Chap.Four

Fantasy Completed 31805

Beberapa bulan kemudian…

Aku mencelikkan mata aku perlahan-lahan. Kepala aku sangat berat seperti ditimpa batu-bata. Tubuh badanku berasa sengal dan kelenguhan. Otot-otot kakiku terasa longgar seperti sudah tidak bermaya. Aku cuba untuk berfikir namun gagal. Kepalaku berpusing. Bibirku sangat kering.

“Ayah! Mak! Budak kecil ni dah sedar!” aku terdengar jeritan seorang lelaki remaja memanggil ibubapanya. Tiba-tiba aku berasa takut. Aku memeluk kedua-dua belah betisku dan kepalaku benamkan di lututku.

“Hai sweetie. Jangan takut. Kami bukan orang jahat. Nama kamu siapa?” aku masih lagi dalam posisi memeluk betisku. Terketar-ketar aku membuka mulutku untuk menjawab soalan wanita ini. Aku cuba mengingati namaku namun gagal. Aku langsung tidak ingat apa-apa.

“Sa-saya.. ta-tak ta-tahu nama sa-saya.” Wanita itu terkejut.

“Kamu lupa ingatan? Kamu tahu sudah beberapa bulan kamu tidak sedarkan diri. Kami semua ingatkan kamu sudah mati namun suami saya kata kamu masih hidup dan dialah yang mengubati kamu sepanjang kamu tidak sedarkan diri.” Aku membulatkan mataku. Sudah beberapa bulan? Aku tidak sedarkan diri langsung. Apa yang sudah terjadi ini?

“Saya takut…” ungkapku perlahan. Wanita itu memeluk aku lembut.

“Jangan takut…” Wanita itu mengusap rantai yang terkalung pada leherku. Dia memandang lama rantai itu.

“Saya panggil kamu, Amel? Memandangkan rantai ini mempunyai loket berhuruf ‘A’.” aku mengangguk perlahan. Nama aku Amel. Cantik nama itu.

“Amel panggil saya, mak ya? Ini anak mak, nama dia Benjamin. Panggil dia abang Ben. Sekejap lagi ayah akan pulang ke rumah.” Aku memandang lelaki yang bernama Ben itu yang sedang tercegat di belakang mak.

“Hai Amel. Amel jangan malu-malu dengan abang, ya?” aku mengangguk malu apabila abang Ben mengusap lembut rambut panjangku yang kusut-masai itu.

“Amel, pergi mandi.” Suruh Mak. Perlahan-lahan kakiku menjejak di atas lantai rumah. Terasa janggal kakiku. Aku cuba untuk berjalan semula, sudah seperti bayi yang baru berlatih berjalan.

Satu langkah

Dua langkah

Masuk sahaja langkah ketiga aku jatuh terjelepok di atas lantai. Aku berkerut kesakitan sambil mengurut-urut kakiku yang kebas. Abang Ben terus mendukung tubuhku dan membawa aku ke bilik mandi. Aku tergamam. Malu apabila didukung olehnya.

“Amel mandi perlahan-lahan ya. Abang tunggu dekat depan pintu. Nanti dah siap beritahu abang.” Aku mengangguk perlahan. Kepalaku tetap aku tundukkan kerana malu nak bertentang mata dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience