BAB 15

Romance Completed 5013

“Sudahlah, kita pindah. Atau abang hantar Reina balik KL.” Ringkas ayat abang bad menuturkan.

“Tak nak. Reina tak nak pindah. Tolonglah abang. Reina tak ada kawan. Abang selalu tak ada masa di rumah. Abang selalu tinggalkan Reina sorang kat sini.” Aku meluahkan segala apa yang aku rasakan. Abang Bad terdiam.

“Ok. Kalau Reina keluar dengan dia lagi, abang takkan teragak-agak nak ambil tindakan ke atas Reina . Reina faham?” Abang Bad sengaja melanggar bahuku sewaktu melintasiku.

“Abang ingatkan Reina dah berubah. Rupanya sama je.” Sempat dia berkata begitu sebelum tubuhnya hilang dari pandangan mataku.

“Abang kejam.” Bisikku perlahan di dalam hati. Air mata yang merembesku kesat perlahan. Malam itu aku tunggu abang Bad keluar dari biliknya untuk makan malam, tapi dia tak keluar-keluar. Tak apalah, nak buat macam mana. dah orang tak sudi nak makan makanan kita. Baik bagi jiran sebelah.

Keesokan paginya aku perasan abang Bad tak masuk kerja hari ini. Dia ambil cuti kut sebab dah lama sangat dia bertugas. Ataupun dia tak sihat sebab semalam muka dia nampak letih semacam aje.

Aku mendaki tangga satu persatu sampailah di hadapan pintu bilik abang Bad. Langkahku mati di hadapan pintu itu. Perlukah aku ketuk pintu atau buat tak tahu aje? Jam sudah pukul sepuluh pagi ni. Takkan dia tak mahu keluar? Entah-entah sebenarnya dia kerja hari ni tapi dia dah bangun lewat. Pastinya aku yang akan dipersalahkan kerana tidak mengejutnya.

Boleh ke macam tu? Aku tak rasa andaian aku semua tu betul. Abang Bad mana pernah bangun lewat. Dia selalu memikirkan masa. Dia tak akan membuang masa untuk hal yang remeh.

Jadi, nak ketuk ke tak nak? Ahh ketuk ajelah.

Tuk tuk tuk...

Tiada jawapan. Aku mencapai tombol pintu lantas memulas ke kanan. Tidak berkunci. Dengan langkah yang perlahan, aku memasuki kamar tidur abang Bad yang besar itu. Apabila terdengar curahan air dari dalam bilik air, baru aku tahu di mana keberadaan abang Bad yang ku cari itu. Baik aku keluar dulu sebelum abang Bad keluar. Tapi malang betul nasib aku pagi tu. Abang Bad keluar dari bilik air dengan separuh badannya dibaluti oleh tuala.

“Apa Reina buat dalam bilik abang ni?” Soalnya tiada riak. Dia menghampiri aku. Aku berundur ke belakang apabila abang Bad mendekatiku tanpa henti. Sampailah tubuh aku telah tersandar ke dinding. Ikatan tualanya diperkemaskan supaya tidak longgar dan tertanggal. Aku menelan liur yang terasa kesat. Menyesal pula masuk bilik dia pagi ni.

“Tak...tak buat apa.”Balasku gugup. Riak wajah abang Bad jelas menunjukkan dia tidak percaya dengan kata-kataku. Aku semakin gelisah apabila abang Bad tiba-tiba tersenyum kepadaku. Tak pernah- pernah lelaki ini nak tayang senyum kat aku. Hari ini dah kena sampuk ke apa ni?

Badanku yang bersandar di dinding itu ku ngesot ke kiri namun sepantas kilat abang Bad meletakkan tangannya sebagai penghadang untuk aku melarikan diri. Aku cuba di sebelah kanan pula tetapi dia lebih pantas menghalangku. Kini aku sudah terperangkap. Tidak tahu jalan mana yang aku harus lalui.

“Abang..” Aku meminta abang Bad memberi laluan untukku beredar. Abang Bad masih tersenyum. Lama-kelamaan aku terasa seperti wajahnya makin dekat denganku. Aku telan air liur. Apa benda yang dia nak buat ni?

“Abang.” Panggilku sekali lagi. Cuba untuk mematikan tingkahnya yang sudah hampir denganku. Di saat bibir hendak bersatu, aku terduduk ke bawah. Tak sangka pula abang Bad juga turut mengikut aku duduk di bawah tanpa mengalihkan kedua belah tangannya.

“Abang, Reina ...” Tidak sempat aku hendak bercakap, abang Bad memotongku.

“Diam.” Dia ingin menerus kembali tingkahnya yang tergendala tadi namun tidak sempat kerana aku menolak tubuhnya yang tidak berbaju itu, mmembuatkan dia terdorong ke belakang.

“Reina tak bersedia lagi. Abang tak faham ke?” Marahku. Aku sudah bangun. Diikuti dengannya. Dia meramas rambutnya yang belum bersikat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience