BAB 2

Romance Completed 5013

“Ala, aku text la dia nanti!” Aku terus menarik tangan Tina pergi dari situ.

Memang asyik sungguhlah dekat sini, dengar lagu rock. Sampai aku tak sedar jam pukul berapa. Dan yang paling penting, sampai aku tak ingat nak balik rumah pun. Semuanya apabila kami bertiga sudah bersatu.

AKU pulang pada jam sudah hampir pukul empat pagi. Memang sudah menguap beratus kali dari tadi lagi. Mata aku tenyeh dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang tombol pintu rumah. Badan yang tadinya layu terus tegak apabila menyedari pintu rumah berkunci. Aku sudah tidak sedap hati. Aku cuba memulas tombol pintu berkali-kali namun tetap sama. Ketat semacam.

Ahhh kenapalah aku tak bawa kunci rumah tadi? Ini sahlah kerja mamat ni! Mesti dia yang kunci pintu rumah ni lepas dia balik dari kerja tadi. Ah, aku nak buat apa sekarang ni? Aku mengantuk gila ni. Takkan la aku nak ketuk pintu pulak? Nanti ma dan pa mesti bangun. Lepas itu mereka tahulah yang aku keluar malam ni. Dan apa yang paling membosankan, aku kena kurung macam beberapa bulan yang lepas selepas aku buat perangai macam malam tadi.

Aku mengeluh. Mata sudah rabak. Aku melangkah longlai ke arah buaian besi yang berada di halaman rumah dan kemudiannya aku membaringkan tubuhku di atas buaian. Malam yang sejuk itu membuatkan aku menggigil kesejukan hingga ke esok pagi.

“MA dah agak Reina mesti keluar malam tadi. Ma memang tak sedap hati, tidur pun tak lena.” Ma mula bermukadimah soal aku yang dijumpainya tidur di atas buaian pagi tadi.

“Ye ke ma tidur tak lena? Masa Reina curi keluar semalam Reina jenguk ma tidur sedap je. Siap berdengkur lagi.” Aku mengenakan ma sambil tertawa. Abang Bad yang baru turun dari tingkat atas aku lihat dia langsung tidak memandang aku seperti selalu.

“Pagi abang!” Aku melambaikan tangan ke arahnya. Dia buat bodoh aje sambil menyumbatkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Aku mencebik. Dasar abang kuat mengongkong kebebasan adik! Huh!

“Haa Bad, tak kerja ke hari ni?” Soal Ma kepada abang Bad. Abang Bad sudah siap mandi cuma dia tidak beruniform kerjanya pagi ini.

“Semalam Bad kerja malam. Jadi hari ni bad masuk petang sikit.” Balasnya. Ma mengangguk. Pa pula sudah lama pergi ke kerja. Takut jalan jammed katanya.

“Malam tadi Bad tak ada terserempak dengan budak Reina ni?” Soal ma. Aku sudah menggigit bibir. Janganlah abang Bad pecah rahsia aku keluar naik kereta dengan Joey malam tadi. Mampus aku.

“Tak ada, ma.” Balas abang Bad. Dia menyudahkan suapan terakhirnya sebelum menghilang ke dapur untuk meletak pinggan kotor. Di sini harap aje rumah banglo tapi satu orang gaji pun tak ada. Bukan kedekut tapi pa yang tak suka. Jadi, semua kerja rumah semua ma yang buat. Aku sebagai satu-satunya anak perempuan ma dan pa tidak pernah buat kerja rumah. Aku tak ingin pun nak buat semua kerja tu. Lagipun ma yang tak pernah suruh.

Aku tersenyum apabila mendengar jawapan yang keluar dari bibir abang bad tadi.

“Ma nak pergi pasar nak beli ikan fresh. Reina nak ikut?” Soal ma. Aku menggeleng. Aku ni dahlah baru aje masuk rumah. Mandi pun belum lagi ni. Malaslah nak ikut ma ke tempat busuk tu.

“Kalau macam tu duduk rumah jangan gaduh dengan abang.” Pesan ma. Dia sudah siap memakai tudung di hadapan cermin yang tergantung di ruang tamu.

Bad? Alamak baru aku teringat dia masuk kerja petang hari ni. Matilah aku kalau abang marah aku pasal malam semalam. Baik aku cabut dulu.

“Ma, tunggu orang nak ikut!” Jeritku yang pada ketika itu abang Bad baru keluar dari dapur. Matanya mencerlung memandang aku.

“Tak payahlah. Tadi ma ajak awal-awal tak mahu.” Ma terus hilang dibalik pintu utama. Aku menelan liur lagi. Masaklah aku. Aku dah boleh rasa aura abang Bad semakin mendekatiku. Bila dia berdiri betul-betul di sebelah aku, aku bangun nak naik ke atas. Baik aku lari dulu macam selalu sebelum abang meletup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience