BAB 5

Romance Completed 5013

“Abang nak buat macam mana lagi supaya Reina berhenti berfoya-foya di luar sana dengan budak-budak yang entah apa-apa tu!” Marahnya.

“Abang, mereka tu...” Aku tak sempat nak habis bercakap pun lagi, abang Bad dah potong.

“Diam. Jangan menjawab mencelah menyampuk bila abang bercakap!” Marahnya lagi. Dia mundar mandir di dalam bilik. Aku dah mula menyampah. Rasa nak tunjuk protes aje sekarang ni.

“Jangan sampai abang ikat tangan dan kaki Reina suatu hari nanti.” Amboi, suka hati dia nak ikat ikat aku? Apa ingat aku ni anjing ke nak ikat ikat bagai?

Aku bangun dari baring. Aku mencapai telefon bimbit dan masukkan ke dalam poket trak suit. Sebelum aku keluar, sempat aku berkata kepadanya.

“Reina dah tak sanggup hidup dikongkong macam ni! Good bye abang.” Biarlah ayat tu macam dalam drama tapi aku memang betul-betul memaknakan ayat tersebut.

“Kalau Reina keluar dari rumah ni, Reina takkan tengok muka abang lagi. Kita berpisah!” Ahh aku peduli apa? Janji aku dapat enjoy malam ni. Padan muka kau, itulah dulu nak sangat kahwin dengan aku.

Aku keluar dari rumah itu tanpa sedikit pun rasa takut.

Dan pagi tu apabila aku pulang, aku jenguk bilik aku. Lega aku apabila melihat sekujur tubuh yang masih berbungkus selimut di atas katilku. Eh aku ni nak rasa lega bagai apahal?

Lagipun dia ni, kata aku tak dapat tengok muka dia lagi? Ini ada je. Aku malas nak fikir dah. Baik aku basuh kaki dan tidur. Nasib baik aku period kalau tidak lagi haru nak bangun Subuh yang akan masuk waktu lebih kurang satu jam sahaja lagi. Maknanya boleh la aku pengsan sampai tengah hari.

Aku menghenyakkan tubuh di atas sofa dan terus lena hinggalah ke...

“Ya Allah budak ni, bangunlah. Dah tengah hari dah Reina oii. Cubalah tolong ma ke, pergi cari kerja ke daripada kamu terus tanam anggur macam ni? Itulah ma suruh ambil kos kedoktoran tak mahu. Gatal lagi ambil kos yang entah apa-apa. Ini yang ma nak membebel ni.” Suara ma di pagi hari membuatkan aku terjaga dari tidur. Aku menggeliat meregangkan tubuh kembali. Tahi mata aku buang dan aku bangun dari baring.

“Pagi ma.” Ucapku sambil menenyeh mata.

“Pagi tengkorak kamu. Pergi mandi cepat, ikut ma pergi rumah mak cik Alia. Anak dia meninggal pagi tadi.”Ujar ma sambil mengemas katilku. Eh kejap, tak silap aku pagi tadi aku tidur atas sofa. Macam mana boleh bangun dari katil pula eh? Entah-entah abang Bad yang angkat aku. Padan muka rasakan berat badan aku yang 50 kg ini. Muahaha.

“Eh, abang Bad mana ma?” Soalku. Selalunya dia ada kalau aku bangun dari tidur ni. Hari ini tak ada pulak.

“Hish Reina ni. Itulah, harap duduk aje satu bilik. Tak prihatin langsung. Entah-entah baju si Bad tu pun dia yang kemas sendiri.” Jawab ma. Kemas baju? Aku dah rasa tak sedap hati. Entah-entah apa yang dia cakapkan semalam tu memang betul.

“Kalau Reina keluar dari rumah ni, Reina tak akan jumpa abang dah lepas ni. Kita berpisah!” Itu ayat dia semalam.

“Memangnya dia pergi mana, ma?” Soalku.

“Takkan lah kamu ni bini dia kamu tak tanya? Hish teruk betul la kamu ni. Bad kan ada kerja.”

“Kalau dia kerja, kenapa dia kemas baju?” Soalku sambil membuka almari pakaian yang menempatkan baju-bajunya. Memang kosong, tak ada.

“Dia ada kerja luar. Berbulan juga katanya. Dahlah, malas ma nak layan kamu. Pergi mandi, ikut ma cepat.” Ma keluar dari bilik aku. Aku terduduk di atas katil. Berbulan? Berapa bulan lamanya? Kenapa abang Bad tak beritahu aku dulu? Atau dia sebenarnya nak pergi dari sini tapi dia tak ada idea. Jadi dia tipu ma dia kata dia ada kerja luar. Ya, aku rasa firasat aku betul. Abang Bad tak ada kerja luar. Dan kenyataan yang paling menyedihkan saat ini adalah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience