Slyber menyerang Copp bertubi-tubi, serta-merta Copp bertukar menjadi serigala dan terus menahan serangan tersebut sekuat hatinya. Akhirnya aku terlepas daripada pusaran tersebut apabila Slyber beralih perhatian ke arah Copp. Perlahan-lahan aku bangkit dan pergi ke arah Copp yang sudah terkulai lemah di atas tanah tetapi masih kuat menahan serangan Slyber. Aku mengambil tempat betul-betul di hadapan Slyber lalu memejamkan mata aku.
“Anamelia...”
“Anamelia...”
“Anamelia...”
Tiga kali aku menyebut nama aku dengan penuh keyakinan. Cahaya mula menguasai sekeliling tubuhku. Aku mengumpul semua tenagaku untuk berlawan dengan Slyber. Slyber patut dihapuskan, dia sudah terpengaruh kuat dengan kuasa kejahatan bapanya. Dia perlu dihapuskan sebelum dia memecah-belahkan empayar negeri ini.
“Buat lelah kau sahaja, Lia. Kuasa kau tidak setanding kuasa aku yang sekarang ni. Kau akan kalah, eh maaf, bukan kalah... kau akan mati!” Slyber ketawa jahat. Masa inilah aku mengambil kesempatan untuk menyerang dia bertubi-tubi. Perlahan-lahan aku membuka mata dan menggunakan mindaku untuk mengawal kuasaku berlawan dengan Slyber. Cahaya demi cahaya melilit anggota badan Slyber. Slyber meronta-ronta meminta dilepaskan. Aku hanya tersenyum senget.
“Pergi mati, Lia! Kau tak sepatutnya hidup! Aku patut bunuh kau masa kau bayi lagi!” jerit Slyber namun aku tidak pedulikan. Aku menggengam kedua-dua belah tanganku untuk menguatkan lagi lilitan pada tubuhnya. Kuasa pada badannya semakin lama semakin hilang. Semuanya terserap ke dalam tubuhku.
“Slyber aku beri kau peluang! Kau nak menyerah atau tidak?” tanya aku buat kali terakhir.
“Tak akan! Aku sanggup mati untuk pertahankan warisan ayah aku sendiri. Tak macam kau!” hati aku semakin membara dan aku menguatkan lagi genggamanku. Slyber menjerit kuat. Slybie berlari ke arah aku dan terus membisik aku menyuruh aku membunuh abangnya sendiri kerana dia takut sekiranya abangnya masih hidup akan menjadi lagi huru-hara negeri ini. Aku mengangguk faham lalu mengerang kuat untuk menghapuskan Slyber dengan kuasa-kuasanya yang masih tersisa.
“Slybie! Kau aku takkan maafkan!” jerit Slyber buat kali terakhir. Slybie sedikit pun tidak sedih dengan kematian abangnya kerana dia sudah cukup terseksa tinggal bersama abangnya.
Semuanya berakhir setelah aku berjaya menghapuskan Slyber daripada negeri ini. Perlahan-lahan kuasaku meresap kembali ke dalam tubuhku dan mataku mula kabur. Aku terjatuh di atas tanah dan tidak sedarkan diri.
- - - - - - - -
“Lia... kamu dah sedar, nak?” mummy mengusap kepala aku lama sambil menitiskan air mata. Aku menenyeh mataku perlahan supaya penglihatanku jelas. Sekarang aku berada di rumah aku sendiri. Baru aku teringat tentang abang Ben yang cedera parah.
“Mummy, abang Ben macam mana? Dia cedera parah...” kata aku sayu.
“Abang Ben dah lama pulih, sayang. Lia je yang pengsan dah dekat dua bulan. Risau mummy sayang. Mummy takut Lia tinggalkan mummy macam mana daddy tinggalkan mummy.” Aku terdiam. Sekali lagi... aku tidak sedarkan diri selama dua bulan? Teruk sangatkah aku berlawan dengan Slyber?
“Slybie?” tanya aku.
“Saya disini, Lia.” Aku terkejut melihat perubahan Slybie yang semakin baik. “Sly...” belum sempat aku menghabiskan percakapanku, Slybie terlebih dahulu memotongnya.
“Nama saya bukan Slybie dah. Nama baru saya Aeodan.” Dia tersenyum. Aku mengangguk lalu mengukirkan senyuman.
“Lia sayang!” panggil abang Ben dengan teruja diikuti dengan Copp.
“Abang Ben! Copp!” sekaligus aku memeluk mereka. Copp pula mencium dahiku lama. Aku tergamam. Terasa hangat pada dahiku ini.
“Why you kiss my forhead?” tanya aku. Copp tersenyum malu. Abang Ben mula membuat riak wajah menyampah.
“Because I love you, Anamelia...” Bisik Copp pada telingaku. Aku tergelak. Rupanya Copp ada simpan perasaan dengan aku walaupun aku ni masih kecil.
Aku berjalan perlahan-lahan sehingga ke berandar bilik dan melihat perubahan empayar milik daddy, King Alarick. Sangat menyenangkan dan aman. Aku harap keamanan akan berterusan sehingga warisan-keturunan yang seterusnya.
Share this novel