Chap.Six

Fantasy Completed 31805

“Auwhh!” aku menjerit kesakitan apabila kakiku terseliuh ketika berlawan pedang dengan Copp. Aku menangis.

“Amel, are you okay?” Tanya Copp prihatin. Dia membelek-belek tubuhku sekiranya aku tercedera.

“Kaki saya terseliuh secara tiba-tiba.” Ngadu aku. Copp terus mencempung tubuhku dan mendudukkan aku di sebuah bangku yang diperbuat daripada kayu balak.

“Thanks, Copp.” Ucapku apabila Copp sedang mengurut-urut kecil kakiku. Copp mengukirkan senyuman manis. Aku suka melihat apabila dia tersenyum.

“Amel, what was happen?” Tanya abang Ben yang baru sahaja datang semula bersama-sama kawannya. Mereka pergi menolong ayah sebentar tadi.

“Kaki dia terseliuh masa lawan dengan aku.” Abang Ben mengangguk.
“So, dah berapa pekara asas yang Amel sudah tahu?” Tanya Daen. Aku membuat gaya berfikir untuk mengingati semula sudah berapa pekara asas yang sudah aku pelajari.

“Tiga!” jawab aku ceria. Mereka semua bersorak gembira.

“Senang je ajar Amel ni. Cepat tangkap apa yang kita ajar dia.” Puji Zee. Aku hanya tersenyum.

Tiba-tiba suasana yang bingit tadi menjadi sunyi-sepi. Semua penduduk kampung disitu serta-merta keluar apabila ternampak beberapa kereta mewah masuk ke dalam perkampungan ini. Abang Ben terus mendukung aku memandangkan kaki aku masih lagi sakit.

“Amel sentiasa dengan abang, okey? Jangan percaya cakap orang yang tidak kenali. Faham?” aku menganggukkan kepalaku sambil memeluk lehernya.

“Well.. well… well.. apa khabar puak Lincoln? Sihat tak? Rindu rasanya apabila dah bertahun-tahun tak melawat ke sini? Sedih… sobs-sobs-sobs…” kata seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan abang Ben seraya dia keluar daripada perut kereta.

“Apa kau nak lagi, hah?!” jerit abang Ben. Kelihatan ayah dan mak berlari mendapatkan kami.

“Benjamin Lincolnson. Aku rindu kau wahai sahabat. Lama dah kita tak lepak kan? Copp, Max, Zee dengan Daen. Aku pun rindu kat korang.” Lelaki itu mendekati kami langkah demi langkah. Aku memeluk abang Ben erat.

“Ni siapa ni kecil molek? Tak pernah aku tahu pun ada ahli baru dalam keluarga kau? Mak kau pregnant ke? Bukan mak kau dah monopaus?” ejek lelaki itu. Abang Ben mengerang kegeraman. Aku mengusap bahu abang Ben lembut supaya dia tidak mencetuskan pergaduhan.

“Kurang ajar..” gumam abang Ben. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak sudah seperti orang gila.

“Aku tanya kau! Siapa budak kecik ni!” lelaki itu mencengkam bahuku kuat cepat-cepat abang Ben menepis. Aku mengaduh kecil.

“Jangan kau pernah sentuh dia!” marah abang Ben.

“Slyber! Sudah-sudahlah kau menghuru-harakan kampung ini. Cukuplah. Budak ni tak ada kena mengena dengan kau. Dia cuma budak yang tak bersalah. Aku jumpa dia di tepi sungai belakang sana. Dia lupa ingatan.” Terang ayah kepada lelaki bernama Slyber itu.

“Oh.. kau pasti dia ni bukan Anamelia? Anak adik kau yang mengkhianati puak kita dulu? Huh?” tempik Slyber.

“Kau jangan biadap dengan pak cik kau sendiri, Slyber!” tengking abang Ben. Aku masih lagi dalam dukungannya takut melihat muka dia yang semakin bengis menahan marah.

"Hari ini aku terasa nak lawan kaulah. Aku nak tengok jugak skil kau yang sekarang. Yelah. Dulukan kau suka sangat kalahkan aku." Cabar Slyber. Abang Ben mendengus.

"Aku tak nak cari pasal dengan kaulah, Sly. Kau dah banyak menyusahkan orang kampung dekat sini. Dorang tak bersalah. Dorang ahli keluarga kita juga. Ahli keluarga Lincolnson." Ujar abang Ben. Slyber ketawa berdekah-dekah.

"Nama aku sekarang bukan Slyber Lincolnson. Nama aku Slyber Alphasean. Puak yang diwujudkan oleh ayah aku sendiri. Jangan korang lupa punca ayah dan mak aku mati. Semua sebab bapak kau yang cuai!" Marah Slyber.

"Sly, sudahlah nak. Janganlah kau berdendam. Kami bersama-sama terlibat dalam kemalangan tu juga cuma ayah dan mak kamu tak dapat diselamatkan..." kata ayah separuh merayu.

"Arghh.. konon. Blahlah. Aku akan pastikan puak Lincolnson akan pupus di muka bumi ini termasuk keturunan King Alarick... suami kepada adik kesayangan kau." Sinis Slyber.

"Selamat bertempur dengan konco-konco aku." Semua yang berada disitu terkejut melihat konco-konco Slyber yang ramai itu sudah bertukar menjadi serigala jadian bertubuh besar.

"Abang.. Amel takut. Kenapa banyak sangat serigala besar tu?" Abang Ben mengusap belakang badanku kemudian dia menurunkan aku.

"Amel ikut Copp, okey? Lindungi diri. Nanti kami akan menyusul." Aku terdiam apabila abang Ben sudah bertukar menjadi serigala. Begitu juga dengan ayah dan mak serta Max, Daen dan Zee. Copp mendukung aku dan berlari untuk mencari tempat yang selamat. Aku merangkul lehernya erat.

Copp masuk ke dalam rumah ayah dan mengunci rumah tersebut. Lantas dia bertukar menjadi serigala jadian. Aku terkaku apabila dia bertukar. Dia merenung aku lama seolah-olah menyuruh aku sentiasa bersama dengannya. Aku mengajak dia masuk ke dalam bilikku. Aku terus mengunci pintu bilikku sebaik sahaja kami masuk. Dia kekal berdiri di hadapan pintu bilik. Aku pula mencari rantai itu semula.

Aku dapat merasai rantai itu seperti ada kena-mengena denganku. Baru sahaja aku mahu memakai rantai itu. Pintu bilikku dipecahkan. Dua ekor serigala menyerang kami. Aku yang dalam keadaan kaki terseliuh, terhincut-hincut melindungi diri. Copp sedang bergelut dengan mereka. Aku terkial-kial memakaikan rantai tersebut pada leherku.

Aku Nampak Copp semakin tewas dibelasah oleh dua ekor serigala berbadan besar itu. Aku buntu. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan untuk menyelamatkan Copp. Aku lihat Copp sudah berlumuran darah apabila dia dicakar oleh serigala itu. Lantas aku mendekati mereka cuba untuk menarik perhatian mereka.

“Oi!” jerit aku. Serentak serigala itu berhenti dari bergelut dengan Copp. Mereka mengerang sambil mendekati aku langkah demi langkah. Aku mengundur setapak dan setapak sehingga belakang tubuhku terlanggar dinding bilik. Aku hanya berserah diri dengan memejamkan mata.

Terasa kuku serigala itu mencakar ringan pada wajahku. Aku berdecit kuat. Tiba-tiba mereka terus melarikan diri apabila ada satu cahaya yang menerangi segenap ruangan bilik aku. Aku terduduk lalu mendapatkan Copp yang sedang terbaring lemah. Dia sudah bertukar menjadi tubuh manusia.
“Copp..” panggil aku perlahan. Copp menarik aku masuk ke dalam dakapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience