BAB 17

Romance Completed 5013

Aku menepis perlahan tangannya yang berada di bahuku.

“Tak perlulah abang nak buat semua ni. Reina ok.” Ujarku. Di wajahnya terpamer riak bersalah.

“Abang minta maaf pasal tadi. Abang tak boleh kawal diri abang.” Dia memegang kedua belah tanganku. Rasa pelik pula abang Bad hari ni. Selalunya sombong, tidak mahu bercakap dengan aku. Hari ini lain pula.

“Tak apa.” Balasku pendek.

“Abang sebenarnya.... ada benda nak bincang.”

“Apa dia?”

“Sebenarnya, abang sayangkan Reina . Abang tak mahu kehilangan Reina . Abang takut Reina dah beralih arah walaupun abang sedar Reina tak pernah pun berarah kepada abang tapi abang tetap takut. Selama ni, abang tahan diri abang daripada peluk Reina , cium Reina , berborak dengan Reina semata ego. Abang rasa, lepas hari Reina keluar dengan kawan-kawan Reina dan tinggalkan abang tiga tahun lepas, kita memang tak boleh bersama. Tapi bila ma whatsapp abang, kata Reina dah berubah. Abang bersyukur sangat-sangat. Terus abang balik, ambil Reina keesokan harinya.” Panjang lebar abang Bad bercerita. Aku rasa nak nangis apabila mengetahui aku sebenarnya tidak bertepuk sebelah tangan. Rupanya abang Bad juga menyayangiku. Sama seperti aku menyayanginya.

“Abang sayangkan Reina dan tak sanggup kehilangan Reina . Abang harap, Reina juga begitu.” Dia memegang kedua belah pipiku lantas menarikku ke dalam pelukannya. Dengan tidak teragak-agak, aku membalas pelukannya semula.

“Jadi, Reina maafkan abang tak?” Soalnya. Aku tersenyum dan mengangguk.

“Reina tak simpan dendam kan?” Soalnya lagi. Aku angguk sahaja.

“Jom, abang bawa Reina berjalan di Pekan Ipoh. Sini macam-macam ada tau. Jomlah.” Abang Bad kini sudah bertukar wataknya seratus peratus. Alhamdulillah, akhirnya Tuhan mengabulkan doaku selama ini. Jadi, itulah pengakhiran kisah aku dan abang Bad, seorang polis yang sudah acap kali menangkapku keluar malam di setiap road blocknya.

Empat tahun yang lalu...

“Lesen memandu?” Joey menghulurkan lesennya apabila diminta oleh polis yang bertugas di road block itu. Setelah meneliti lesen memandu dan kad pengenalan Joey, polis tersebut memulangkan semula lesen memandu Joey tetapi tidak kad pengenalannya. Aku dan Joey berpandangan.

“Ni adik ni, boleh beri kad pengenalan?” Pintanya kepadaku pula. Mahu tak mahu kenalaH bagi. Lagipun aku ni takut sikit dengan polis.

Oh berlainan bapa.. Boleh minta kad nikah?" Soalnya lagi.

"Kami kawan je bang." Jawab Joey. aku sudah buat muka menyampah.

"Kalau kawan jangan asyik keluar malam je.. AiReina binti Amir, 23 tahun, seksyen 9 Kota Damansara. Ok terima kasih. Selamat berkenalan, tunggu di rumah hujung minggu ni.” Dia memulang kembali kad pengenalan aku dan Joey kemudian menyuruh kami beredar.

“Kau agak polis tu dah kenapa suruh aku tunggu di rumah hujung minggu ni?” Soal aku.

“Alah, dia nak mengorat kaulah tu. Silap-silap dia hantar rombongan meminang. Habiskan kau!” Balas Joey sambil tersengih. Memang menakutkan sungguh ayat Joey!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience