“Jangan takut.. saya cuma nak berkenalan dengan awak.” Aku hanya tersenyum. Lelaki muda ini sungguh kacak. Walaupun usia aku baru sahaja menginjak ke-sembilan tahun namun perwatakan aku seolah-olah remaja yang berusia 13 tahun ke atas.
“Awak tadikan yang duduk belakang meja saya?” lelaki muda itu mengangguk lalu menarik aku duduk di sebuah bangku berdekatan situ.
“Awak boleh panggil saya Aden. Boleh saya berkawan dengan awak?” lelaki bernama Aden itu menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan di antara kami.
“Saya Anamelia. Saya…” belum sempat aku menghabiskan percakapanku. Scarface menarik tubuhku ke belakang tubuhnya. Jordan memegang tanganku erat sambil matanya bertukar menjadi warna coklat terang. Sama seperti Scarface.
“Kau buat apa dengan Lia? Kau nak bunuh dia?” Tanya Scarface dingin. Aden hanya tersenyum senget.
“Kau siapa? Aku cuma nak berkawan dengan dia. Aku tidak ada sebarang niat jahat sekali pun.” Jawab Aden.
“Kau jangan pura-pura!” marah Scarface. Dia menyuruh Jordan membawa aku ke tempat yang selamat. Aku sudah tidak dapat dengar lagi perbualan mereka. Tarikan Jordan sangat kuat. Dia membawa aku keluar dari kafe tersebut.
“Jordan! Sakitlah! Awak melampau!” jerit aku sambil menampar bahu Jordan kuat. Dia tersentak dan terus memberhentikan langkahnya.
“Kita dalam bahaya!” aku menjengilkan mataku.
“Apa maksud awak bahaya? Dia cuma nak jadi kawan saya? Apa masalah awak dengan ayah awak tu? Saya betul-betul tak faham.” Berontak aku.
“Dia musuh ketat kita. Awak jangan sembarangan kawan dengan orang lain.” Aku memeluk tubuhku sambil mendengus panjang.
“Awak siapa nak kongkong saya? Sudah sembilan tahun hidup saya terkurung dalam istana tu. Awak untunglah sekali-sekala dapat keluar. Saya bosan awak tahu? Saya bosan!” aku terus berlari meninggalkan Jordan yang termangu. Dia cuba mengejar aku. Aku nampak dia sudah berubah menjadi serigala jadian mengejar aku.
Aku berlari sekuat hatiku sehingga aku sampai ke satu bangunan yang seperti sudah tidak digunakan lagi. Tanpa berfikir, aku terus masuk ke dalam bangunan tersebut dan menyorokkan diri daripada ditemui oleh Jordan mahupun Scarface. Aku sudah tidak tahan lagi hidup dikongkong. Selama aku hanya pura-pura bergembira di hadapan ayah dan ibu. Mereka tak pernah memahami aku. Tak pernah izinkan aku keluar. Tapi kali ini entah kenapa mereka beri aku keluar dan bukan keluar bersendirian. Scarface dan Jordan mesti ikut.
Aku berselindung disebalik tembok besar itu sambil menahan nafas dan memeluk kedua-dua belah betisku. Selama beberapa minit. Aku langsung tidak dengar bunyi detapan kasut di ruangan itu. Lantas aku bangkit dan menjengah-jengah mencari kelibat mereka. Aku terus berlari keluar dan sampai ke belakang bangunan tersebut. Terdapat sebatang sungai yang sedang mengalir deras. Airnya kelihatan sangat kotor dan berwarna kehijau-hijauan. Aku sudah tidak keruan mahu ke mana. Tiba-tiba aku terdengar jeritan lantang milik Scarface di hujung sana. Aku terus gementar. Jordan terus mengejar aku menggunakan kepantasan serigala jadiannya itu.
Tanpa memikirkan apa-apa, aku terus terjun ke dalam sungai tersebut. Aku hampir kelemasan, air sungai itu terlalu dalam dan arusnya sangat deras. Aku terkapai-kapai mahu keluar dari situ namun semuanya sudah terlambat. Aku terus pengsan apabila kepala aku terhantuk kuat pada batu sungai disitu…
Share this novel