BAB 3

Romance Completed 5013

“Reina .” Walaupun satu perkataan aje yang abang Bad sebut tapi dah boleh buat bulu roma aku menegak. Langkah aku terhenti. Lambat-lambat aku berpaling menoleh ke wajahnya.

“Ye?” Jawabku. Aku kena buat-buat berani. Kalau takut nanti lagi senang abang nak marah aku.

“Reina pergi mana semalam?” Soalnya dingin.

“Reina pergi enjoy la. Dengan Joey, dengan Tina. Kami melepak sama-sama di Uptown. Kenapa abang tak cakap awal-awal ada roadblock kat situ? Kalau abang nak tahu sebenarnya Reina baru aje tarik seat bealt masa tu. Hehe.” Aku tayang gigi menjawab.

“Berapa kali abang nak cakap dengan Reina jangan keluar malam? Berapa kali?” Soalnya perlahan tetapi keras.

“Emmm 100 kali?” Aku masih cuba bermain dengannya sampai tak sangka pula aku dia naik angin.

“Reina jangan main-main dengan abang! Abang dah kata jangan keluar malam lagi-lagi dengan Joey tu. Faham tak? Abang tak suka!” Suara Abang Bad sudah naik tapi tak sampai menjerit lagi.

“Kenapa pulak tak boleh? Joey tu baiklah abang. Kalau abang berkawan dengan dia, silap-silap abang pun nak join kami enjoy tau!” Ujarku.

“Amaran abang, jangan keluar malam.” Ujarnya lantas berlalu pergi. Walaupun suaranya perlahan tapi aku agak dia dah berang sangat tu. Dalam hati aku sempat gelakkan dia. Hahahah padan muka! Kau tengoklah esok aku keluar lagi kerap. Baru kau tahu!

HARI ini aku rasa malas nak pergi mana-mana jadi aku ambil keputusan nak duduk dalam bilik sambil dengar lagu aje. Lagipun, abang Bad kerja luar selama dua hari. Alah biasalah, polis. Kata berkhidmat sepanjang masa kan?

Aku baring atas katil. Earphone disumbat ke dalam lubang telinga. Lagu Maps dipasang dengan volume paling tinggi sekali supaya tiada sesiapa boleh kacau aku. Aku pejam mata menikmati lagu yang dinyanyikan oleh Maroon 5 itu.

“I was there for you in your darkest times i was there for you in your darkest night...” aku berhenti menyanyi apabila terasa ada seseorang di sebelahku. Aku buka mata dan menoleh ke sebelah kanan. Abang Bad.

“Woi, bila balik? Kata kerja dua hari? Ini tak sampai sehari..” Aku membuka earphone bangun dari posisi baring.

“Reina , mind your language.” Tegur abang Bad. Aku tarik muka menyampah.

“Opss, sorry.” Aku tersengih.

“Amir ambil alih kerja abang. Abang ada tugasan yang lebih penting daripada ini.” Balas abang Bad. Dia membuka uniform polisnya lantas sangkut kembali ke dalam almari baju.

“Oh yeke. Semoga berjayalah ye dengan tugasan abang yang lebih penting tu.” Ejekku. Aku kembali menyumbat earphone ke dalam telinga. Aku sempat lihat abang menggelengkan kepalanya sebelum aku memejamkan mata. Seronok dapat sakitkan hati abang yang kuat menyongkong hidup aku ni.

Tak sampai beberapa minit pun aku buka mata aku balik apabila earphone aku ditarik. Aku lihat abang Bad yang sudah baring di sebelah aku sambil menongkat kepalanya memandang aku.

“Hish, boleh jauh sikit tak?” Marahku bila dia baring dekat-dekat dengan aku. Ya, aku tahu semua orang dekat sini sedang keliru kan? Walaupun susah tapi aku terpaksa juga mengaku bahawa lelaki pengongkong ini adalah suami aku. Kami dah berkahwin tahun lepas dah pun. Tak ada sesiapa yang tahu. Alasannya? Nantilah aku ceritakan.

Haih di ini pun satu, pakailah baju betul-betul. Ini saja je pakai singlet nampak lengan dia yang macam peha tu. Kang aku gunting lengan tu kang sia-sia aje.

Aku menjauhi lelaki itu dengan perasaan yang sebal. Baru ingat nak hidup senang bila dapat tahu dia ni ada kerja luar. Rupa-rupanya tak jadi!

Abang Bad menarik tangan aku daripada bangun serta-merta membuatkan aku terbaring semula di sebelahku. Dia mengunci pergerakanku dengan lengannya yang besar itu. Aku tayang muka menyampah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience