Chap.Fourteen

Fantasy Completed 31805

“Akhirnya kau tewas juga Anamelia. Sebenarnya kuasa kau tu masih belum cukup kuat untuk melawan aku. Kesian…” Slyber gelak sekuat-kuat hatinya.

“Abang… apa sebenarnya abang nak buat dengan Lia? Abang kata abang tak nak sakitkan dia tapi kenapa abang buat juga?” tanya Slybie teragak-agak sambil memandang sayu ke arah aku yang sudah terikat pada tembok disitu. Aku hanya memandang lantai sambil menahan sakit yang perit pada bahagian belakang badanku.

“Yang kau pahal nak backup budak ni? Dah jatuh cinta ke apa?” sindir Slyber kepada adiknya. Slybie sedikit mendengus. Akhirnya dia sudah menilai mana sepatutnya dia selamatkan. Dia perlu selamatkan Lia walaupun dia tahu Lia sudah membencinya kerana membawa dia ke markas abangnya.

“Abang tak tahu apa erti penat? Abang tak penat ke buat kerja jahat macam ni? Konon abang nak mewarisi kejahatan ayah tapi sebenarnya abang boleh ubah prinsip ayah kepada kebaikan walaupun orang tahu ayah seorang penjahat, kita boleh dianggap lagi orang yang baik sekiranya kita buat amal kebaikan tapi ni tidak. Abang bertambah burukkan imej keturunan kita yang sememangnya jahat ni.” tengking Slybie sekuat hati pada abangnya. Slyber sudah menahan marah meluap-luap kerana terasa tercabar dengan tengkingan adiknya itu.

“Aku nak kau tahu, kau bukan lagi adik kandung aku. Kau! Musuh aku mulai sekarang!” Jerit Slyber.

“Aku lagi tak nak ada abang yang sanggup seksa adik dia dan buat adik dia macam hamba abdi!!!” balas Slybie. “Kau tunggu sahaja nasib kau, Slybie!” Slybie hanya memberi senyuman sinis ke arah abangnya. Nampaknya mereka seperti mahu bergaduh besar. Aku cuba untuk melepaskan diri daripada ikatan tersebut namun gagal tetapi aku terus cuba dan cuba sementara Slyber dan Slybie sedang bergaduh.

“Aku buat semua ni untuk Anamelia. Aku tahu Anamelia akan pimpin negeri ini dengan aman dan makmurnya. Bukan kau!” kata Slybie lagi. Slyber sudah bertukar menjadi serigala jadian begitu juga dengan Slybie.

“Aku akan hapuskan kau, Slybie!” jerit Slyber. Aku sedaya upaya mencuba membuka ikatan tersebut, ikatannya hampir putus tetapi tanganku berasa sangat perit.

Beberapa saat kemudian, aku terlepas daripada ikatan tersebut, aku berdiri dengan segera dan pergi ke arah mereka. Tanganku dihalakan pada bahagian belakang Slyber dan….

“Awoooooo!!!”

Slyber menyalak kesakitan tatkala kuasa saktiku mendarat pada belakang badannya. Aku mendapatkan Slybie yang sudah cedera parah pada bahagian kakinya. “Slybie, awak okey tak? Kita keluar dari sini.” Slybie menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Saya malu nak ikut awak. Saya punca semua ni.” aku mengerutkan dahiku lalu memaksa Slybie bangun untuk pergi dari sini sementara Slyber pengsan.

“Kita ikut sini…” lemah sahaja suara Slybie memimpin tanganku. Kakinya terhincut-hincut ketika berjalan. Kasihani aku melihatnya.

Jalan dan terus berjalan, tiba-tiba aku ternampak ada secebis kain lantas aku tarik dan membalut kaki Slybie. “Auchh.. Lia kita dah tak ada masa.” namun aku keras kepala, aku meneruskan ikatan kain tersebut pada kakinya yang cedera itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience