BAB 16

Romance Completed 5013

“Sampai bila?” Soalnya dengan nada kesal.

“Reina tak tahu. Sudahlah!” Aku keluar dari bilik itu tetapi abang Bad sempat menyambar lenganku. Dia mencengkam kedua belah bahuku.

“Sampai bila? Tell me sampai bila? Atau Reina sebenarnya dah jatuh cinta dengan Naim sebelah ni. Kan? mengaku cepat?” Watak abang Bad bertukar bengis. Aku menggeleng menidakkan. Abang Bad memegang kedua belah pipiku dan cuba untuk menciumku sekali lagi. Spontan tanganku naik dan telah menampar pipinya. Dia tersenyum dan menggosok pipinya.

“Abang tak pernah percayakan Reina . Reina dah kata Naim tu cuma kawan Reina aje. Kalau macam inilah perangai abang, suka menuduh Reina yang bukan-bukan.. Reina rasa sampai bila-bila Reina takkan dan tak mahu bersedia!” Usai berkata, aku terus keluar dari bilik itu. Sumpah aku tak akan masuk lagi dalam bilik tu. Dia tak keluar makan ke, sakit ke, mereput ke, biar dialah. Aku tak akan campur lagi dengan dia. Aku serik, seram!

Aku keluar dari rumah, duduk di atas kerusi batu yang tersedia di halaman rumahku yang berlot tepi ini. Aku lihat Joey yang sedang mencuci keretanya. Dia masih memakai kereta Mini Cooper sama seperti tiga tahun yang lepas. Kereta itu ceritanya bapa Joey yang hadiahkan kerana dia bergraduasi denggan keputusan yang cemerlang. Siap dapat dekan lagi. Entah macam mana dia boleh dapat dekan padahal kerjanya meniru kerja aku.

“Hai Reina , monyok je?” Tegur Joey. Aku hanya tersenyum hambar.

“Kau kenapa weh? Kau ada masalah ke? Ceritalah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong.” Joey menyudahkan basuhan terakhir dengan membilas keretanya yang bersabun itu dengan air. Kemudian dia merapati aku walaupun jarak kami masih jauh.

“Aku tahu!” Tiba-tiba sahaja Joey menjerit. Aku pandang dia tanpa perasaan. Sejujurnya aku rasa malas nak layan sesiapa sekarang ini. Dengan tingkah abang Bad yang semacam tadi lagi. Fuhh naik seram aku.

“Apa yang kau tahu?” Soalku malas.

“Laki kau pukul kau eh?” Soal Joey dengan bersungguh-sungguh sekali.

“Eh cakap baik sikit. Dia tak pernah pun jentik aku tau.” Aku mula membela abang Bad. Mana boleh orang luar cakap sesuka hati aje pasal suami aku. Padahal mereka bukan tahu hal yang sebenar pun.

“Habis tu, yang kau asyik urut bahu kau tu apa?” Soalnya kembali. Tak perasan pula bila masanya aku urut bahu aku. Mungkin terasa sedikit sengal akibat cengkaman abang Bad tadi.

“Penat buat kerja rumahlah.” Aku meneruskan urutan di bahu. Dengan tidak semena-mena, mataku terlihat abang Bad yang berdiri terpaku di muka pintu.

“Eh abang. Apa abang buat kat rumah ni? Oh saya tahu, abang lawat adik abang ni ke?” Joey beramah mesra apabila terlihat wajah abang Bad yang muncul dan bukannya wajah suami aku. Tapi, abang Bad tu suami akulah!

Yelah, aku belum lagi cerita dekat Joey yang selama ini aku dah menipu dia. Aku kata abang Bad ni abang aku. Dengan Tina pun sama juga, aku kata macam tu.

“Em, Joey. Kau masuk rumah kau dulu eh. Abang Bad ni suami aku. Nanti ada masa aku ceritakan.” Aku lihat Joey sudah melopong memandang aku.

“Tapi.. mana boleh kahwin dengan abang sendiri. Masya Allah...” Joey berkata perlahan. Aku yakin, abang Bad tidak mendengarnya. Kalau dia dengar mesti dah kena penumbuk muka di Joey ni. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah apabila melihat wajah abang Bad yang sudah mencerlung memandangku.. hai, takkanlah dengan Joey pun dia nak marah. Dia kan tahu Joey tu kawan lama aku.

“Aku masuk dulu.” Aku terus masuk ke dalam rumah. Sewaktu aku melintasi abang Bad, dia memegang tanganku, membuatkan langkahku terhenti. Dia menutup pintu rumah. Kemudian, dia menarik tangan aku duduk di atas Sofa bersamanya.

Dia mengalihkan tubuhku supaya duduk membelakanginya. Aku pelik sebentar. Apa yang abang Bad nak buat sebenarnya ini? Kini baru aku mengerti setelah merasa sentuhan tangan abang Bad yang mula mengurut bahuku lembut. Walaupun terasa enak dengan urutannya namun aku tidak boleh membiarkan dia mengurutku. Aku kan isteri dia. Takkan nak biarkan dia yang urut aku pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience