BAB 11

Romance Completed 5013

“Ok.” Balasku pendek. sebelum dia berangkat keluar, aku sempat menarik tangannya dan menciumnnya. Aku perasan dia agak tergamam sedikit.

“Ok, abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa telefon abang.” Suaranya kembali normal. Aku lihat dia memasuki keretanya sampailah hilang dari pandangan mata ini.

“Garangnya suami awak eh.” Tegur Naim . Aku hanya tersenyum mendengarnya. Aku tahu Naim ada di situ sewaktu abang Bad meninggikan suaranya.

“Dia bukan garanglah. Dia cuma tegas dalam mendidik saya sebagai isteri.” Belaku walaupun aku rasa ayat tu macam tak kena langsung.

“Oh macam tu. Tapi takkanlah tak ada gurauan langsung? At least dia boleh cium dahi awak sebelum dia pergi kerja. Macam yang selalu keluar dalam tv tu.” Naim mengutarakan pendapatnya. Tergelak aku mendengarnya. Naim ni mengada-ada sungguh.

“Gurauan suami isteri mana boleh cerita dekat orang.” Kataku sambil tersenyum. Naim terdiam.

“Eh Naim , selama empat hari kita berjiran ni, saya tak pernah tengok atau terserempak pun dengan kawan awak yang bernama Johan tu? Dia tak keluar rumah ke?” Soalku. Teringin benar aku hendak menambah teman sekarang ini.

“Oh, dia tu dah naik pangkat dekat tempat kerja. Dah dekat seminggu dia outstation. Esok dia baliklah tu. Saya pun nak pergi kerja dah ni. Saya pergi dulu yee Reina . Assalamualaikum, bye.” Kemudian, dia meloloskan tubuh badannya ke dalam kereta Proton Irisnya yang berwarna hijau itu.

“Ok, aku bosan!” Jeritku tiba-tiba kemudian masuk ke dalam rumah. Aku memasuki ruang dapur untuk masak sarapan pagi. Lapar pula pagi ini. Tapi sedihnya hati tiada peneman seperti selalu. Iyelah, selalunya ada abang Bad tu makan kat sebelah. Hari ini kali pertama aku ditinggalkan selepas hidup berdua ni. Ahh baru berapa minit dah terasa rindu.

Eleh, setakat tiga hari apa ada hal? Aku kan dah pernah berpisah dengan dia selama tiga tahun. Mengada lebih je aku ni.

Aku membuka peti ais mencari bahan untuk dimasak. Ceh, bawang dah habis, gula pun habis, garam tinggal sedikit, beras cukup untuk dua hari, telur tak ada. Senang cerita apa pun tak ada. Apa yang aku nak makan selama tiga hari ni, haa? Nak keluar beli barang? Kereta mana ada... lagipun aku mana tahu selok belok jalan di Ipoh ni.

Aku mencapai telefon bimbit dan mendail nombor telefon abang Bad.

“Ya.” Suaranya menyahut panggilanku.

“Abang, barang dapur hampir habis semuanya. Saya tak perasan pula.” Aduku. Abang Bad sepi di talian.

“Abang dengar tak?” Soalku.

“Ehem, ye abang dengar. Apa susah, ambil teksi pergilah pasar raya.” Balas abang Bad. Dia suruh aku ambik teksi di tempat macam ni? Mana aku nak dapat teksi? Aku mana tahu apa-apa di sini. Abang Bad ni pun satu, takkanlah tak fikir pasal keselamatan aku langsung?

“Abang ada letak duit atas meja dalam bilik Reina . Abang ada kerja ni. Nanti abang call balik. Bye.” Talian terus dimatikan. Ternganga aku sebentar melihat skrin telefon bimbit yang sudah gelap itu. Sampai betul hati abang Bad ni.

“Ok fine. Dia tak care langsung pasal aku! Biarlah aku pergi seorang diri. Kalau jadi apa-apa pada aku, baru padan muka dia.” Aku bermonolog sendiri dengan perasaan yang bercampur baur.

“HAI Puan Reina , bersiap petang-petang begini nak pergi mana?” Tegur Naim yang baru keluar dari keretanya.

“Nak pergi beli barang dapur. Hai encik Naim pula, baru balik kerja ke?” Soalku sambil menyarung kasut di kaki. Aku lihat dia yang sudah mendekati dinding rumah yang memisahkan antara rumahnya dan rumahku. Di meletakkan kedua belah tangannya di atas para dinding tersebut lantas tersenyum memandangku.

“Tak adalah, baru nak pergi kerja.” Balasnya sarkastik. Aku mencebik.

“Ini nak pergi beli barang dapur ni nak naik apa?” Soalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience