Selesai bersarapan, aku dan Jordan menyarung sweater dan memakai kasut. Tanganku dan Jordan dipimpin oleh Scarface dan dia membawa kami masuk ke dalam perut kereta mewah milik ayah. Kereta tersebut dipandu oleh pemandu peribadi ayah yang bernama Guldan. Kereta tersebut meluncur laju keluar dari pekarangan istana. Aku menjengulkan kepalaku ke luar tingkap kereta melihat suasana bandar yang dibina secara kreatif dan sistematik. Inilah kali pertama dalam hidupku aku melihat bandar-bandar ini.
“Lia, tengok tu. Cantik kan!” teruja Jordan sambil menunding ke arah air pancut gergasi yang terletak disebelah barat bandar dengan dihiasi arca mahkota besar. Ternganga mulutku melihat arca tersebut.
“Kita mulakan destinasi kita ke Enchanter Café.” Beritahu Scarface kepada kami. Aku sangat teruja. Andaikan ayah dan ibu mengikuti aku keluar ke bandar ini memang sangat menyeronokkan.
Aku masuk ke dalam kafe yang dipenuhi orang ramai itu. Scarface memimpin tanganku dan Jordan dan membawa kami ke satu tempat duduk yang sangat cantik dihiasi dengan bunga-bunga hutan yang segar. Seorang lelaki datang ke arah kami dan memberi satu kad menu untuk dipesan. Aku memandang Scarface yang sedang ralit membaca kad menu tersebut. Mataku tertancap seorang lelaki muda yang duduk di belakang Scarface, dia memandang aku dengan senyuman yang sangat manis. Aku membalas senyumannya.
“Lia, nak makan apa?” Tanya Scarface.
“I want fried meatball ! Honey Chicken and mushroom chicken soup. Then, for drink I want chocolate chip smoothies.” Scarface tergelak mendengar aku memesan makanan dan minuman. Jordan pun memesan makanan dan minuman yang sama dengan aku. Aku memandang semula ke arah belakang Scarface. Lelaki muda tadi sudah tidak ada.
“Scarface, I want to go to toilet.” Scarface mengizinkan aku ke tandas. Aku hanya pergi seorang kerana tandas hanya dekat sahaja dengan tempat duduk kami. Berdesup aku masuk ke dalam tandas dan melepaskan apa yang patut. Selesai ke tandas, aku ingin kembali ke tempat duduk tetapi seseorang menahan bahu aku dari belakang. Aku terus menoleh kebelakang dan…
Share this novel