BAB 9

Romance Completed 5013

“Oh Reina . Kalau Reina nak duduk bilik lain pun ok.” Balas abang Bad. Matanya masih pada skrin telefonnya. duduk bilik lain? Apa maksud dia? Dia dah tak mahu sebilik dengan aku ke?

“Kitakan suami isteri? Kenapa mesti bilik berasingan?” Soalku pelik. Abang Bad mengalihkan wajahnya daripada telefon bimbitnya ke mukaku.

“So awak masih ingat lagi abang ni suami awak? Then treat me as your husband. Not as your friend.” Balasnya perlahan tetapi aku rasakan keras sahaja bunyinya di pendengaranku.

“I don’t get it.” Ujarku.

Aku mendekatinya lantas melabuhkan punggung di sisinya. Dia masih lagi dengan posisi baringnya yang tadi.

“Treat me as your husband. Makan saya, pakaian saya semua awak kena sediakan. Dan yang paling penting sekali....” Ayatnya terhenti. Dia memandang wajahku dengan pandangan yang aku kira agak seram. Aku bangun dari katil apabila memahami apa yang abang Bad cuba sampaikan kepadaku namun dengan sepantas kilat dia menarik tanganku membuatkan aku terjatuh ke atas tubuh badannya. Dia memelukku lantas membisikkan sesuatu di telingaku.

“Kenapa? Tak bersedia?” Soalnya lembut. Bulu romaku menegak. Aku menggeleng ketakutan. Memang aku belum bersedia lagi soal itu. Kalau bab jaga makan pakai tu boleh la. Ini...

“T...takk” Balasku. Aku dengar abang Bad ketawa lantas meleraikan pelukan.

“Menarik ni. Reina yang dulunya suka melawan, sekarang dah jadi lemah lembut. Memang menarik. Senang abang nak buli lepas ni.” Dia tersenyum senget. Aku bangun dari baring lantas membetulkan baju yang sudah berkedut itu. Aku menjelingnya tajam.

“Fuhh garangnya. Takut abang. jadi, Reina dah bersedia ke malam ni?” Soalan abang Bad tadi serta merta membuatkan aku mengangkat kembali baju-baju milikku yang sudah ku gantung di dalam almari tadi. Aku keluar dari bilik itu dan memasuki ke bilik yang lain. Dalam pada itu suara ketawa abang Bad masih lagi bergema di dalam biliknya.

“Tak guna punya abang Bad!” Jeritku di dalam hati.

AKU menyapu halaman rumah yang baru kami duduki itu dengan rasa bosan. sumpah aku dah mati kutu tak tahu nak buat apa. Kalau di KL tu, ada ma. Boleh ajak bersembang, shopping, memasak. Ini? Apa pun tak ada. Dahlah aku tak kenal siapa-siapa kat sini. Abang Bad pula awal pagi lagi dah keluar. Aku tak ada kawan langsung dekat sini!

“Hai.” Tegur satu suara. Aku menoleh ke belakang apabila merasa teguran itu untuk aku. Aku lihat seorang lelaki yang usianya dalam lingkungan awal 30-an sedang berdiri di sebalik dinding yang memisahkan antara dua buah rumah. Dia tersenyum memandangku.

“Hai.” Balasku kembali. Kalau buat sombong nanti apa kata orang pula. Korang tak pernah dengar ke ayat ni, Jiran sepakat membawa berkat. Haa begitu.

“Baru pindah sini eh? Tak pernah nampak pun.” Ujarnya. Aku mendekatinya lantas berdiri berdekatan dengannya. Boleh tahan kacak budak ni.

“Aah, baru aje pindah masuk semalam. Awak tinggal sini?” Soalku pula. Dia tersenyum manis ibarat gula yang sedang cair. Eh betul ke?

“Ye, bermakna kita hidup berjiranlah ni. Wah, seronoknya. Baguslah awak pindah sini. Memang saya sunyi tak ada teman. Lagipun rumah awak ni dah dekat tiga tahun tak berpenghuni. Macam rumah hutan dah saya tengok sebelum ni. Tapi sekarang saya dah perasan rumah ni dah kemas semula. Dah tak ada lalang-lalang macam dulu.” Panjang lebar dia bercerita kepadaku. Seronok juga kalau ajak lelaki ni buat kawan waktu aku bosan. tapi, abang Bad tak marah ke?

Tak adalah. Dia nak marah apa? Dia bukannya selalu ada di rumah. Mesti dia tak kisah kalau aku nak berkawan dengan sesiapa pun.

“Tiga tahun tak berpenghuni? Awak ni sengaja nak takut-takutkan saya ke?” Soalku. Dahlah aku ni tinggal seorang sekarang ni. Kalau benda-benda tu keluar, apa aku nak buat? Eeee tak sanggup aku nak hadapi makhluk buruk tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience