"Seriously?"
Aurora sedikit terkejut apabila mendengar suara kuat Wendy. Mata Wendy membulat memandangnya selepas apa yang dikatakan oleh Aurora itu.
"Penat dah auntie Mariah tegur si Lucca tu tapi dia buat derk aje." Sambung Aurora. Sandwich di atas pinggan dicapai dan disuap ke dalam mulut.
"Lucca dapat girlfriend 8 orang dalam sebulan dan break up lepas seminggu couple?" Soal Wendy masih tidak percaya.
Aurora angguk. Itulah Lucca. Perangai dia memang sweet. Cara dia layan perempuan macam seorang permaisuri. Tapi, satu aje matlamat dia. Lepas pakai dia buang terus sebab Lucca bukan jenis orang yang bertahan lama dalam perhubungan. Sebab apa?
"Kenapa?"
"Sebab tunang dia curang depan mata dia sendiri."
Sekali lagi mata Wendy membulat. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
"Tunang?"
"Dia ada tunang. Tapi dia nampak tunang dia kiss dengan lelaki lain dalam rumah tunang dia. Sejak tu Lucca tak pernah ada apa-apa perasaan dekat perempuan. Yang dia tahu dia nak mainkan hati perempuan." Jelas Aurora panjang lebar.
Kelihatan Wendy mengeluh berat. Wajahnya mendung. Aurora berpaling.
"Kau suka Lucca?" Soal Aurora.
"Suka aje bukan cinta."
Aurora menepuk bahu kanan Aurora seraya tersenyum manis ke arah sahabatnya itu.
"Jangan berharap sangat dengan apa yang dia buat sebab aku takut nanti kau akan sakit." Pesan Aurora. Aurora sememangnya tidak menyalahkan Wendy ataupun Lucca. Siapa yang tidak akan jatuh cinta dengan personaliti romantik Lucca itu? Kalau aku pun boleh terbuai.
"Han..." belum habis Wendy berkata-kata, Aurora lantas memotong bicaranya.
"Kenapa dengan Han?"
"Han ada tinggalkan kad dia kat aku minggu lepas. Dia suruh aku bagi kau." Kata Wendy sambil memberikan sekeping kad kepada Aurora.
"Prince Han. Photographer of Zion Group." Baca Aurora.
Aurora tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Bila difikirkan semula, Han tak ada kurangnya dengan si Lucca. Dua-dua playboy, kan? Sebab aku bukan kenal sangat si Han tapi dia layan aku macam aku ni gerek dia. Yes, aku tau kitorang selalu terserempak tanpa diduga tapi itu bukan alasannya. Hmmm...risau.
Aurora pandang Wendy. Meluat Auroea apabila melihat Wendy sedang tersenyum penuh makna ke arahnya.
"Kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk."
"Best tidur sama minggu lepas?"
"Apa kau cakap ni? Aku tak faham."
"Alaah...buat-buat tak faham pula. Aku nampaklah. Kau tidur dengan Han atas sofa tu ha." Kata Wendy sambil tangannya menunjuk ke arah sofa di ruang tamu.
Aurora berdeham kuat. Cuba mengatur riak pada wajahnya.
"Aku balik lambat hari ni sebab aku ada meeting untuk show bulan depan." Kata Aurora lalu melangkah ke ruang tamu. Beg tangan di atas meja kaca dicapai dan diletakkan di bahunya.
"Show? What do you mean? Is it runaway?" Soal Wendy hairan.
"Yes."
"But you will triggering by the flash of camera, Aurora. Did you told them?"
"Don't worry. Dalam meeting nanti aku discuss dengan diorang. Pandai-pandailah aku urus."
"Jangan sampai benda tahun lepas berlaku lagi." Kata Wendy. Sungguh dia risau dengan sahabatnya itu.
Aurora hanya mengangguk. Beg tangan di atas sofa dicapai. Aurora lantas mengayunkan langkah keluar daripada rumah.
Tiba-tiba telefon mulik Wendy berdering menandakan ada panggilan masuk. Dilihatnya nama Lucca tertera di dada skrin.
"Hello."
"Awak busy tak malam ni?"
"Kenapa?"
"Saya nak ajak awak dinner?"
Wendy terdiam. Tak semena-mena dia teringat akan perbualannya bersama Aurora sebentar tadi.
"Saya...saya busy sebab nak prepare untuk buku baru saya." Wendy beri alasan.
"Ouhh...I see."
"Sorry. Awak ajak Aurora." Tanpa salam, panggilan tamat.
Wendy mengeluh berat. Dia tidak mahu berharap dan dia tidak mahu memberi harapan. Lebih baik begini. Pejam celik sudah seminggu dia berada di Melbourne. Sudah saatnya dia harus memulakan penulisan untuk buku baharunya.
-----
Hujan lebat turun membasahi muka bumi. Air hujan mengalir dengan deras di dalam pairt besar di hadapan rumah.
Sebuah rumah kecil di kawasan perumahan itu telah dipenuhi oleh pihak polis. Pembaca berita juga ramai yang datang beserta dengan kamera masing-masing.
Kelihatan seorang gadis yang berumur kira-kira 12 tahun sedang menangis teresak-esak sambil memandang sekujur tubuh yang terlentang di atas lantai simen. Darah merah pekat mengalir tanpa henti.
Kelu. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Air mata jernih berlinangan membasahi kedua-dua pipi gebunya. Matanya sakit kerana kuat menangis.
"Papa bunuh mama." Rintihnya perlahan. Tidak kuat dia menahan segala kesakitan ketika itu.
"Kejadian pembunuhan di jawasan perumahan Jade Garden telah melibatkan seorang wanita yang berumur 53 tahun. Beliau telah dibunuh dan ditikam berkali-kali oleh suaminya sendiri. Untuk penjelasan lebih lanjut, saya akan menyoal siasat anak perempuan kepada keluarga ini sebagai saksi pembunuhan." Panjang lebar seorang pembaca berita melaporkan maklumat sambil berhadapan dengan banyak jurukamera.
Pembaca berita itu menghampiri tempat di mana gadis itu duduk. Kini semua kamera tertumpu ke arahnya Aku angkat kepala.
"Adik, apa yang telah berlaku? Boleh adik tolong jelaskan?" Soal pembaca berita itu.
Klik! Klik! Klik!
Bunyi klik daripada kamera semakin kuat. Bersilih ganti dengan suara para wartawan yang mula berkerumun mengelilingi. Cahaya terang daripada kamera membuat matanya sakit.
Dia menggigil ketakutan. Dadanya berombak. Nafasnya sukar untuk dikawal. Bibirnya pucat kerana kesejukan. Tambahan pula dia terkejut dengan apa yang telah berlaku.
"Adik?"
Cahaya terang daripada kamera sekali lagi menyerang anak matanya. Dia dalam ketakutan. Tangisannya semakin kuat.
"Aurora!" Kedengaran suara seseorang memanggilnya.
"Aurora Luvvie! Bangun Aurora!" Tepukan kuat pada bahunya membuatya sedar daripada memori buruk itu. Apabila dia membuka kelopak matanya, kelihatan wajah Lucca sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang risau.
"Kenapa ni?" Soal Lucca lembut.
"Flash light tu....saya takut." Rintih Aurora. Dia masih lagi menangis teresak-esak. Dia takut.
Lucca menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Erat sekali. Bahagian belakang gadis itu diusap perlahan. Berharap supaya gadis itu bertenang.
"Shh...dah. Jangan nangis. Saya kan ada." Kata Lucca dengan suara yang lembut. Keluhan berat dilepaskan. Sapu tangan yang berada di dalam poket seluarnya diambil dan air mata gadis itu disapu lembut.
Hairan. Adakah Aurora mengalami mimpi buruk? Setelah meeting sebentar tadi, dia melihat wajah Aurora kelihatan agak lelah. Ketika dia melangkah menuju ke pantri, dia lihat gadis itu tidur di atas sofa di lobi syarikat. Dia pula hanya melihat Aurora dengan pandangan sekilas sahaja. Dia tidak mahu mengganggu tidur Aurora yang lena itu.
"Lucca." Panggilan Aurora itu membuat Lucca tersentak.
"Kenapa? Are you okay?"
Aurora mengangguk kepala. Pelukan pada Lucca dilepaskan. Aurora bersandar pada sofa. Keluhan berat dilepaskan.
"Boleh awak call Wendy? Fon saya ada dekat office."
Keluar sahaja meeting tadi, Aurora segera pergi ke lobi. Awalnya dia hanya ingin melihat suasana luar tetapi dia tidur pula. Mungkin letih kerana seharian photoshoot dan ada meeting untuk show.
"Awak suruh dia jemput saya."
"Tapi dia mana ada kereta."
"Teksi kan ada. Nanti saya suruh dia drive kerete sayalah."
Lucca angguk. iPhone berwarna ungu dikeluarkan daripada poket seluar. Nombor telefon milik Wendy didail.
"Hello."
"Awak."
Wendy diam di hujung talian. Buat seketika Lucca berasa hairan dengan sikap Wendy itu.
"Aurora suruh awak datang sekarang."
"Okey."
"Kitorang tunggu dekat lobi."
Usai sahaja Lucca menghabiskan kata-katanya, Wendy lantas menutup talian. Sekali lagi Lucca hairan dengan sikap Wendy yang berubah itu. Apakah salahnya?
"Awak tunggu sini. Saya tolong ambilkan beg awak dekat office." Kata Lucca. Aurora angguk.
Lucca melangkah pergi menuju ke bilik Aurora. Beg tangan berwarna hitam di atas meja diambil. Kemudian, dia melangkah kembali ke lobi. Dia tersenyum apabila melihat Aurora sudah terbaring di atas sofa, menyambung tidurnya. Letih sungguh rupanya.
"Wendy!" Panggil Lucca apabila melihat kelibat Wendy. Tangan kanan diangkat tinggi sambil melambai ke arah Wendy. Wendy pula hanya tersenyum kecil.
"Kenapa dengan Aurora?" Soal Wendy bila melihat Aurora tidur di aras sofa. Wajahnya pula kelihatan pucat.
"Tadi dia tidur lepas meeting sebab letih kot. Tapi, tadi dia macam mimpi buruk aje." Kata Lucca sambil memandang wajah Wendy.
"Mimpi buruk?" Kening Wendy berlipat.
"Dia kata dia takut camera. Flash from camera I think?" Lucca hanya mengatakan kata-kata yang keluar daripada bibir Aurora sebentar tadi.
Wendy melepaskan keluhan berat sambil memandang Aurora. Nampaknya sahabatnya itu masih diserang mimpi buruk mengenai peristiwa hitam 12 tahun yang lalu.
"Kenapa?" Soal Lucca lalu mendekati Wendy. Seperti ada sesuatu yang dia tidak tahu.
"She have trauma."
"Trauma?"
"Dia trauma dengan cahaya flash daripada kamera. Dia akan menggigil ketakutan kalau dia berhadapan dengan cahaya flash daripada kamera." Jelas Wendy.
"What? She never tell me about it." Kata Lucca. Patutlah Aurora beria-ia merayu kepada pihak photographer untuk tidak memasang flash ketika show diadakan.
"Patutlah. Show hujung tahun lepas?"
Wendy angguk. Ketika show hujung tahun lepas diadakan, Aurora pengsan kerana dia berhadapan dengan flash kamera. Tambahan pula, masa dia berjalan di atas runaway, spotlight memang tertumpu ke arahnya. Hanya dengan dua langkah, Aurora pengsan di atas runaway.
Semuanya sudah dijelaskan kepada pihak syarikat ketika mula-mula Aurora menandatangani kotrak. Cuma staff yang cuai ketika itu.
"I'm sorry. I didn't know."
"No need to be sorry. It's not your fault."
Lucca terdiam seketika. Patutlah sepanjang Aurora menjadi model di syarikat ibunya, tidak pernah sekali pun photoshoot dilakukan oleh photographer yang lain. Hanya Zack yang dibenarkan. Tiada flash langsung ketuka photoshoot. Betapa bodohnya dia apabila dia tidak mengetahui bahawa Aurora sedang terseksa.
Diam. Hanya bunyi derapan kasut para staff yang memenuhi ruang. Wendy diam. Lucca turut diam.
"Err...awak ajak saya dinner kan? Masih valid tak?" Soal Wendy. Lucca berpaling.
"Yeah sure. Tapi saya ada photoshoot malam ni sampai pukul 10. How about tomorrow?" Lucca berusaha untuk mengawal riak pada wajahnya. Dia gembira apabila Wendy menerima ajakannya. Tapi, hampa kerana dia perlu menyelesaikan kerjanya.
"Yeah sure. Awak bagi..." kata-kata Wendy terhenti apabila muncul suara seorang perempuan daripada arah belakang.
"Baby!"
Wendy berpaling. Kelihatan seorang gadis cantik yang memakai dress ketat paras lutut berwarna kuning lembut. Gadis itu berjalan ke arah mereka.
"Baby." Panggil gadis itu sambil merangkul lengan sasa milik Lucca.
Baby? Minah ni panggil Lucca baby? Siapa minah ni? Sudahlah tergedik-gedik macam sotong kurita! Tangan tu pun satu. Gatal aje nak sentuh lengan Lucca.
Aik? Kau marah, Wendy? Kau bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan Lucca kan?
"Cindy, what are you doing here?" Soal Lucca.
"You call me just now. You told me to accompany you for dinner."
"Did I?"
Gadis yang bernama Cindy itu angguk kepala.
Wendy pula sudah tidak betah berada di situ. Tidak sanggup melihat kemesraan di hadapannya itu. Ya, Lucca seorang playboy. Dia sedar dan dia akan berusaha untuk tidak terlibat dengan lelaki itu.
Huh! Lelaki semua sama aje. Tak dapat yang seorang, cari pula yang lain. Dasar buaya. Pantang ada mangsa, laju aje mulut ternganga. Menyampah! Kata ada photoshoot sampai pukul 10 malam. Tu ke photoshoot kau? Dinner dengan Cindy? Hampeh betul! Sepak kang!
"Aurora." Panggil Wendy lembut sambil menepuk perlahan bahu kanan Aurora. Niatnya hanya untuk membangunkan si Aurora.
"No need to wake her up. Saya tolong awak hantarkan Aurora pergi kereta." Kata Lucca.
"Tak perlu. Dia ada kaki boleh jalan. Tu baby awak tengah tunggu." Kata Wendy. Perkataan 'baby' sengaja ditekankan.
"Wendy." Panggil Lucca seraya mencapai tangan kanan Wendy. Dia ingin menjelaskan segalanya. Dia tidak mahu gadis itu salah faham.
Wendy menarik tangannya daripada genggaman tangan Lucca. Sekali lagi dia berusaha membangunkan Aurora.
Setan betullah minah ni! Tidur mati ke apa? Sudahlah aku tengah panas ni. Nak cau ni hoi minah! Bangunlah Aurora.
Tidak dapat menahan sabar, akhirnya Wendy mengambil keputusan untuk menepuk kuat punggung milik Aurora. Akibat pukulan yang kuat, Aurora terbangun sambil mengaduh.
"Tau pun bangun."
"Sakitlah bengong!"
"Itulah kau. Aku bangunkan berkali-kali tak pandai nak bangun. Nasib baik aku tak panggil bomba tadi." Kata Wendy.
Lucca yang masih berada di tempatnya itu sembunyi senyum. Comellah si wendy ni.
"Why are you smiling? " Soal Cindy. Lucca geleng.
"Jom balik. Panaslah dekat sini." Kata Wendy lalu berlalu pergi. Dia tidak menunggu Aurora. Langkahnya dibawa laju keluar daripada lobi.
Aurora sempat memandang Lucca sebelum berlalu pergi. Jelingan yajam diberikan kepada Lucca.
Aik? Main jeling pulak? Tiba-tiba si Aurora bersemangat. Bukan baru bagun tidur ke?
"Let's go for dinner. " kata Cindy.
"No. I have photoshoot so I can't."
Tanpa berpamitan, Lucca segera mengayunkan langkah pergi meinggalkan Cindy yang terpinga-pinga di lobi.
Share this novel