BAB 7

Romance Completed 5013

“Kenapa ma?” Soalku.

“Selama ni Reina tahu tak Bad pergi mana sebenarnya?” Soal ma bermukadimah. Aku menggeleng tidak tahu. Aku pelik. Kenapa ma tiba-tiba bangkitkan soal abang Bad sedangkan selama ini kalau aku mendesak ma supaya memberitahu dimana keberadaan abang Bad yang menghilang selama bertahun itu pun ma tidak akan beritahu aku. Tapi hari ini lain pula.

“Reina nak tahu sangat kan Bad pergi mana?” Soal ma lagi. Aku angguk saja. Memanglah aku nak tahu abang Bad pergi mana. Kata berbulan tapi ini sudah bertahun-tahun lamanya.

“Bad sebenarnya dah banyak sangat makan hati dengan perangai Reina . Apa yang dia suruh Reina tak pernah pun nak dengar. Jadi, Bad ambil keputusan untuk berjauhan sementara dengan Reina . Lagipun dia dapat tawaran kenaikan pangkat sekaligus perlu melaporkan diri untuk berkhidmat di Johor. Sebelum dia pergi, dia minta sangat dekat ma supaya tengok-tengokkan Reina . Jangan bagi Reina keluar malam lagi. Tengok, betapa sayangnya Bad dekat Reina . Setiap bulan dia masukkan wang nafkah ke dalam akaun bank Reina . Selama ni Reina makan duit yang dia beri juga sebab Bad ada berikan duit untuk beli barang dapur rumah ni.” Panjang lebar ma menerangkan pokok pangkal yang sebenar. Aku menelan liur. Jadi itu ke sebabnya? Kini baru aku faham. Tapi bukankah kami sudah berpisah? Macam mana pula Bad boleh terfikir nak beri duit untuk bekas mertua dan bekas isteri?

“Kenapa abang Bad tak cerita kat Reina pun?” Soalku ingin tahu.

“Sebab Reina mana pernah nak dengar cakap bad. Asyik Bad aje yang kena dengar cakap Reina kan.” Perli ma. Aku menjeling ma tajam. Itu dululah ma. Sekarang ni orang dah berubah! Orang dah jadi isteri solehah la ma. Bekas isteri, hm...

“Lepas ni pa nak Reina layan dia baik-baik. Ingat, berdosa besar tau kalau Reina saja-saja nak sakitkan hati dia macam sebelum ni. Kalau dia tak maafkan, silap-silap ke api neraka terus jawabnya.” Pesan pa. Aku gigit bibir. Takutlah pula.

“Apa maksud pa ‘lepas ni’?” Soalku. Entah-entah abang Bad nak balik. Kalau betul, baguslah.

“Bad telefon ma pagi tadi. Katanya dia nak ambil Reina tinggal dengan dia.” Jawab ma. Aku tercengang. Pindah? Aku dan dia? Tapi aku bukan isterinya lagi. Kami bukan mahram seperti dahulu.

“Tapi ma, kami berdua dah berpisah.” Aku berkata perlahan. Sebenarnya sampai sekarang lagi ma dan pa tak tahu bahawa abang Bad pernah melafazkan Taklik ke aku.

“Reina , Bad dah ceritakan semuanya kepada kami. Malam itu kan dia minta rujuk kembali? Jadi apa masalahnya? Kalian ni masih lagi suami isteri yang sah. Lagipun tiap-tiap bulan si Bad tu beri nafkah zahir kepada kamu.” Terang pa. Aku semakin tidak mengerti. Malam itu? Apa maksud papa?

“Ye Reina . Malam tu Bad ada balik ke rumah. Bad suruh ma rahsiakan dari kamu walaupun sewaktu kamu tanya tu, ma tak sampai hati tengok muka kesian kamu.” Ma menjawab semua persoalan yang ada di hati aku.

Alhamdulillah, maknanya aku masih lagi isterinya. Aku mula tersenyum lebar.

“Pindah ke Johor? Jauh tu ma..” aku sudah mula tergaru-garu. Kalau bab berjauhan dengan ma dan pa ni yang lemah ni. Aku bukan boleh berjauhan dengan mereka. Silap-silap aku naik bas sendiri balik ke rumah ma dan pa ni.

“Bukan Johor, dia dipindahkan ke Ipoh pula.” Ma mula memegang tangan aku.

“Reina dengar cakap ma ni. Bad tu sayang sangat dekat Reina . Reina jangan sia-siakan dia. Dia tu setiap malam kacau ma, tanyakan keadaan Reina . Kadang-kadang dia suruh ma hantar gambar Reina dekat whatsapp. Buat pengubat rindu katanya.” Melopong mulut aku mendengar ma bercerita. Bila masa pula ma ambil gambar aku? Aku tak pernah sedar pun?

“Dah tak usah nak nganga lagi. Pergi kemas baju-baju Reina . Esok pagi Bad ambil Reina terus pergi ke rumah Bad.” Aku nganga sekali lagi. Esok?!

“Are you serious ma?” Soalku lagi menginginkan kepastian.

“Malaslah ma nak layan Reina . Jom pa kita masuk tidur.” Aku menghantar ma dan pa yang berpimpingan tangan mendaki tangga dengan pandangan yang sukar untuk ku mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience