Bab 4

Romance Series 704

19 Januari 2012...

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you

Han memandang wajah orang yang paling dia sayang di dunia. Senyuman bahagia terukir di bibirnya. Anak matanya tidak lepas daripada menatap wajah ibu dan ayahnya.

Hari ini merupakan hari lahirnya. Umur Han kini tepat 12 tahun.

Kelihatan ibunya sedang membawa kek daripada dapur. Ayahnya pula sedang asyik bernyanyi. Dia bahagia. Hanya itu kata-kata yang mampu menggambarkan suasana hatinya ketika itu.

"Happy birthday, dolcezza." Ucap Laura sambil mengukirkan senyuman manis kepada anaknya. 'Dolcezza' adalah bahasa itali yang bermaksud sweetie.

"Thanks, mama."
"Mama aje?"
"Thanks papa. I love you." Ucap Han lalu memeluk erat tubuh Vincent.
"Tiup lilin, Han."

Dengan perlahan Han meniup lilin pada keknya. Kedua-dua tangannya dibawa dalam genggaman. Macam biasa. Kalau masa birthday mestilah ada wish kan?

Matanya ditutup. Laura dan Vincent hanya memerhati anak kesayangan mereka itu.

"Hensem betullah anak kita." Bisik Laura perlahan pada telinga Vincent.
"Tengoklah papa dia."
Laura memukul manja lengan sasa Vincent.

"Okey,dah."
"Apa wish Han tadi?" Soal Vincent.
"Mana boleh bagitau." Ujar Han. Laura dan Vincent hanya mampu ketawa. Terhibur dengan tingkah laku anak mereka itu.

"Papa." Panggil Han. Vincent berpaling.
"Why?"
"Han nak tengok bunga api."
"Bunga api?" Soal Laura. Laura memandang Vincent.
"Hmmm...tapi kita tak ada bunga apilah." Kata Vincent.

Han menunjuk wajah kecewa.
"Takpa...Han tunggu sini dengan mama. Papa pergi beli." Kata Vincent.

Terus bersinar wajah Han. Mana tidaknya. Dia teringin sekali melihat bunga api bersama ayah dan ibunya.

"Tapi jauh tu." Ujar Laura. Memang dia akui bandar jauh daripada rumah mereka kerana rumah mereka berada jauh di tepi pantai. Sebenarnya rumah itu adalah rumah ciptaan Vincent. sendiri. Vincent de Brandz merupakan salah seorang arkitek di syarikat ternama Italy.

Kata ayahnya, dia ingin memberi ketenangan dan udara yang segar memandangkan penyakit ibu semakin teruk. Ibu menghidap penyakit paru-paru. Jadi, udara yang segar amatlah diperlukan.

"Takpa. Awak berdua tunggu aje sini." Kata Vincent.
"Papa pergi dulu tau. Papa sayang Han." Ujar Vincent sambil menepuk ubun-ubun kepala Han.

-----

"Han! Prince Han!" Panggil Vincent sebaik sahaja tiba di rumah. Di tangan kanannya pula terdapat satu plastik hitam yang berisi dua kotak bunga berapi.

"Yeayy. Papa dah balik!" Laura geleng kepala melihat gelagat anaknya itu. Han berlari mendapatkan ayahnya lalu dipeluk tubuh ayahnya.

"Jom, kita tengok bunga api." Ujar Vincent. Han angguk.

Mereka sekeluarga berjalan keluar daripada rumah menuju ke luar rumah. Nasib baik dekat tepi laut. Kalau dekat bandar, memang marah jiran.

Han dan ibunya duduk bersebelahan di atas bangku kayu sambil memerhati Vincent memasang bunga api. Han pula kelihatan teruja sekali. Sedari tadi dia mengukir senyuman tanpa henti.

"Ready, Han?"
"Ready, papa!"

Meriah. Bunyi bunga api yang kuat. Han menepuk tangannya berkali-kali tanda dia gembira. Lura dan Vincent turut ikut serta. Mereka bahagia apabila melihat Han bahagia.

"Thanks, papa." Ucap Han.

Anak mata Han tidak lepas daripada memandang bunga api yang kini menghiasi dada langit. Pelbagai bentuk dan berwarna-warni. Sambil itu Han mengambil video menggunakan kameranya. Kamera hadiah daripada ibunya.

Han mengambil video bunga api. Wajah ayah dan ibunya juga dirakam bersama.

"Cantiknya." Katanya riang.
"Alaa...dah habis. Papa nak lagi, boleh?" Soal Han. Tidak puas lagi dia melihat keindahan bunga api tersebut.

"Nak lagi? Boleh aje." Ujar Vincent.
"Awak hati-hati tau." Pesan Laura. Risau pula dia. Bukan apa. Bahaya kot bunga api tu.

Han menyambung kembali rakamannya. Dia merakam bagaimana ayahnya memasang bunga api tersebut daripada jauh. Sekali lagi bunga api tersebut menghiasi dada langit.

"Vincent!" Jeritan kuat ibunya menyebabkan Han berpaling. Han terkjut melihat tubuh ayahnya yang kini menyembah bumi.

Laura yang masih dalam keadaan terkejut mendekati suaminya. Begitu juga dengan Han. Tangan suaminya berlumuran darah. Teruk wajah suaminya terkena bunga api.

Laura memeriksa nadi suaminya. Tiada nadi. Suaminya sudah meninggalkan mereka berdua. Laura menangis teresak-esak.

"Sayang, kenapa sayang tinggalkan kami secepat ni? Sayang, bangunlah. Janganlah tinggalkan kami." Laura memeluk tubuh suaminya yang sudah tidak bernyawa itu.

Han yang terkejut menggigil ketakutan. Kameranya terlepas daripada genggaman tangannya. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Ayahnya meninggal kerana dia. Dia pembunuh!

Air matanya tidak henti turun membasahi pipinya.

"Semua salah Han." Ucapnya perlahan.

Han merasakan seperti dunia seakan-akan berhenti berputar. Tangisannya semakin kuat.

"Han." Panggilan tersebut membuat Han kembali ke dunia nyata.

Han menyeka perlahan air matanya. Dia memandang wajah bimbang mama Lucca.

"Han mimpi lagi ke?" Soal Mariah. Han angguk. Mariah membawa tubuh Han ke dalam dakapannya. Mariah memang menganggap Han sebagai anak kandungnya sendiri kerana dia kasihan dengan apa yang berlaku kepada Han. Dia tahu kisah di sebalik kehidupan Han.

"Dah, jangan nangis." Belakang Han diusap perlahan. Cuba untuk menenangkan Han. Dia tahu Han masih tidak dapat melupakan segala yang berlaku pada 12 tahun yang lalu.

Ayahnya meninggal kerana letupan bunga api ketika hari lahirnya. Ibunya pula meninggal sebulan setelah kematian ayahnya. Malang. Nasib Han sungguh malang.

-----

Aku pandang Lucca yang sedang menonton tv di ruang tamu. Hari ini sudah empat hari dia tinggal di rumah agam itu.

Baju turtle neck berwarna hitam membuat penampilan Lucca semakin menyerlah. Seluar slack longgar berwarna kulit dipadankan di tubuhnya. Handsome oii!

"Saya tau saya hensem." Kata-kata Lucca itu membuatku berpaling. Ha....kan kantoi tengok anak teruna orang.

Aku tayang sengih. Langkahku lantas mendekatinya. Punggungku dilabuhkan bersebelahan dengan Lucca.

"Er...." Apa aku err...er.. ni? Aku nak minta tolong aje. Takdanya Lucca makan aku, kan?

"Ye, my luv? Nak apa?"

Erkk? My luv kepala otak hang!

"Bukan luv tapi luvvie." Ujarku.

Lucca hanya tayang senyum. Wei...cantik betul lesung pipit dia.

"Yaaa...Luvvie. Nak apa?" Soalnya lagi.
"Saya nak pinjam fon awak kejap, boleh?" Apa lagi? Aku tunjuk muka sepuluh sen. Aku sertakan sekali dengan senyum manis aku yang tak berapa nak manis.

Lucca mendekatiku. Wajahnya dan wajahku hanya tinggal beberapa inci sahaja. Nafas dia pun aku boleh dengar. Dia senyum.

Aku? Aku buat derk aje. Perempuan mana tak cair? Cuma aku berlagak selamba aje.

"Awak ingatkan saya dekat adik perempuan saya." Ucapnya. Muka aku pun blur dengar.

Aik? Kenapa pulak aku ingatkan dia dekat adik dia? Mabuk ke apa mamat ni?

"Nah." iPhone warna ungu miliknya kini bertukar tangan. Lucca menjauhkan sedikit tubuhnya.

"Thanks."

Aku dail nombor telefon Wendy. Tak sampai sesaat, panggilan bersambung.

"Hello." Hai...lembutnya suara minah ni. Hehehehe...dia tak tau aku yang call sebab aku guna nombor Lucca.

"Wendy, aku ni. Aurora."
"Ha...Aurora Luvvie! Kau kenapa berhari-hari tak call aku? Dah lupa kat aku ke?" Suara Wendy bertukar 360 darjah.

Uishh...janganlah main sergah-sergah mak cik oii. Terkejut aku.

"Err...aku kena tipu. Company tu tak wujud pun."
"Apa?! Tak wujud kau kata?"

Aku jarakkan sedikit telefon daripada telinga. Boleh bernanah telinga aku ni. Minah ni bercakap macam aku ni dekat atas gunung aje.

Aku pandang Lucca di sebelah. Lucca pun terkejut sama.

"Habis tu sekarang kau kat mana ni?"
"Aku kat rumah Lucca."
"Lucca? Mamat mana pulak tu? Kau jangan main-main."
"Lain kali aku cerita. Aku guna fon orang ni."
"Nanti tu bila? Kau jangan sampai aku datang sana bawa rombongan."
"Tunggu aku beli fon baru. Aku nak bagitau kau yang aku selamat aje sini. Okey, bye."

Laju aku tekan butang merah. Kalau aku layan si wendy ni, sampai esok pun tak habis dia membebel. Macam mak cik jiran sebelah aje. Hehe.

"Garang betul kawan awak tu." Kata Lucca. Aku beri semula telefon pintar miliknya.

"Ha'ah. Macam mak harimau."
Lucca ketawa perlahan. Geli hati mendengar kata-kata gadis di sebelahnya itu.

Buat seketika suasana menjadi sunyi. Awkward.
Aku pandang tv di depan. Aik? Acara memasak? Biar betul mamat ni?

Anak mataku mula meliar memerhati keadaan ruang tamu itu. Besar. Mewah macam hotel 10 bintang. Decoration dia pun mewah. Dekat tengah-tengah ruang tamu ada chandelier. Chandelier pun berantai macam rantai makanan.

Tiba-tiba anak mataku tertancap ke arah satu bingkai gambar besar yang terletak di atas tv. Ada Lucca dan mama dia sekali. Ada ayah dia juga. Mana ayah dia eh? Tak nampak pun.

Lama mataku melekat pada wajah seorang gadis yang kira-kira berumur 20-an. Manis senyuman dia. Kulit putih macam sutera. Cantik.

"Cantik, kan?" Suara serak milik Lucca memecah kesunyian di antara mereka berdua.

"Siapa?"
"Tu adik perempuan saya. Nama dia Baby Arles." Tanpa ditanya Lucca memberitahuku.

Aku angguk kepala. Pelik-pelik nama tapi cantik. Manja aje nama adik dia.

"Dia tinggal dekat luar negara ke?" Soalku.
"Dia tinggal dekat tempat jauh. Sangat jauh. Dia dengan papa meninggal 3 tahun lepas sebab accident." Aku terkedu.

"Sorry." Rasa bersalah pulak aku.
"Bila saya tengok awak, saya teringat dekat adik saya. Perangai awak sama macam dia." Kata Lucca sambil menatap wajahku.

Aku diam. Tidak tahu hendak membalas apa. Keluhan berat dilepaskan oleh Lucca. Mesti dia rindu sangat dekat adik dia.

"Kaki awak dah okey kan?"
Aku angguk kepala.
"Okey, jom."

Lucca berdiri.
"Pergi mana?" Soalku blur.
"Tadi mama suruh bawa awak pergi Eve Group. Dia kata dia nak jumpa awak kat sana." Jelasnya pendek. Aku masih tayang muka blur.

"Jom." Dengan selamba Lucca menarik tanganku. Aku pula hanya mengikut sahaja langkahnya.

Bila aku fikir balik. Si Lucca ni boleh tahan sweet dia tau. Pendek kata, Lucca ni orang yang heartwarming gitew. Huh! Banyak sangat dah pujian aku dekat Lucca ni. Boleh buat satu buku.

-----

Setelah 15 minit, akhirnya kami berdua tiba di hadapan bangunan Eve Group. Kereta Audi R8 milik Lucca berhenti tepat di hadapan bangunan megah itu.

"Dah sampai." Kata Lucca lalu melangkah keluar.

Rupa dia macam nak bukakan pintu untuk aku. Macam dalam drama korea. Tapi, laju-laju aku bukak pintu sendiri. Aku sedar aku dah cukup menyusahkan hidup mereka sekeluarga.

Lucca senyum senget tengok perangai aku. Lucca mendahului dan aku hanya berjalan di belakang. Aku ikut aje langkah dia macam pak turut.

Bukk! Aku terlanggar tubuh sasa Lucca. Mana tidaknya. Dia berhenti tiba-tiba. Signal pun dia tak bagi.

"Han!" Panggil Lucca dengan suara yang kuat.

Laju aku angkat kepala sebab aku dengar nama Han. Dari hari tu lagi aku kempunan nak tengok muka mamat nama Han tu.

Aku ikut langkah Lucca yang mendekati seorang jejaka bernama Han itu. Aduh...sayangnya. Dia pakai helmet jadi aku tak dapat tengok muka dia. Mata dia aje yang aku nampak. Tapi itu pun sipi-sipi aje.

"Kau dah nak cau ke?" Soal Lucca.
"Ha'ah. Flight aku pukul 5 petang ni."

Aku pernah dengar suara tu. Suara mamat berparut tu. Tapi, tak logik mamat tu ada dekat sini. Hah! Merepek lagi!

Rasa bersalah kerana menguping perbualan Lucca dan Han, aku pergi menjauhkan diri sedikit. Tak baik dengar orang hensem berbual. Aik?

Lucca sedar mata Han hanya memandang wajah Aurora. Lucca mendekatkan sedikit dirinya ke arah Han.

"Tengoklah puas-puas sebelum kau balik." Bisik Lucca.
"Jaga dia."

Han segera naik ke atas motorbike miliknya. Aku berpaling ketika mendengar bunyi deruan enjin motor yang kuat. Limited edition tu. Kau ada?

"I told you, lei รจ mia." Ucap Han sebelum pergi dengan motorbike dia.

Apa? Mumia? Kenapa dengan mumia? Bahasa apa tu? Bahasa alien eh?

"Siapa tu?" Soalku selamba. Bukan nak sibuk tapi aku dah desperate nak tau siapa.

"Prince Han."
"What?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience