Chap.Ten

Fantasy Completed 31805

Mak mengejut aku daripada tidur setelah kami sampai di hadapan istana ayah aku. Aku terus keluar dan berlari masuk ke dalam istana.

"Mummy! Daddy!" Jerit aku. Bergema segenap ruangan utama istana itu. Kelihatan mummy sedang duduk berehat bersama Scarface dan Jordan. Daddy aku tidak nampak kelibatnya.

"Anamelia! Anak mummy!" Mummy berlari ke arah aku.

"Mana kamu pergi sayang?" Aku terdiam seribu bahasa apabila melihat kepala dan mata kiri ibu berbalut.

"Mummy..." gumam aku.

"Ya sayang. Mummy rindu Lia." Mummy memeluk aku erat. Tanpa aku sedar, aku mengusap mata kiri ibu yang berbalut.

"Kenapa ni mummy? Siapa buat?" Tanya aku dengan nada marah.

"Mummy dan daddy accident masa nak pulang ke rumah semula setelah Scarface kata kamu hilang dan lemas dalam sungai. Mummy hampir putus asa untuk hidup. Akhirnya mummy jumpa anak mummy semula." Aku memeluk mummy erat.

"Daddy meninggal dunia bukan sebab kemalangan. Musuh kita dah datang dan dia yang bunuh daddy semasa kami dirawat di hospital." Aku tergamam. Jantung aku berdegup kencang kerana menahan marah.

"Macam mana kamu boleh terselamat sayang?" Tanya mummy. Aku menunding ke arah mak, abang Ben, Daen, Copp dan Max.

"Mereka yang selamatkan dan jaga Lia, mummy. Lia hilang ingatan lama juga. Sekarang Lia baru ingat dan terus balik ke sini." ibu sangat terkejut.

"Ka-kakak?" Mak menitiskan air mata memandang ibu.

"Sampai hati kau tinggalkan kami dengan masalah kau, Fessa." Rintih mak. Ibu memeluk mak erat sangat.

Aku berlari ke arah Scarface dan Jordan lalu meminta kepada mereka.

"Aku rindu kau sangat, Lia." Ngadu Jordan. Dia memeluk aku erat. Begitu juga dengan Scarface.

"Dia ada lagi?!" Dingin Scarface apabila dia terpandang ke arah Slybie yang sedang menundukkan wajahnya.

"Jangan.. dia perlukan kita. Dia kena seksa dengan abang dia sendiri. Dia larikan diri." Terang aku. Serta-merta Scarface tak jadi menyerang dia.

"Jangan kau harap aku dapat terima kau. Aku buat demi Lia supaya kami tidak kehilangan dia lagi disebabkan kau." Kata Scarface serius.

"Lia perlukan pertolongan untuk menentang musuh Lia. Tapi Lia masih tak tahu kenapa dia bermusuh dengan kita?" Tanya aku. Mereka semua terdiam. Abang Ben mendukung aku lalu dibawanya aku ke ruang tamu kedua.

"Biar abang yang ceritakan..." aku mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience