BAB 4

Romance Completed 5013

“Nak apa?” Marahku.

“Abang tak pergi sebab Reina tahu tak? Ahli kelab gangster sedang berkeliaran di sekitar tempat Reina dan kawan-kawan tak guna Reina tu suka melepak. Abang takut terjadi apa-apa pada Reina . Dan abang takut Reina keluar pada hari mereka berkeliaran.” Terang abang Bad betul-betul di sebelah telingaku. Aku menolak tangannya sekuat hati dan bangun dari berbaring di atas katil.

“Oh Reina terharu sangat sebab abang prihatin dengan Reina tapi abang tak sepatutnya cakap kawan-kawan Reina tak guna!” Aku berang. Kurang ajar betul laki ni. Aku tengok dia bangun dan ketawakan aku. kalau dia bawa balik pistol milik dia dah lama aku guna untuk tembak kepala dia sekarang ni tau tak?!

“Whateverlah Reina . Pergi mandi, busuk.” Walaupun ayat dia pendek tapi memang menyakitkan hati aku sungguh. Dia keluar dari bilik dan aku masih boleh dengar lagi suara dia ketawa.

“Eeee geramnya! Tengoklah malam nanti, aku keluar tak balik-balik!” Aku hentak kaki dan masuk bilik air. Tiba-tiba pula perut ni buat hal.

AKU pandang jam di dinding. Dah dekat pukul dua belas tengah malam. Mat sebelah aku ni tak nak tidur ke? Ke dia ni sengaja nak tengok aku keluar ke tidak malam ni? Macam mana nak kasi dia ni tidur eh?

Aku periksa telefon bimbit aku. Alamak, Joey dah mesej. Aku rasa aku ni lambat lagi boleh keluar ni. Memandangkan abang Bad yang sengaja buat hal tak mahu tidur malam ni, lagi aku yakin yang aku keluar lambat sikitlah malam ni. Haih, macam mana ni?

“Er... abang tak nak tidur ke?” Soalku. Televisyen di hadapan masih lagi hidup walaupun abang Bad dan aku, kami masing-masing sibuk dengan telefon bimbit. Dia angkat mukanya dan pandang wajah aku.

“Selagi Reina tak tidur selagi tu abang tak tidur.” Balasnya dan kemudian sibuk dengan telefonnya kembali. Dia ni macam tahu aje agenda tersembunyi aku ni. Aku kena buat sesuatu. Bagi dia pengsan ke, apa ke... Boleh tak kalau aku buat air Milo dan taruk sikit ubat tidur? Kut-kut berkesan. Tapi, tak ke pelik dia nanti tengok aku buatkan air untuk dia? Tak pernah-pernah aku nak buat sebelum ni. Tiba-tiba pulak nak buat. Lagilah dia syak nanti. Terus tak jadi plan aku. Haih kusut-kusut!

“Er... kalau macam tu, Reina nak tidur lah.” Aku bangun dan menuju ke bilik tidurku. Setelah mematikan televisyen, abang Bad juga membuntutiku ke bilik. Dia ni memang sah nak tunggu aku berdengkur ni. Ahh apa kisah, buat-buat berdengkurlah.

Aku tarik selimut ke paras dada dan bersedia nak tidur.

“Selamat malam, bang.” Ucapku dan aku pejam mata. Lampu dah tutup, abang Bad pun dah baring kat sebelah aku ni. Jadi sekarang macam mana caranya aku nak pastikan abang bad ni dah tidur supaya aku boleh keluar dari sini tanpa pengetahuannya? Kalau aku buka mata, dan-dan waktu tu dia belum tidur lagi, kantoilah aku nanti.

Tak apalah, aku cuba buat-buat berdengkur dulu sebelum aku buka mata. Manalah tahu bila dia dengar aku berdengkur, dia pun berdengkur sama. Ok mulakan.

“Kroh....kroh..” ah macam tak cukup kuat aje.

“Krohhhhhh” Aku berdengkur kuat sedikit.

“Krohhhhhhhhhhhh.” Kali ini aku berdengkur dengan volume yang paling kuat. Hahaha biar dia ingat aku dah lena habis sekarang ni.

Tiba-tiba aku dapat rasa bilik aku ni sudah terang kembali. Aku buka mata sedikit tapi bila nampak abang bad yang sedang bercekak pinggang di sebelahku, aku tutup mataku kembali. Fuhh, harap sangat dia tak nampak.

“Kroh..kroh...” Aku berdengkur perlahan.

“Stop it Reina ! Abang tahu Reina tak tidur lagi.” Dengar saja ayatnya itu, aku terus buka kelopak mata. Sengih aku tayang.

“Reina , abang tahu Reina nak keluar kan?” Ayat itu membuatkan sengihku mati. Alamak, matilah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience