Chap.Fifteen

Fantasy Completed 31805

“Kita dah sampai!” beritahu Ben. “Tak adalah besar manapun markas puak Alphasean. Sombong bongkak saja lebih.” kutuk Copp. Ben terdiam apabila dia ternampak kelibat seperti Lia bersama dengan seorang orang dewasa semestinya Slybie. Siapa lagi yang boleh Lia berbaik dengannya?

“Lia!!” jerit Ben. Aku terus pandang ke arah suara jeritan yang menyeru namaku. “Abang Ben! Kita kena pergi dari sini dengan segera sebelum Slyber sedar daripada pengsan.” Apa lagi, abang Ben terus mencempung tubuhku dan berlari dari sini manakala Copp memapah Slybie.

Dzzztt…

“Abang Ben!” Abang Ben mengaduh sakit apabila ada sebatang besi tajam menusuk pada pinggangnya. Aku menjerit kemarahan apabila ternampak kelibat yang membaling besi tersebut. Siapa lagi kalau bukan Slyber.

“Abang Ben, tolong bertahan.” Aku memegang kedua-dua belah tangan abang Ben dan mengalirkan arus kuasaku ke dalam badannya supaya dia masih boleh bertahan. Kelihatan arus kuasa sakti emas tersebut mengalir mengikut uratnya.

Aku berlari mendapatkan Slyber yang sedang berdiri di atas puncak bukit. Slybie cuba mengekori aku tetapi aku menghalangnya dan menyuruh dia menjaga abang Ben. Copp yang mengikuti aku secara senyap. Dia fikir aku tak nampak tetapi aku biarkan sahaja.

“Slyber! Kau memang kejam! Kau gila!” jerit aku. Slyber ketawa sinis. Dia melambai-lambai tangannya ke arah aku supaya aku datang ke arahnya.

Sampai sahaja di hadapan dia, aku merenung anak matanya dalam. Slyber mula pelik melihat aku sebegitu. Sebenarnya kuasa sakti itu sudah menguasai badanku sepenuhnya. Aku tidak dapat mengawalnya dengan baik. Aku hanya mengikut gerak-gerinya. Kuasa ini akan membunuh kuasa kejahatan yang ada pada Slyber.

“Apa yang kau buat, budak? Kau sengaja nak takutkan aku ke? Aku sama sekali tak takut pada kaulah. Jangan kau haraplah!” beritahu Slyber.

“Baik kau serah diri Slyber. Kemungkinan kau akan dihukum ringan sekiranya kau menyerah diri.” Pujuk aku dengan lembut. Slyber ketawa berdekah-dekah. “Aku cakap serius ni, Slyber. Aku tak main-main.” Slyber masih lagi dalam sisaan ketawa.

Kuasa saktiku semakin membuak-buak tidak dapat ditahan lagi. Slyber masih setia dengan kuasa kejahatannya itu. Tiba-tiba aku dapat merasakan Slyber dapat menarik rantai aku dan rantai itu sekarang berada di dalam genggamannya. Aku terus terduduk lemah di atas tanah. “Slyber jangan! Kuasa tu dalam keadaan marah, kalau kau serap masuk ke dalam badan kau, kau akan mati!” pesan aku namun Slyber tidak mengendahkannya.

“Kuasa ini akan menjadi milik aku selama-lamanya. Inilah saat yang aku nanti-nantikan.” Gelak Slyber. Aku cuba untuk menghalangnya namun belum sempt lagi dia sudah menyerap kuasa tersebut melalui mulutnya. Aku lihat kuasa tersebut selamat masuk ke dalam anggota badannya namun tiada apa-apa yang berlaku. Perubahannya adalah anak mata Slyber bertukar menjadi merah keemasan. Itu tandanya kuasa kejahatan sudah melebihi kuasa kebaikan. Bercelaru!

“Slyber, kau akan mati sekiranya kuasa melebihi kau!” jerit aku. Slyber memberikan senyuman sinis kepadaku lalu dia menghalakan jari telunjuknya ke arah aku. Satu pusaran emas keluar daripada jarinya lalu pergi ke arah aku. Aku kelemasan apabila pusaran tersebut berpusing dengan lajunya ke arah aku.

“Lia!!” jerit Copp apabila dia ternampak aku semakin lemah apabila pusaran tersebut menguasai aku. Copp cuba menyelamatkan aku namun pusaran tersebut lagi kuat daripadanya. “Copp, halang Slyber daripada terus menggunakan kuasa sakti. Lia akan cuba lepaskan diri daripada pusaran ni.” Kata aku kepada Copp. Copp menurut arahan.

“Oi Slyber! Sedarlah diri kau. Kau tak ingat ke kenangan kita masa kecil bersama-sama? Kita main bersama-sama. Kau dah lupakan semua tu ke?” Slyber terdiam kemudian dia gelak mendengar kata-kata Copp.

Kemudian dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience