“Amel, kamu betul ke tak ingat apa-apa tentang diri kamu sendiri?” Tanya ayah. Aku hanya bermain-main dengan jari-jemariku.
“Amel ta-tak tahu ayah. Amel tak boleh nak ingat apa-apa. Bila Amel ingat semula, kepala ni sakit sangat.” Jawab aku. Ayah hanya mengeluh panjang.
“Tak apalah. Lama-kelamaan pasti kamu akan ingat semula. Sekarang kamu tinggal sahaja dengan kami sekeluarga. Tapi ada yang perlu ayah beritahu pada kamu.” Suara ayah kedengaran serius sahaja. Aku hanya memandang wajah ayah dan mak bersilih ganti. Abang Ben hanya mendiamkan diri duduk disebelah aku.
“Perkampungan ni perkampungan puak serigala jadian Lincolnson. Kamu jangan takut, kami tak makan manusia. Kami hanya melindungi dan menyerang apa yang perlu sahaja.” Tekak aku seperti tertelan pasir. Aku sekarang duduk di perkampungan serigala?
“Ma-ma-maknanya ayah, mak dan abang Ben ni seri-serigala jadian?” tergagap-gagap aku mengutarakan soalan tersebut. Abang Ben mengusap tanganku lembut.
“Kan ayah kata jangan takut. Kiteorang tak makan orang.” Kata abang Ben. Aku mengangguk perlahan.
“Tapi Amel duduk disini bukan sembarangan duduk sahaja, Amel kena pelajari seni pertahankan diri dengan ayah dan beberapa kawan Ben memandangkan kamu ini bukan dari puak serigala. Kamu hanya manusia biasa.” Aku membesarkan mata aku.
“A-amel.. takut..” gumam aku. Ayah hanya tersenyum kecil.
“Amel akan pandailah nanti bila belajar.” Aku membalas senyuman ayah.
Keesokannya, aku dikejutkan oleh mak untuk bersiap-siap mengikuti abang Ben untuk memulakan latihan. Aku menyarung sweater berhood dan seluar jeans merah gelap. Aku mencabut rantai yang terkalung pada leherku dan menyimpannya di bawah bantal.
“Amel, kamu sudah siap?” Tanya abang Ben. Hari ini abang Ben kelihatan segak walaupun dia hanya memakai tshirt berlengan pendek dan seluar jeans paras lutut.
“Dah, abang. Amel dah siap.” Jawab aku sambil tersenyum. Abang Ben memimpin aku keluar dari rumah. Sudah lama aku tidak melihat dunia luar, kini aku menghayatinya dengan begitu tekun sehingga abang Ben mengejutkan aku dengan memetik jari di hadapan wajahku.
“Hey guys.” Abang Ben bertepuk-tampar dengan kawan-kawannya.
“Yo Ben!” balas mereka.
“Ni ke budak Amel yang kau cakap tu?” Tanya salah seorang daripada mereka. Aku hanya berdiri malu di belakang tubuh abang Ben.
“Yes. This is Amel. Amel, ni kawan-kawan abang, Max, Copp, Daen dan Zee.” Aku mengangkat wajahku memandang mereka satu per satu. Semuanya mempunyai rupa paras yang kacak lagi bergaya walaupun pakaian mereka agak kekampungan.
“Ha-hai. Saya Amel.” Kenal aku terketar-ketar. Copp mendekati aku sambil berjabat tangan denganku. Aku terkelu.
“You’re so cute, Amel.” Aku hanya tersenyum malu.
“Now, kita mulakan latihan kita macam biasa. Ayah aku suruh kita ajar Amel sampai dia mahir memandang diakan hanya manusia biasa. Kalau ada sesiapa serang sekurang-kurangnya dia tahu pekara asas berlawan.” Terang abang Ben.
“Baiklah. Mari.” Jantungku mula berdegup kencang. Takut mula menyelebungi tubuhku. Aku mana berani nak berlatih tentang lawan-lawan semua ini. Oh tidak…
Share this novel