Chap.Twelve

Fantasy Completed 31805

“Slybie! Sampai hati awak! Awak tipu saya.” Nangis aku. Tangan dan kakiku diikat pada besi panjang. Rantai aku sudah diputuskan oleh Slybie dan sekarang ia berada di dalam genggaman Slyber. Aku menjerit sekuat hatiku apabila aku tahu rupa-rupanya Slybie menipu aku!

“Diam!!!” aku terdiam tatkala ditampar oleh Slyber. Aku menangis teresak-esak.

“Mummy… mak… abang Ben… Copp…”

“Tak usahlah kau nak sebut-sebut nama mereka tu. Diorang dah mati. Terutama mak dan mummy kesayangan kau tu!” terbeliak mata aku. Tak mungkin. Cukuplah aku kehilangan daddy dan ayah. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Tak sanggup aku kehilangan mereka. Aku perlukan mereka. Mereka kekuatan aku.

“Tolonglah jangan apa-apakan mereka. Mereka tak bersalah, kalau kau nak aku, tolong lepaskan mereka.” Rayu aku bersungguh-sungguh kepada Slyber. Slyber ketawa jahat. Tiba-tiba konco-konconya mendekati aku lalu mereka mencakar aku menggunakan kuku serigala masing-masing. Aku menjerit kesakitan. Menangis dan terus menangis.

“Anamelia… Anamelia…” mulutku menyebut namaku sendiri perlahan sehingga rantai sakti itu menyala menerangi segenap ruangan markas Slyber. “Arghhh...” kedengaran jeritan Slyber serta konco-konconya. Aku terlepas daripada ikatan tadi apabila rantai tersebut terkalung sendirinya pada leherku.

Aku terasa sekarang ini anak mataku berwarna emas apabila kedua-dua tapak tanganku sudah menyala berwarna keemasan. Aku sekarang seperti tidak rasa diriku sekarang kerana kuasa sakti ini sedang menguasai badanku.

“Anamelia! Baik kau serahkan kuasa tu kepada aku. Aku yang sepatutnya yang dapat kuasa nenek moyang tu bukan kau! Kau tak layak! Sama sekali tak layak!” Aku hanya memberikan senyuman sinis kepada Slyber. Slyber bertukar menjadi serigala jadiannya manakala aku sudah bersedia untuk bertempur dengan dia. Aku dah tekad untuk selamatkan negeri yang sudah ayah luaskan dan menyelamatkan keluargaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience