BAB 14

Romance Completed 5013

“Aku pindah sini pun sebab ikut suami aku kerja. Kau pula apa cerita?” Sambungku lagi.

“Aku malas nak cerita pasal aku sekarang ni. Aku rasa kisah kau lagi menarik. Sejak bila pula kau kahwin ni?” Soalnya. Mahu tak mahu aku kena juga berterus terang dengan Joey. Takkan aku nak tipu dia selamanya kan? Baik aku cerita yang betul aje.

“Empat tahun yang lepas.”

“Empat tahun? Wait... bukan ke masa tu kita...” Aku memotong apa yang Joey ingin katakan.

“Ya aku tahu. Sebenarnya waktu kita pergi enjoy dulu-dulu tu, aku dah kahwin dah pun tapi aku senyap aje.” Joey mengangguk. Sesaat kemudian dia hanya tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat. Namun aku tidak berdaya untuk menyambutnya kerana aku tidak menyentuh lelaki selain suamiku sendiri.

“Ok, tahniah.” Joey menjatuhkan tangannya yang tidak bersambut itu. Suasana yang sepatutnya gembira bertukar menjadi sunyi.

“Aku..aku masuk dululah. Penat tak hilang lagi. Tahniah sekali lagi ye, Reina .” Joey meninggalkan aku keseorangan. Aku menggaru kepala tidak mengerti. Kenapa semua orang berubah ye? Mula-mula Abang Bad. Sekarang Joey pula.

“Ahhh keseorangan lagi.” Aku bermonolog sendirian lantas masuk ke dalam rumah.

SEDAR tidak sedar sudah masuk hari ke lima abang Bad tidak pulang ke rumah. Aku yakin, ini mesti ada kaitan dengan kes aku keluar dengan Naim tempoh hari.

Aku ingin mendail nombor telefon abang Bad tetapi terus tidak jadi apabila tersedar keretanya memasuki perkarangan rumah. Aku menunggu di pintu rumah dengan senyuman. Harap-haraplah dia dah lupakan kes itu.

“Hai abang.” aku menyambut beg pakaian yang dijinjitnya. Kemudian, aku menghulurkan tangan ingin bersalaman dengannya. Namun, dia terus memasuki rumah dan naik ke atas. Sedikit pun tidak menegurku.

Aku mengeluh. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan saat ini. Sedar tak sedar aku sudah berada di hadapan pintu bilik abang Bad. Aku mengetuknya perlahan. Namun, tiada jawapan. Aku memulas tombol pintu pula. Berkunci.

Aku mengeluh, kemudian memasuki kamar sendiri dan berbaring di atas katil. Aku penat. Penat dengan karenah abang Bad yang benar-benar sudah lain dengan yang dahulunya. Sampailah aku tidak sedar bahawa aku sudah tertidur dengan tangisan.

Aku terjaga dari tidur apabila terasa bahuku digoncang. Abang Bad di hadapanku. Segera aku bangun dan membetulkan rambut yang berselerak.

“Kenapa?” Soalku. Wajah tegang abang Bad membuatkan romaku mencacak.

“Ada benda yang kita kena settle.” Ujarnya. Aku menelan liur yang terasa kesat.

“Kemas baju Reina . Esok kita pindah.” Kata abang Bad. Aku bangun dari duduk di atas katil. Tidak mengerti apa sebenarnya maksud abang Bad.

“Baru seminggu lebih kita duduk sini. Nak pindah pula?” Soalku tidak puas hati.

“Abang kata kemas baju dan esok kita pindah. Jangan banyak soal.” Ujar abang Bad kemudian ingin melangkah keluar dari bilikku. Aku mengejar abang bad dan menghalangnya dari pergi. Kedua belah tanganku didepakan di hadapannya.

“Sebab apa? Sebab Naim ?” Soalku. Mataku memandang tepat anak mata abang Bad. Aku benar-benar inginkan penjelasan sekarang ini.

“Reina memang tak tahu salah Reina atau sengaja buat-buat tak tahu?” Soalnya tiada riak.

“Ya, Reina tahu Reina salah. Reina keluar dengan dia tanpa pengetahuan abang. tapi dia cuma nak tolong Reina . Abang salah faham sebenarnya.” Jelasku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience