Chap.Eight

Fantasy Completed 31805

Sudah beberapa hari kami duduk di dalam hutan, mujur abang Ben dan kawan-kawannya pernah membuat rumah kecil di dalam hutan. Kami berteduh disitu selama beberapa hari ini. Sikap abang Ben berubah secara drastik sejak kebakaran besar-besaran itu berlaku.

"Abang..." kejut aku.

"Hmph..." jawab abang Ben.

"Abang dah lama macam ni. Abang marah Amel ke?" Tanya aku perlahan sambil bermain-main dengan jari jemariku. Aku hanya dengar abang Ben mendengus.

Tiba-tiba dia mengheret tubuhku sehingga ke depan halaman pondok kecil itu. Dia mencampak tubuhku sehingga aku terhentak pada batang kayu. Aku mengaduh sakit.

"Kau puncanya! Kau yang buat ayah aku mati! Kau yang buat si tak guna tu datang semula! Kau memang daripada keluarga pengkhianat!" Lantas dia bertukar menjadi serigala. Dia menyalak dengan kuat. Aku perlahan cuba untuk bangun semula.

Sebaik sahaja aku berdiri, dia terus menyerang aku. Kukunya yang panjang bagaikan mata pedang menghiris kulit lenganku panjang. Aku menangis kesakitan cuba merayu supaya dia menghentikan cakarannya. Belum cukup dengan itu, dia menolak aku sekali lagi sehingga aku terjatuh pada belakang batu besar. Aku sudah tidak larat. Tubuhku yang kecil ini sudah tidak bermaya lagi.

Dia menambah lagi keperitan pada kulit kakiku. Aku menjerit kesakitan. Kemudian dia menarik rambutku menggunakan tapak tangannya dengan kuat. Kemudian dia merentap rambutku sehingga ada beberapa helaian rambutku putus.

Serangan yang terakhir, dia mengangkat tubuhku dan mencampak sehingga kepalaku terhantuk pada batu besar. Ada titisan cecair merah mengalir keluar daripada kepalaku. Disitu jugalah aku terus tidak sedarkan diri.

- - - - - - -

"Ben!!! Apa kau dah buat pada Amel?! Kau gila?! Kau nak bunuh dia ke?" Marah mak Ben. Ben termangu apabila melihat tubuh Amel yang terkulai lemah di dalam dukungan Copp.

"A-Amel.. aku.. aku tak ada niat nak bunuh dia. Aku cuma..." Ben tidak dapat menghabiskan percakapannya apabila dia ternampak darah begitu banyak keluar dari kepala Amel.

"Kau jangan dekati dia lagi." Ugut Copp lalu membawa Amel masuk ke dalam pondok. Dia memerlukan rawatan segera sebelum terjadi apa-apa kepadanya. Ben hanya lihat dari jauh. Dia memikul perasaan serba salah dengan berat.

"Amel satu-satunya yang dapat membantu kita bersatu semula, Ben. Mak tak pernah terfikir kau akan lakukan pekara ini sedemikian. Mak kecewa. Kalau ada apa-apa terjadi pada Amel, mak tak tahu apa harapan mak selepas ini." Rintih mak Ben lalu dia masuk ke dalam menolong Copp dan Daen merawat Amel.

"Ben apa yang merasuk kau tadi? Kau tu serigala, serigala tak bunuh bukan musuh dia. Amel penyelamat keturunan kita. Kau tahu kan? Dia anak mak cik kau. Pak cik kau tu daripada keturunan berkuasa kuat. Amel mewarisi keturunan ayah dia. Kau tahukan dah lama kita mencari mereka sejak mak cik kau yang cetuskan perbalahan ni apabila dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan King Alarick." panjang lebar Max mengingati kawannya itu.

Ben meraup wajahnya kasar. Dia sudah tidak keruan. Dia berdoa agar Amel sedarkan diri. Dia sudah berjanji akan melindungi Amel tetapi dia gagal. Dia sendiri yang mencederakan sepupunya itu.

- - - - - - -

Sudah dua hari Amel tidak sedarkan diri, dia sering kehilangan daya untuk bernafas. Kadang-kala keadaan menjadi kalut apabila Amel tidak bernafas. Suhu badan Amel menjadi sangat panas. Bibirnya kering kebiru-biruan. Luka pada kepalanya masih belum sembuh begitu juga pada bekas cakaran lengan dan kakinya.

Mereka bertungkus-lumus merawat Amel supaya dia sedar kan diri semula. Mereka memerlukan Amel. Amel kunci perlindungan mereka.

- - - - - - -

Aku mencelikkan mataku dan keadaan di hadapan mataku sangat lain. Sebuah istana sangat indah nan permai terbina di satu tanah yang sangat lapang. Ditambah pula bangunan itu dicat dengan warna pastel. Kelihatan seorang anak gadis sedang bermain-main dengan basikalnya bersama seorang wanita yang agak berusia mungkin ibunya.

Tiba-tiba pemandangan tadi hilang sekelip mata dan ia bertukar kepada pemandangan di sebuah bandar yang sangat cantik dan sistematik. Anak kecil tadi sedang berjalan-jalan dengan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki. Mereka masuk ke dalam sebuah kafe yang dipenuhi orang ramai dan memesan makanan disitu.

Tiba-tiba aku ternampak anak gadis tadi ditarik keluar oleh kanak-kanak lelaki tadi. Mereka nampak seperti sedang bertengkar. Si anak gadis itu merentap pergelangan tangannya dan melarikan diri dari kanak-kanak lelaki tadi sehingga dibelakang satu bangunan yang terdapat sebatang sungai yang mengalir deras.

"ANAMELIA!"

Anak gadis itu terjun ke dalam air sungai dan dibawa arus air yang sangat deras sehingga kepalanya terhantuk pada batu sungai disitu. Dan semua pemandangan tadi terus lesap.

- - - - - - -

"Arghhhhh!!!" Jerit aku lalu memegang kepalaku yang berdenyut kuat.

"Amel.. Amel..." panggil mak lantas aku memeluk dia erat.

"Sa-kit..." ngadu aku. Aku melihat tubuh dan kepalaku dipenuhi balutan. Copp dan Daen segera mendekatiku dan memeriksa aku.

"Amel ada sakit kat mana?" Tanya Copp prihatin.

"Semua... sakit... denyut... denyut..." kata aku tersekat-sekat. Copp menarik aku duduk di atas ribanya kemudian dia membuka balutan-balutanku dan ditukar dengan balutan yang baru.

Selesai balutan ditukar dan keadaanku sedikit selesa. Aku merenung mereka satu per satu. Sebenarnya ingatanku sudah pulih. Aku sudah ingat siapa diriku sebenar. Nama aku Anamelia. Anak kepada King Alarick.

"Amel..Amel dah ingat siapa sebenarnya Amel. Nama Amel ialah Anamelia anak King Alarick." Beritahu aku kepada mereka. Mereka semua terkejut.

"Amel dah ingat, nak?"tanya mak. Aku mengangguk kecil.

"Mana abang Ben?" Tanya aku apabila aku tidak nampak langsung kelibat abang Ben.

"Jangan Amel tanya mengenai dia. Dia dah mencederakan Amel sehingga tiga hari Amel tak sedarkan diri. Amel hampir hilang nyawa!" Marah Copp. Aku terdiam. Ingatanku mula mengingati kejadian di mana abang Ben hilang kawalan dengan melepaskan geram padaku disebabkan kematian ayah dan perkampungan puak serigala Lincolnson hilang.

"Takpe. Amel tak marahkan dia malah Amel nak berterima kasih sebab dialah Amel dah ingat siapa Amel." Aku tersenyum kepada mereka. Aku bangun perlahan-lahan kemudian mataku meliar mencari abang Ben.

Kelihatan abang Ben sedang duduk di atas batu besar sambil bermain dengan ranting. Keadaan dia tidak terurus. Rambutnya kusut-masai. Bajunya tidak berganti.

"Abang..." panggil aku lembut.

"Am-Amel?!" Dia terus mendakap tubuhku erat.

"Maafkan abang, Mel. Abang bodoh. Maafkan abang. Abang janji akan lindungi Mel. Abang janji." Katanya sambil teresak-esak. Aku mengangguk perlahan.

"Amel tak kisah. Amel dah ingat siapa Amel." Dia tergamam lantas merenung aku lama.

"Nama Amel ialah Anamelia anak King Alarick." Beritahu aku. Dia terdiam.

"Amel.. amel dah ingat? Serius?" Aku mengangguk bersungguh-sungguh. "Abang yang buat ingatan Amel jadi pulih.." kataku. Sekali lagi dia terdiam.

"Tapi dia hampir bunuh Amel.." aku menoleh kebelakang. Copp sedang memandang abang Ben dengan pandangan dingin. Dia memimpin aku meninggalkan abang Ben.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience