BAB 6

Romance Completed 5013

“Aku tak tahu status aku apa?!!” Keluhku. Janda ke? Balu ke? Dan aku tak akan jumpa lagi dengan abang Bad. Kalau tengok balik semalam, memang dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan padaku.

Masa tingkatan lima dulu, aku belajar pendidikan islam. Kata ustazah, kalau seorang suami itu melafazkan taklik walaupun tak ada niat hendak diceraikan, itu dah dikira cerai juga. Kalau dalam tempoh edah tu abang Bad ada sebut perkataan ‘rujuk’ atau kiasan untuk bersama aku semula, maknanya kami masih lagi suami isteri. Ahhh kenapalah aku keluar jugak semalam? Ini bermakna aku bukan lagi isteri abang Bad.

Dan tika ini, aku rasa semacam. Aku rasa... aku dah kehilangan seorang manusia yang paling berharga dalam hidup aku. yang paling teruk sekali, aku yang dah sia-siakan kehadiran dia di sisi aku selama ini.

Aku terduduk kembali. Rasa nak meraung tapi macam dah terlambat. Di saat ini aku menanam tekad di hati. Aku nak berubah! Sepenuhnya.

AKU terasa bagaikan ada jemari kasar yang menyentuh kepalaku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Terus sahaja aku rasa segar tatkala melihat wajah abang Bad yang betul-betul berada di hadapan wajahku tika ini. Aku memeluk tangan abang Bad sekuat hatiku.

“Abang, Reina minta maaf. Reina bersalah semalam..” Abang Bad terus-terusan mengusap kepalaku.

“Abang juga minta maaf. Abang tak patut lafazkan taklik semalam. Aku hilang kawal diri. Kita kembali seperti dahulu ya? Abang minta maaf.” Abang Bad pula yang menitiskan air mata. Dia mencium pipiku lantas memeluk aku erat. Aku mengangguk laju.

“Abang jangan tinggalkan Reina .” Pintaku. Abang Bad tarik aku ke dalam pelukannya dan aku menyembamkan wajahku ke dada bidangnya sehinggalah aku tertidur.

Keesokan harinya aku bangun dari tidur dengan rasa senang di hati. Aku lihat sisi aku. Tiada abang Bad di situ seeperti selalu. Aku bangun dan membuka pintu bilik mandi. Juga tiada. Lantas aku berlari ke bawah dan mencarinya.

“Cari apa tu Reina ?” soal ma yang sibuk menyiram pokok bunga.

“Ma ada nampak Abang Bad lalu sini tak?” Soalku. Mataku masih lagi melilar ke kiri dan ke kanan mencari kelibatnya. Namun hampa. Akhirnya aku duduk di atas buaian di halaman rumah.

“Kamu ni mimpi ke Reina ? Semalam kan ma dah cakap Bad pergi kerja luar berbulan-bulan. Berapa kali Reina nak tanya?” Soal ma kembali. Aku menggaru kepala. Maknanya.. Maknanya semalam aku hanya bermimpi? Aduhai kenapalah mimpi yang indah itu harus wujud sebagai mimpi dan bukannya realiti?

Tiga tahun kemudian...

“Ma, bawang tu dah tumis ke belum?” Aku menjerit memanggil ma yang kelihatan sibuk dengan telefon bimbitnya. Entah kenapa dari pagi lagi ma asyik sekali dengan telefonnya sampai tak boleh berenggang langsung.

“Belum lah. Reina pergilah tumis. Ma ada kerja ni.” Balas ma acuh tak acuh. Aku mencebik lantas memasukkan bawang ke dalam kuali. Setakat ni aku cuma reti masak benda yang ringkas-ringkas aje macam sambal tumis atau masak kicap. Yang lain-lain tu aku tak tahu lagi.

So, sepanjang ketiadaan abang Bad,, aku membuat keputusan untuk belajar memasak, membuat kerja rumah dan yang paling penting aku sudah tidak keluar malam lagi. Ini semua berkat pemergian abang Bad juga. Kalau dia tak pergi hari itu, aku rasa sampai ke sudah aku masih lagi tidak berubah.

“Lepas makan nanti tunggu sekejap. Ma ada hal nak bincang.” Ujar ma yang sedang bersandar di kabinet dapur. Aku yang sedang menggoreng ayam itu sempat menoleh ke arah ma. Aku mengangguk.

“Serius benar bunyinya. Kenapa ma?” Soalku.

“Nantilah ma bagitahu.” Ma terus beredar. Macam ada sesuatu ni.

Usai makan malam, aku duduk di atas sofa sambil menunggu ma yang sedang menyudahkan kerja mengemas dapur. Pa pula ada di sebelahku sedang membaca sesuatu di kaca telefonnya. ma menghampiri aku dan melabuhkan punggung di sisiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience