Rupanya ibu punca segala masalah ni. Baru aku tahu sekarang. Ibu sanggup mengkhianati puaknya sendiri dan berkahwin dengan ayah. Sepatutnya puak serigala tidak boleh berkahwin dengan keturunan raja yang berkuasa besar. Aku dilahirkan dengan mewarisi keturunan ayah. Rantai ini memberi aku kekuasaan tetapi aku masih belum tahu cara kegunaannya.
Aku bercadang untuk ke markas tempat persembunyian Slyber. Mujur Slybie ada ia menyenangkan misi aku. Aku tahu walaupun usia aku sembilan tahun tetapi aku kena berhadapan dengan Slyber supaya dia menghentikan kerja jahatnya itu hanya disebabkan dendam. Orang yang tidak bersalah banyak terkorban.
Kami pergi dengan mengikuti jalan dalam hutan. Slybie memberitahu kami bahawa jalan ini agak dekat sedikit berbanding mengikut jalan raya. Aku hanya mengikuti petunjuk Slybie. Malam itu kami berehat dahulu dan esok baru kami akan berjalan semula.
Aku mengusap-usap rantaiku itu. Rantai ini sentiasa bercahaya. Perlahan-lahan aku memegang lama rantai itu. Cahaya tadi seolah-olah meresap ke dalam tubuhku. Aku terkejut.
"Amel?" Panggil abang Ben. Aku memandang dia dengan gaya terkejut.
"Mata Amel warna emas!" Jerit dia. Aku sudah menjadi kalut apabila dia menjerit. Aku tergamam tatkala cahaya itu masuk ke dalam anak mataku dan pandanganku mula kabur...
- - - - - - - -
"Arghhh! Tak guna! Kuasa tu dah masuk ke dalam badan dia sepatutnya aku yang dapat bukan dia!" Tempik Slyber. Dia bermundar-mandir sebanyak 16 kali tanpa henti. Konco-konco sudah berdiri ketakutan di dalam bilik itu.
"Semua!!!" Jerit Slyber dengan lantang. Serentak semua konconya beratur di hadapannya.
"Aku nak korang bunuh semua keturunan Anamelia dan puak Lincolnson! Dan... aku nak korang bawa adik aku ke sini semula!" Arah Slyber dengan bongkak. Serentak semua konconya mula beredar dan memulakan pekerjaan mereka.
Mereka dibahagikan beberapa kumpulan untuk mencari dan membunuh keturunan Anamelia, selebihnya untuk membunuh puak Lincolnson dan membawa balik adik Slyber. Mereka semua mencari tanpa membawa senjata kerana mereka akan bertukar menjadi serigala pada bila-bila masa sahaja.
- - - - - - - -
“Abang Ben…?” aku menenyeh mataku perlahan. Keadaan yang tidak kurang nampak menjadi jelas. Aku yang terbaring di atas riba abang Ben. Wajahnya tampak risau.
“Fuh… Amel pengsan lepastu anak mata Amel tadi jadi warna emas. Takut abang tengok.” Beritahunya. Aku menilik-nilik wajah dan tapak tanganku. Aku teringat tadi cahaya itu menyerap masuk dalam tubuhku.
“Amel rasa kuasa cahaya rantai ni tadi masuk dalam badan Amel. Apa yang akan terjadi pada Amel?” soal aku kepada mereka yang termangu mendengar soalan aku.
“Rantai ni rantai milik ayah Amel kan?” Tanya abang Ben. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
“Tanya Scarface.” Aku memandang Scarface yang sedang termenung jauh.
“Tu rantai nenek moyang turun-temurun keturunan King Alarick.” Aku mengangguk faham.
“Maknanya Amel sekarang ada kuasa…” kata Copp. Aku hanya membuat riak wajah biasa.
“Mari kita gerak sekarang.” Abang Ben mengangkat tubuhku dan dia letakkan di atas bahunya. Aku menjerit kegembiraan kerana tidak perlu susah-susah untuk aku berjalan.
Langkah demi langkah kami berjalan menyusuri hutan tebal tersebut. Bunyi cengkerik dan burung hantu sangat kuat. Aku sudah berasa seram-sejuk memeluk leher abang Ben erat. Bulan kelihatan mengambang cantik.
“Cantik bulan tu abang Ben.” Kata aku.
“Bulan kegemaran abang. Sangat menenangkan.” Aku tersenyum. Aku faham apa yang dimaksudkan oleh abang Ben. Yelah, werewolf suka akan bulan mengambang terang.
Sudah setengah jam kami berjalan, aku sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk. Aku menepuk-nepuk pipiku lalu mencari kelibat Slybie. Dia hilang…
“Abang, mana Slybie?” Tanya aku. Abang Ben turut mencari-cari Slybie.
“Tulaahhh…” tunding Max pada Slybie yang sedang memeluk tubuh sambil berjalan di tepi Copp. Mukanya seperti ketakutan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi salakan serigala kuat. Ianya tidak jauh dari sini. Langkah kami terus terhenti.
Aku berdiri di belakang Copp manakala mereka semua sudah bertukar menjadi serigala kecuali aku dan Slybie. Aku naik ke atas badan Copp. Badan kutunduk sedikit dan memeluk tubuh Copp untuk berlindung.
“Awooooooo!”
Beberapa ekor serigala mengepung laluan kami. Aku sudah ketakutan. Cahaya rantai aku sudah menyala terang menarik perhatian serigala-serigala jahat itu. Mata mereka merah menyala tidak seperti abang Ben dan rakan-rakan yang lain, mata mereka berwarna biru terang.
“Awooooo!” mereka menyerang kami secara bertubi-tubi. Aku pada mulanya masih bertahan di atas badan Copp namun setelah ada dua ekor menyerang Copp dengan menolak tubuhnya. Tak semena-mena aku tercampak jauh sehingga masuk ke celah semak-samun. Pantas, Slybie mendukung aku. Aku sudah mengaduh sakit pada lenganku yang berdarah terkena semak-samun yang tajam.
“Slybie, saya takut.” Aku memeluk tubuhnya.
“Jangan risau. Saya akan lindungi awak. Kita kena pergi dari sini.” Aku termangu. Tak mungkin aku mahu meninggalkan abang Ben dan yang lain bergelut dengan serigala-serigala jahat itu. Mungkin aku boleh tolong dengan bantuan rantai ini.
“Tak. Jangan. Amel nak tolong mereka. Kita mesti tolong mereka.” Slybie masih kemas memegang pergelangan tanganku erat seperti tidak mahu aku menolong mereka.
“Tak usah. Amel sekarang kena larikan diri sebelum kena tangkap dengan mereka. Mari!” Slybie mencempung badanku dan dia terus berlari menuju ke istana yang semakin hampir dengan tempat yang kami diserang tadi. Aku hanya mendiamkan diri dan mengikut sahaja Slybie ke istana itu.
Share this novel