“Memang melampau Slyber sekarang ni!” tempik abang Ben. Aku hanya termangu duduk disebelah Copp yang sedang berehat.
“Abang.. siapa dia? Kenapa dia cakap Amel anak adik ayah? Maknanya?” Tanya aku perlahan. Abang Ben memicit-micit kepalanya.
“Buat masa ni Amel tak perlu tahu. Sampai masanya Amel akan tahu.” Ayah yang menjawabkan soalanku. Aku mengangguk kecil.
“Amel kalau nak keluar jangan pernah pergi seorang diri. Faham?” pesan Mak. Aku mengangguk tanda faham.
Petang esoknya, aku mengikuti abang Ben masuk ke dalam hutan untuk mencari beberapa bahan untuk dibuat senjata untuk aku.
"Abang, Amel penatlah. Belum jumpa lagi ke bahannya?" Entah keberapa kali aku merungut. Aku lihat abang Ben asyik mengeluh sahaja apabila aku merungut.
"Abang Ben.. Amel penat dan lapar. Tak boleh ke kita berhenti sekejap?" Rungut aku lagi.
"Amel!! Kita kena cari bahan tu hari ni juga! Berapa kali perlu abang jawab soalan Amel tu? Hah?!" Aku tersentak apabila abang Ben menengkingku. Hatiku terguris tatkala dia meninggikan suaranya. Terus aku mendiamkan diri.
"Kau kenapa Ben nak mengamuk? Dengan Amel pun kau nak marah? Kesian tau kat dia." Aku terdengar Max menegur sikap aneh Ben.
"Aku tak suka sebab si Sly tu datang. Dia dapat tahu yang kita jaga manusia. Dia mana pernah suka manusia. Kau tak dengar semalam apa yang dia cakap? Dia nak pupuskan puak kita!" Marah Ben.
"Kau nak salahkan Amel lah ni? Sebab dia ada kat sini Sly datang balik. Kau dah lupa ke? Dari dulu lagi dia dah memang nak pupuskan puak kita sejak ayah dia tu berpaling ke arah kejahatan. Bukan salah Amel." Bela Max. Aku masih mendiamkan diri. Perut yang berkeroncong kuat aku abaikan.
Akhirnya kami sampai di tempat yang dipenuhi pelbagai bahan untuk dibuat senjata. Aku berkerut menahan sakit pada perutku. Max beberapa menegur aku tetapi aku hanya menggelengkan kepala. Aku masih berkecil hati dengan abang Ben.
"Amel, nah ni buah anggur. Abang petik tadi." Aku tidak menyambut huluran buah anggur yang diberi oleh abang Ben sebaliknya aku menjauhkan diri daripadanya.
"Amel jangan merajuk. Abang minta maaf ya?" Aku masih tidak memberi apa-apa respons.
"Makan ni nanti Amel tak larat masa perjalanan balik." Aku mencebik. Baru sekarang dia nak risaukan aku?
"Amel dah tak lapar." Jawab aku bersahaja. Aku dengar abang Ben mengeluh.
"Cepatlah. Amel nak balik rumah. Baik Amel tak payah ikut." Rungut aku lalu aku berjalan meninggalkan mereka.
Sampai sahaja di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Aku menangis sepuas-puas hatiku. Sampai hati abang Ben buat aku macam tu.
"Amel, mari makan. Amel lapar kan..." panggil dari luar pintu bilik. Pasti abang Ben yang suruh aku makan.
"Kejap mak." Aku tak mahu menyusahkan mak dan ayah yang bersusah payah menjagaku.
Keluar sahaja dari bilik, mak mengusap kepalaku lembut. Aku terus melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Lauk-pauk yang lazat terhidang di atas meja. Dengan gelojohnya aku makan sehingga bertambah-tambah.
"Amel, lapar sangat?" Tanya ayah lalu melabuhkan punggung disebelahku. Begitu juga dengan mak dan abang Ben. Aku hanya mengerlingkan mata ke arah abang Ben.
"Amel, abang minta maaf." Sesudah makan, aku terus duduk di balkoni sambil termenung. Abang Ben datang terus duduk disebelahku sambil merangkul pinggang aku. Dia mengucapkan kata maaf sekali lagi.
"Nak buat apa minta maaf. Dah jadi dah kan?" Kata aku dingin.
"Amel..."
"Takpelah. Memang salah Amel pun. Abang jangan risau, Amel akan pergi dari sini." Rajuk aku lalu membawa diri masuk ke dalam bilik namun abang Ben sempat memaut lenganku.
"Amel. Tolong abang betul-betul tak sengaja tadi. Abang tahu Amel berkecil hati dengan abang. Maafkan abang." Aku membatu. Aku melihat abang Ben bersungguh-sungguh meminta maaf daripadaku.
"Amel maafkan abang." Tuturku perlahan sambil menundukkan wajahku.
"Abang janji akan lindungi Amel." Aku tersenyum senang apabila tiada lagi pergaduhan di antara kami.
Malam itu aku dibuai mimpi bersama-samanya.
Sedang nyenyak aku tidur, aku dikejutkan dengan jeritan nyaring dari luar rumah dan hidungku terhidu bau asap tebal. Aku menolak-nolak tubuh abang Ben yang masih belum sedarkan diri.
"Abang, Amel ada bau asap lepastu ada orang menjerit kat luar." Bisik aku padanya. Lantas dia bangun dan menjengah dari luar tingkap.
"Kampung kita terbakar! Api marak! Amel cepat galas beg tu!" Aku terkejut lantas menggalas beg yang sudah terletak cantik di atas almari. Abang Ben terus menarik aku keluar.
Alangkah terkejutnya aku melihat rumah kami turut dibaham api. Kami terperangkap.
"Mak! Ayah!" Jerit aku namun mereka tidak menyahut. Abang Ben cuba mencari mereka namun gagal. Asap tebal dan api marak sudah menguasai rumah kami.
Tiba-tiba kami terdengar seseorang terbatuk-batuk. "Mak!" Aku terus mendapatkan mak yang sedang merangkak keluar dari bilik. Namun kelibat ayah aku tidak nampak.
"Mak! Mana ayah?" Tanya abang Ben. Mak menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Ayah kamu dah pergi. Dia dihempap kayu berapi semasa tidur." Aku membesarkan mataku. Tak mungkin. Abang Ben termangu. Aku menolong mak untuk bangun tetapi kaki mak melecur teruk.
"Abang akan tukar jadi serigala. Mak dengan Amel naik atas badan abang." Arah dia. Lantas dia bertukar menjadi serigala. Aku dan mak naik ke atas badannya lalu abang Ben cuba mencari-cari jalan keluar. Pintu belakang rumah masih tidak dibaham api lantas abang Ben meredah api keluar dari situ.
Kami selamat menyelamatkan diri kami. Abang Ben terus bertukar menjadi manusia semula. Lengannya habis melecur.
"Perkampungan kita..." rintih abang Ben sambil memeluk aku dan mak.
"Abang, Mak... ini semua punca dari Amel ke?" Tanya aku sambil menitiskan air mata.
"Bukan Amel. Bukan..." mak mencium ubun-ubunku lembut. Tiba-tiba Copp, Daen dan Max berlari ke arah kami. Keadaan mereka juga kelihatan tercedera teruk.
"Ben.. Ben kita kena pergi dari sini. Aku nampak konco Slyber pasang bom dekat hujung sana. Perkampungan habis semua terbakar. Penduduk kampung ni semua tak dapat diselamatkan. Hanya segelintir sahaja sudah melarikan diri. Ben, Zee tak dapat diselamatkan. Dia terhempap dengan kayu." Abang Ben terkejut begitu juga dengan aku.
Lantas, Copp mendukung aku manakala Max memapah mak dan Daen membantu abang Ben bangun dan kami berlari jauh meninggalkan perkampungan itu. Aku nampak dari jauh api yang sedang memakan semua yang ada disitu. Aku menangis sambil membenamkan kepalaku pada bahu Copp.
Share this novel