan lambat-lambat. Namun, laju sahaja abang Bad menyambut tanganku itu. Itu pun macam nak tak nak aje.

“Dah terlanjur Bad datang awal pagi ni, marilah kita bersarapan bersama.” Ajak pa. Kami berempat ke meja makan yang menempatkan sarapan pagi pada hari itu.

“Uih, nasi lemak sambal sotong. Dah lama Bad tak makan masakan ma.” Abang Bad menyumbat sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya sementara aku pula hanya memerhati mereka bertiga menjamu selera.

“Bukan ma yang masak Bad oi. Ni haa, bini kamu yang masak. Ma tukang bagi arahan aje.” Balas ma. Aku lihat kunyahan abang Bad yang tadinya laju bertukar perlahan.

“Oh, pelik.” Itu sahaja ayat yang keluar dari bibirnya sebelum menyambung kembali suapan.

“Reina kenapa tak makan nasi tu? Takkan nak makan Bad pula kat sini.” Tegur pa yang perasan aku hanya merenung wajah abang Bad sahaja tadi. Aku menggeleng laju.

“Apalah pa ni. Orang dah makan tadi.” Balasku perlahan.

“Kalau dah makan, tunggu apa lagi? Daripada buang masa, baik Reina bawa turun beg Reina masuk ke dalam kereta. Nanti tak adalah buang masa Bad. Dia pun banyak kerja nak bereskan hari ni.” Ujar ma. Aku angguk dan melangkah naik ke atas. Sebelum itu aku sempat menoleh ke arah abang Bad yang sedang duduk membelakangi aku.

Sedikit sebanyak abang Bad sudah berubah. Dia sudah lain, tidak macam dulu.

Aku kembali mendaki tangga satu persatu tanpa menoleh ke belakang lagi.

AKU memerhati sekeliling ruang tamu rumah yang baru sahaja kami masuki. Abang Bad beli rumah teres dua tingkat berlot tepi. Betul-betul di pekan Ipoh. Walaupun biasa sahaja tetapi aku tetap suka.

Aku mengheret beg pakaianku ke tingkat atas lantas memasukkannya ke dalam bilik utama. Abang bad membuntutiku di belakang.

“So, macam mana kehidupan Reina tanpa abang? Best?” Soal abang Bad yang berdiri di belakangku. Aku berpusing memandang wajah yang ku rindui itu. Tidak banyak yang berubah. Cuma pipinya ditumbuhi jambang yang tidak berapa lebat.

“Actually, quite boring without you. Tak ada teman gaduh.” Balasku jujur. Abang Bad ketawa. Dia duduk di birai katil sambil membuka stokin di kakinya. Aku menunggu jawapan darinya namun hampa. Dia tidak menjawab langsung sebaliknya baring di atas katil dan bermain dengan telefon bimbitnya. Telefon bimbit yang tidak sama jenama dengan tiga tahun yang lepas.

“Malam tu abang kata abang takkan tinggalkan Reina ? Tapi kenapa abang tinggal juga?” Soalku ingin tahu.

“Kerja.” Balasnya pendek. bukan ke malam itu dia bukan main lagi menangis sebab menyesal berkata begitu kepada aku? kenapa malam ini dia seperti tidak kisah saja? Entah-entah dia sudah tawar hati denganku. Ya Allah, minta dijauhkan!

“Hidup abang macam mana pulak?” Soalku lagi. Dia hanya mengangkat bahu. Aku gigit bibir. Tak seronok langsung bersembang dengan abang Bad sekarang ni. Dah sombong dah sekarang. Aku mengalihkan bag pakaianku dan pakaiannya lantas mula memasukkan baju-baju kami ke dalam almari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience