“Ben, dah 2 hari kita sesat dekat dalam hutan ni. Macam manalah keadaan Lia, aku risau. Kot-kot Slyber dah dapat tangkap dia macam mana?” bebel Copp. Ben menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mereka sudah hilang arah di dalam hutan tersebut setelah diserang secara mengejut oleh konco-konco Slyber. Ben dah agak yang Slybie membuat perangkap. Scarface bersumpah yang dia akan belasah Slybie sehingga habis riwayatnya. Dia sedang dalam kemarahan. Lia sekali lagi hilang.
Dia berjanji selepas ini dia tidak akan kehilangan Lia lagi. Dia telah berjanji dengan King Alarick yang dia akan menjaga Lia selepas ketiadaan dia.
- - - - - - - -
“Arghhhh!” aku menjerit kuat apabila kuku Slyber mencakar belakangku sehingga terkoyak baju.
“Sekarang! Kau nak serahkan kuasa kau ke tidak? Atau kau nak aku dalamkan lagi cakaran aku?” Aku hanya tersenyum sinis.
“Aku takkan beri kuasa ini kepada yang niat kejahatan. Kuasa sakti ini daripada sumber kesucian nenek moyang keturunan daddy aku! Sebenarnya kau tak berhak langsung sentuh kuasa ini. Kau nak bunuh aku sekalipun takpe. Kau bunuh aku kuasa ini akan turut hilang sekali. Kau juga yang menyesal.” Kali ini aku yang ketawa sinis. Slyber mengeluh kuat.
“Kau akan mati juga Anamelia. Kau akan menjadi penghancur bumi.” Aku terdiam. Aku? penghancur bumi? Aku tergelak kecil.
“Aku penghancur bumi? Kau buat lawak ke apa Slyber?” aku masih lagi dalam sisaan ketawa. Slyber mendalamkan lagi cakarannya membuatkan ketawa aku terpadam serta-merta. Aku berdecit kuat menahan sakit.
- - - - - - - -
“Kau pasti ke Ben yang arah jalan ni akan dapat pergi ke markas Slyber tu?” tanya Copp. Ben sudah menggaru-garu kepalanya. Dia main jalan ikut pakai gerakkan hati dia saja.
“Aku yakin. Ikut je aku, jangan banyak cakap.” Copp terdiam apabila dimarahi oleh Ben. Dia membuntuti Ben begitu juga dengan yang lain. Mereka cuma mahukan Anamelia sahaja terselamat daripada ancaman Slyber yang gila itu.
Share this novel