Bab 9

Romance Series 704

Anak tangga dituruni satu per satu menuju ke ruang tamu. Langkahnya hanya santai. Disebabkan photoshoot dia cancel, terpaksalah dia duduk aje dekat rumah. Bosan tu memanglah bosan.

Wendy? Tak tahulah kemana. Tadi dia ada tinggalkan pesan. Katanya dia keluar dengan Lucca. Haaa...padanlah tu. Baru semalam jumpa, macam dah setahun jumpa.

Kosong. Ruang tamu kosong. Dapur pun kosong. Memang dah pupus manusia dalam rumah ni agaknya.

Jam dinding dikerling. Pukul 12 tengah hari. Perut pun belum kena isi lagi. Kalau nak masak pun aku malas. Makan kat luar ajelah.

Aku pergi makan seoranglah ni? Tak berteman? Selama ni Lucca yang selalu teman aki makan kat luar. Tapi, sekarang dia keluar dengan Wendy.

Keluhan berat dilepaskan. Cubalah aku ada gerek. Kan senang. Call aje memang confirm ada teman.

Aku pusing badan dan langkahku diatur menaiki tangga. Baru sahaja setapak aku melangkah, kedengaran bunyi loceng rumah ditekan. Lantas ku pergi membuka pintu.

"Auntie." Sapaku apabila melihat kehadiran Puan Mariah.

"Auntie dari mana ni?" Soalku.
"Auntie baru balik dari office. Yang lain mana? Kenapa sunyi aje?"

Haaa...itulah dia. Aku aje ada kat sini.

"Wendy keluar dengan Lucca. Aurora aje ada kat sini." Kataku.

"Eh? Auntie tak rasa Aurora aje kat sini. Rasanya Han ada sebab motorbike ada kat depan tu." Kata Puan Mariah.

Kelu. Lidahku kelu. Tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Aku hanya mendiamkan diri. Puan Mariah pula melangkah ke ruang tamu dan duduk di sofa.

"Aurora dah makan?"
Aku geleng.
"Aurora nak makan dekat luar tapi Aurora tak ada teman. Auntie dah makan?"
"Auntie dah makan tadi dengan staff."

Aku tayang muka ala-ala sedih.

"Aurora baru aje nak ajak Auntie makan."
"Aurora pergilah ajak Han. Rasanya dia tak makan lagi. Tadi, dia terus masuk bilik lepas keluar dengan Lucca." Jelasnya.

Erk? Ajak mamat tu pergi makan? Berdua? Mak aiii...cari nahas. Aku sudahlah masih malu dengan kejadian malam tu. Macam mana aku nak hadap muka dia?

"Er...tak apalah auntie." Balasku agak canggung.

Puan Mariah memandangku. Senyuman terukir di bibirnya.

"Aurora ajak aje. Dia okey tu. Kenapa nak takut? Dia bukan hantu."

Ha'ah. Memang mamat tu bukan hantu tapi setiap kali aku dengan dia, jantung aku berdebar-debar. Risau kalau aku ada sakit jantung.

"Auntie, Aurora naik dulu." Kataku lalu pergi naik ke atas.

Dalam bilik, sempat aku memikirkan cadangan Puan Mariah. Boleh ke? Lagipun makan aje kan? Bukan pergi dating pun. Eratkan hubungan orang kata. Haaa...gitew.

Beg tangan di atas katil aku capai. Setelah puas dengan penampilanku, kaki dihayun ke arah bilik Han.

Ajak makan aje kan? Tak apa kan? Err...macam mana ni?

Nak ketuk ke tak? Ketuk? Ahhh...tak. Aku baru nak ketuk tapi daun pintu dah dibuka daripada dalam. Aku angkat kepala.

Aku terkesima. Terkedu dan terkejut. Mata tidak berkelip memandang Han di hadapanku. Tubuhku kaku. Degupan jantung mula tidak teratur. Pipi terasa panas.

Segan.
Aku segan.

Tubuh sasa milik Han terdedah menampakkan six pack nya. Hanya tuala yang terlilit di pinggangnya. Tangan kanan sedang mengelap rambut basahnya. Nampak gayanya Han baru sahaja selesai mandi.

Eh kejap. Tengah hari baru nak mandi? Biar betul mamat ni. Ahhh....abaikan.

Seksi. Hanya itu kata-kata yang terlintas di fikiran seorang gadis bernama Aurora.

"What do you want?" Soalan Han itu membuatku tersedar. Aku tundukkan kepala. Tak baik tengok anak teruna orang tak pakai baju.

Diam. Aku masih diam. Tidak tahu hendak mula daripada mana. Aku mula bermain dengan jari jemariku.

Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.

Sekali lagi aku terkesima apabila tangan kananku ditarik lembut oleh Han dan digenggam erat.

"You looked nervous." Katanya kepadaku. Sengaja dia menggenggam tangan gadis itu untuk memberi ketenangan kepadanya. Nampak gaya gadis itu sedang dalam keadaan gelabah.

Han menundukkan tubuhnya supaya dia dapat memandang wajah Aurora dengan jarak dekat. Aurora dapat merasakan hembusan nafas hangat lelaki itu.

Wahai jantung sila jangan melompat keluar. Rileks. Huhu...aku rasa nak menangis aje. Kenapa dia layan aku macam gerek dia? Dia minat kat aku eh? Merepek hang!

Aku angkat kepala. Wajah tampan Han kupandang. Aku berusaha untuk menatap anak mata milik lelaki itu.

"Saya...nak ajak...awak makan..." kataku perlahan. Aku gigit bibir.

Han senyum manis. Alahai...lembut hati aku. Manis betul senyuman dia. Semua mata yang memandang pasti akan tergoda termasuk aku sekali.

"Makan?" Soalnya lagi.
Aku angguk kepala.
"Yeah sure. Awak tunggu kat bawah. Saya bersiap dulu." Katanya.
Aku angguk. Dah macam burung belatuk dah rupa aku. Asyik angguk aje.

Aku pandang tangan kanan milikku yang berada dalam genggamannya. Macam mana aku nak blah kalau kau pegang tangan aku? Bengonglah mamat ni!

"Awak." Panggilku.
"Hmm?"
"Tangan saya. Nanti tercabut pulak." Kataku sedikit melawak. Aku ketawa kuat tapi canggung.

Akhirnya dia melepaskan tanganku. Macam biasa. Aku tak pernah tak tengok dia senyum. Dia memang selalu senyum sehingga mampu membuat aku cair. Mencair gitew.

Ku pusing badan. Kaki mula dibawa melangkah pergi ke ruang tamu. Aku sentuh pipi. Panas oi!

Kulabuhkan punggung di atas sofa lembut berwarna biru yang berada di tengah ruang tamu. Badanku disandarkan pada sofa. Nafas berat dilepaskan.

Banyak persoalan yang ada dalam otak aku sekarang. Kenapa dan mengapa aku dilayan seperti itu? Aku tertanya-tanya dengan sikap Han itu. Cara dia layan aku macam dah lama kenal. Kenapa eh?

Setahu aku kami pernah jumpa tiga kali aje.

1. Masa dekat Italy. Aku tumpang payung dia and masa tu tangan dia berdarah.

2. Dekat Italy juga. Sebulan selepas kejadian payung tu. Masa tu aku tengah buang sampah berat dan dia tolong aku angkat.

3. Masa dekat rumah ni. Malam aku kena dengan si pemandu tua bangka tu. Dia angkat aku sampai bilik sebab kaki aku luka.

Tiga kali aje. Itu pun kebanyakannya dia tolong aku. Tak kan dia suka aku kot? Baru 3 kali jumpa. Atau aku yang perasan lebih?

Masalahnya, kalau dia asyik layan aku macam ni, aku tak yakin aku tak jatuh cinta. Masalah besar sekarang aku dah TERjatuh cinta dekat mamat tu! Bengonglah kau, Aurora.

Aku tak kenal dia lebih mendalam lagi. Mana tau dia dah ada gerek? Entah-entah dah kahwin? Kita tak tau.

"Fikir apa tu?" Suara garau menyentuh lembut telingaku.

Automatik aku berpaling ke arah kanan apabila merasakan ada suara yang sedang berbisik.

Dup-dap. Dup-dap. Dup-dap.

Jarak wajahku dan wajah Han hanya tinggal beberapa inci sahaja. Sempat aku mengamati wajah itu. Hidung yang mancung. Parut itu masih lagi ada. Parut itulah yang membuat Aurora mengenal jejaka itu.

"Jom." Ujarku lalu berlalu pergi keluar daripada rumah. Aku pandang Han. Aik? Mana helmet?

"Awak drive kereta ke?" Soalku kepadanya. Dia berpaling dan mendekatiku.
Sambil itu lepala dianggukkan tanda mengiyakan soalanku.

"Kenapa tak guna motorbike besar awak tu?" Jari telunjukku diarahkan ke arah motorbike merah yang diparkirkan di garaj rumah.

"Awak nak ke?" Soal Han. Hairan pula dia dengan gadis seorang ni. Selalunya perempuan mana nak naik motorbike? Lain pula kes si Aurora ni.

"Saya pun nak merasa naik motorbike besar awak tu. Boleh, kan?" Soalku. Kelopak mata kukedipkan berkali-kali. Sengaja hendak memujuk lelaki itu.

Tanpa berkata apa-apa, kelihatan Han melangkah semula masuk ke dalam rumah. Dalam 2 minit dia dah keluar dengan membawa dua buah helmet di tangannya. Sebuah helmwt diberikan kepadaku.

"Thanks." Ucapku. Dalam hati aku dah gembira nak mampus tau tak? Ni kali pertama aku naik motorbike.  Aku ulang. Kali pertama. Kalau nak tunggu si Lucca naik, alamatnya memang masuk hospital jawabnya.
Huh!

Kami berdua melangkah mendekati motorbike. Uishhh...gila besar. Mesti mahal ni. Tengok rupa dah tau harga dia mengalahkan harga sebuah kereta mewah.

"Let me." Ujarnya lalu mengambil helmet di tanganku. Dengan selamba dia memasang helmet di kepalaku.

"Thanks."
"Most welcome."

Han naik di atas motorbike. Enjin dipasang.

Vroom! Vroom!

Nak tau something tak? Hensem woi! Gila-gila mamat ni hensem. Lagi-lagi masa dia naik motorbike ni. Astaga. Lumpuh hatiku melihatnya.

Tanpa sedar senyuman kecil terukir di bibirku. Namun, tidak kelihatan kerana aku memakai helmet.

"Naiklah." Katanya kepadaku. Aku angguk dan naik ke atas motorbike miliknya.
"Be careful, dear."

Apa?! Dear kau panggil aku? Stop! Please stop buat aku cair atau mensalting.

Lebih terkejut lagi bila kedua-dua tanganku dibawa ke dalam pelukan Han. Kini kedua-dua tanganku melilit seluruh badan Han.

"Peluk kuat-kuat. Takut nanti awak terjatuh." Pesannya. Aku ikut aje apa yang dia cakap. Tak nak melawan. Keselamatan lagi penting.

-----

Suasana di restaurant The Moon agak riuh. Maklumlah sekarang waktunya untuk makan tengah hari. Jadi, ramai pengunjung yang datang untuk mengisi perut masing-masing sebelum pulang bekerja semula. Aku buang pandangan ke luar restaurant.

"Kenapa awak tak ajak mama aje tadi?" Soalan daripada Han membuatku berpaling.

"Mama dah makan dengan staff dia kat office." Balasku dengan nada perlahan. Han angguk.

Diam. Suasana di antara mereka berdua sunyi. Canggung. Tidak tahu hendak berbicara mengenai tajuk apa.

"Err...setahun yang lepas masa tangan awak berdarah tu. Awak ingat lagi?"
"Yeah. Kenapa?"
"Kenapa tangan awak luka?"
"Saya selamatkan seseorang masa tu." Balasnya.

Ahhh patutlah. Full package si Han ni. Hensem. Baik. Kerja pun bukan calang-calang kerja. Photographer kot.

"Aurora!"

Aurora? Ada orang panggil aku ke? Siapa? Tak kan han kot? Aku pusing bakang.

Kelihatan Wendy bersama dengan Lucca sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua. Kebetulan sekali eh?

Aku tayang senyum. Wendy duduk di sebelahku manakala Lucca duduk di sebelah Han.

"Macam mana korang berdua tau kitorang kat sini?" Soalku.

"Taklah. Kitorang memang nak makan sini sebab Lucca kata makanan kat sini sedap." Jelas Wendy.

"Kenapa? Kau tak suka ke? Korang tengah dating eh?" Lucca mencelah. Sambil itu senyuman sinis terukir di bibirnya ketika itu.

Aku jeling Lucca. Kemudian,  aku pandang Han.  Selamba aje muka dia.

"Aku gurau ajelah."

Gurau tu biar bertempat Lucca oi! Jangan sampai heels aku ni melekat kat muka hang tu.

Malas hendak melayan kerenah si Lucca, aku angkat tangan untuk memanggil pekerja restaurant itu. Tapi, mana pekerjanya? Kenapa batang hidung pun tak nampak?

Bagaikan terkena renjatan eletrik, aku terkedu. Beku. Tanganku yang melayang tinggi di udara dicapai oleh Han. Tangan kanan yang aku angkat tadi kini berada di dalam genggaman tangan Han.

"Kat sini self-service." Katanya sambil memandangku.

Aku pandang Wendy dan Lucca. Dua-dua tunjuk muka blur. Melekat mata mereka berdua memandang ke arahku. Mungkin terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Han sebentar tadi.

"Err...Wendy. Jom." Ajakku lalu berlalu pergi bersama Wendy. Pipi? Jangan tegur. Dah merah macam warna darah. Drastik. Perbuatan Han itu sungguh drastik.

Lucca pandang Han di sebelah. Lembab betullah si Han ni. Kot ya pun doa suka sangat dengan Aurora, confess ajelah. Kan senang! Ni tak. Bermain teka-teki lagi dengan anak dara orang.

"Baik kau confess cepat. Dia tengah single tu." Kata Lucca. Namun, kata-kata Lucca hanya dibiarkan sepi. Han hanya mendiamkan dirinya sahaja.

-----

Usai sahaja makan tengah hari, kami berempat lantas keluar daripada restaurant. Sedang aku melilau mencari keberadaan Han, tiba-tiba anak mataku terpaku ke arah dua orang manusia yang sedang asyik berbual.

Han bersama seorang gadis tinggi lampai. Gadis itu kelihatan seperti wanita yang berkarisma apabila memakai blouse lembut berwarna hitam yang dipadakan dengan skirt ketat paras lutut. Nampak macam career woman.

Entah mengapa hatiku tidak betah melihat mereka berbual mesra seperti itu. Adakah gadis itu teman wanitanya? Nampak gaya macam rapat sangat.

"Jeles?" Soal Lucca yang tiba-tiba menghampiriku.
"Buat apa?" Kataku selamba. Menipu kau Aurora.

Lama mataku melekat pada mereka berdua. Apabila melihat Han mula melangkah bersama gadis itu menuju ke arahku, laju aku berpaling. Aku cari objek yang perlu aku pandang. Tak adalah kantoi yang aku tengah perhatikan diorang tadi.

"Lucca. Boleh tak kalau kau tolong aku hantarkan Aurora? Aku nak pergi sesuatu tempat lepas ni." Kata Han sambil memandang Lucca. Kemudian, dia pandang aku. Aku pula hanya menundukkan kepala.

"No problem." Ujar Lucca.
"Hey, Myra. Kau buat apa kat sini?" Soal Lucca. Eh? Lucca pun kenal dengan perempuan ni? Siapa agaknya perempuan ni?

"Aku terserempak dengan Han tadi." Balas wanita itu.
Aku pula hanya diam. Pergi tempat lain? Nak dating agaknya.

"Awak balik dengan Lucca, okey?" Bahuku disentuh kejap. Aku angguk. Hanya mengikut.

Tanpa berpamitan, Han bersama gadis yang bernama Myra itu lantas berlalu pergi meninggalkan mereka. Tapi, Myra naik kereta dan Han naik motorbike. Tak pergi sama ke?

Argh! Kau sibuk buat apa Aurora? Kau balik ajelah. Simpan barang kau. Bawa si Wendy balik kondo. Lagi bermanfaat.

"Balik nanti terus kemas barang kau. Kita balik kondo aku." Arahku.
"Cepatnya."

Pelik. Tiada balasan daripada sahabatnya itu. Selalunya ada puting beliung. Ada aje yang keluar daripada mulut puaka Aurora.

Aurora masuk ke dalam perut kereta Lucca debgan langkah yang santai.

-----
Sebaik sahaja pulang daripada rumah sakit jiwa Melbourne sebentar tadi, dia bawa diri ke rumah agam yang lama terbiar itu. Itulah rumah keluarganya 12 tahun yang lalu. Rumah ciptaan ayahnya sendiri.

Disitulah kejadian di mana ayahnya meninggal dunia di hari lahirnya. Rumput hijau tumbuh tinggi sehingga sulit untuk melihat keadaan rumah besar itu daripada luar. Pagar besi dipenuhi dengan tumbuhan liar yang menjalar. Seram. Nampak daripada luar pun macam rumah hantu.

Jam tangan dikerling. Tepat pukul 9 malam. Tanpa menunggu lagi, Han korek kunci rumah di dalam kocek seluarnya. Pagar besi itu dibuka lalu langkahnya dibawa masuk ke dalam kawasan rumah agam itu.

Sekali lagi pintu utama dibuka dengan kunci. Daun pintu ditolak perlahan.

Gelap. Hanya cahaya bulan yang masuk melalui jendela menerangi semua sudut rumah itu. Banyak kain putih tang digunakan untuk menutup segala barang di dalam rumah itu.

Sedang matanya meliar memandang keadaan di sekeliling, tiba-tiba anak matanya tertancap ke arah sebuah bingkai besar di tengah ruang tamu. Gambar itu hanya terbengkalai di atas lantai. Gambar mereka sekeluarga 12 tahun yang lalu.

Kaki diayun menaiki tangga menuju ke arah bilik tidurnya. Debu yang teb di atas katil disapu menggunakan kain putih.

Han baring di atas katil. Keluhan berat dilepaskan. Letih. Hari ini dua kali dia ulang-alik ke rumah sakit jiwa untuk bertemu George. Keadaannya yang semakin teruk membuat Han bimbang.

iPhone miliknya dipasang. Nombor Puan Mariah didailnya.

"Hello mama."
"Han dekat mana ni? Kenapa tak balik lagi?"
"Han tak balik malam ni. Han ada dekat rumah ibu."
"Ahhh....okey. Esok balik eh?"
"Hmmm. Bye mama. Goodnight.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience