BAB 12

Romance Completed 5013

“Naik teksi lah. Takkan jalan kaki pula. Lagipun saya tak tahu selok belok jalan Ipoh ni. Kalau naik teksi senang sikit. Bagi aje arahan, dah sampai.” Balasku.

“Alahai kesiannya awak. Kalau macam tu saya hantarkan ajelah. Sekali tu boleh teman awak beli barang.” Dia menawarkan diri untuk menghantarku.

“Hish tak mahulah. Seganlah saya. Lagipun suami saya tahu yang saya nak naik teksi ni.” Tolakku.

“Alah tak apa. apa gunanya hidup berjiran kalau tak boleh tolong. Tunggu saya solat Maghrib sekejap. Awak jangan pergi lagi tau. Tunggu.” Naim lari masuk ke dalam rumahnya tanpa sempat untuk aku mengatakan tidak. Dia ni memang sengaja nak dating dengan aku ni.

Beberapa minit kemudian, Naim muncul dengan wajah yang segar. Aku rasa selain menunaikan solat dia ni mesti mandi. Patutlah nak dekat sejam aku tunggu dia ni.

“Jomlah, tunggu apa lagi?” Naim masuk ke kereta dan menghidupkan enjin. Lambat-lambat aku berjalan masuk ke dalam rumahnya lantas memasuki keretanya.

“Jadi, memandangkan awak tak tahu selok belok jalan di Ipoh ni, apa kata saya bawa awak ronda-ronda di pekan Ipoh?” Ujar Naim girang.

“Boleh sangat tu. But make sure kita beli barang saya dulu, lepas tu baru berjalan. Saya tak nak balik lewat sangat tau.” Pintaku. Dia mengiakan lantas membuka tingkap. Aircond pula dimatikan. Hanya angin malam yang menemani kami berdua sementara sampai di Ipoh Parade.

Usai membeli barang, Naim mengajak aku makan di Thumbs Cafe. Aku hanya menurut memandangkan malam tidak terlalu lewat sangat.

“So, suami awak kerja apa?” Soal Naim sewaktu kami makan malam.

“Kerja biasa-biasa aje.” Jawabku malas. Aku menyumbat chicken chop ke dalam mulut. Makan chicken chop di malam hari? Tiada sesiapa kisah walaupun kini berat badan aku sudah bertambah 5 kilo.

“Iyelah, kerja biasa tu kerja apa?” Soalnya ingin tahu.

“Polis.” Jawabku sepatah.

“Wah polis rupanya. No wonderlah nampak garang walaupun dengan isteri sendiri.” Amboi laki ni nak sindir sindir suami aku pulak.

“Luaran je dia garang. Dalamannya romantik. Awak mana tau.” Balasku.

“Saya tahu sangatlah orang jenis apa suami awak tu. Dia tu jenis yang tak menghargai pasangan sendiri.” Ujar Naim lancang. Aku meletakkan garfu dan pisau di atas pinggan. Sakit pula hati aku bila ada orang lain kutuk suami sendiri. Iyelah, cubit peha kanan peha kiri terasa juga. Aku sebagai isteri takkan tak boleh nak mempertahankan suami.

“Eeee mulut awak ni kan. Dahlah, jomlah balik. Saya tak ada mood nak makan.”

“Mana boleh, saya tak makan lagi ni.”

“Siapa suruh awak tak makan. Dari tadi cerita pasal suami orang aje. Sebab tu tak sempat nak makan. Jomlah balik awak. saya betul-betul tak ada mood ni.” Aku bangun dan keluar dari Cafe itu. Mahu tak mahu Naim terpaksa mengikut juga.

Di dalam kereta, Naim memulakan bicara.

“Reina , awak marah saya ke? Maaflah, saya ni menyibuk je kan.” Naim bersuara perlahan. Aku lihat dia menyalakan sebatang rokok yang terselit di bibirnya dengan pemetik api. Kemudian, asap itu dihembuskan ke luar tingkap. Aduhai, teringat pula aku dengan kawan baikku yang satu itu. Joey, kau kat mana sekarang?

“Tak marah pun. Cuma saya kurang selesa.” Balasku jujur.

“Ok saya janji saya tak tanya lagi. Eh, ada road block pula kat depan tu. Awak pakai tali pinggang kan?” Soal Naim . Dia membuang puntung rokoknya ke luar tingkap sebelum pemeriksaan polis dikenakan ke atas kami berdua. Aku mula gelabah. Macam mana kalau abang Bad yang in-charge dalam road block ni? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience