Bab 5

Romance Series 704

Han memandang tapak tangannya yang berparut itu. Tak semena-mena otaknya melayang memikirkan wajah gadis yang telah membalut lukanya itu beberapa bulan yang lalu. Tanpa sedar, senyuman kecil terukir di bibirnya.

Aurora Luvvie. Segaris nama yang mampu membuat jantungnya berdetak laju tanpa henti. Nama yang indah seperti tuannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang beberapa minggu lalu sukar untuk dilupakan. Memang sah! Han jatuh cinta pada pandangan pertama kepada gadis itu.

Pandangan mata sang gadis membuatnya terkedu. Anak mata yang cantik dan bersinar. Senyuman yang manis. Pandangan mata yang sepertinya dia kenal.

"Excuse me, Mr Prince Han."
Han berpaling apabila mendengar namanya. Dr Grey

"Can we have a talk?"
"Yeah, sure."

Dr Grey mengambil tempat duduk di sebelah Han.

"How about him?"

Kedengaran Dr Grey melepaskan keluhan berat.

"Dia selalu meracau di malam hari. Dia asyik sebut 'maafkan papa.' Nurse pulak dah dua kali tahan dia daripada cuba untuk membunuh diri. Keadaan dia semakin teruk." Jelas Dr Grey.

"Kesihatan dia macam mana?"
"Dia ada masalah penyakit ginjal sebab kuantiti alkohol yang banyak dalam badan."

Han terdiam seketika.
"Awak ada jumpa tak ahli keluarga dia? Saya rasa dia rindukan anak dia sebab dia asyik sebut nama anak dia."
"Siapa?"

Dr Grey angkat bahu tanda tidak tahu.
"It's okay. Dia kat mana sekarang?"

"Ada dalam bilik dia."
"Saya nak bawa dia jalan-jalan hirup udara segar boleh?"

Doktor di hadapan Han angguk kepala. Usai sahaja berjabat tangan, Han segera melangkah ke arah bilik milik seseorang.

Han memandang nama yang tertera pada pintu pesakit.
"George Damenz, 42 tahun." Bacanya perlahan.

Tok! Tok!
Han mengetuk pintu dan daun pintu dibuka perlahan. Dilihatnya seorang lelaki tua berumur kira-kira 40-an sedang asyik termenung. Hidangan makananan di hadapannya tidak disentuh sama sekali.

Han mendekati lelaki tua itu dan duduk di hadapannya.

"Uncle, kenapa makanan tu tak dimakan lagi? Uncle tak lapar?" Soal Han lembut.

Lelaki tua itu angkat kepala memandang Han. Soalan Han tadi hanya dibiarkan sepi tidak berjawab.

"Hmm...kita pergi jalan-jalan nak tak?"

Lelaki tua itu tidak membuka mulut tetapi hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

Han lantas membawa kerusi roda milik lelaki tua itu dan mereka melangkah keluar ke taman yang berada di dalam rumah sakit jiwa itu.

Setibanya di taman, Han duduk di atas kerusi kayu bersebelahan dengan kerusi roda lelaki tua itu.

"Uncle, saya ada bawa gula-gula tau." Han lantas mengeluarkan bermacam jenis gula-gula daripada kocek seluarnya lalu disuakan ke arah lelaki tua di sebelahnya.

Han ketawa apabila melihat George mengambil gula-gula itu sepantas kilat. George pun tersenyum gembira. Hanya itu cara Han untuk memujuk George.

"Strawberry. Anak papa suka strawberry." Ujarnya sambil memandang gula-gula berperisa strawberry.

Tiba-tiba peristiwa beberapa minggu lalu menerjah ke dalam fikirannya.

Sebulan yang lalu...

Han melangkah keluar daripada Ean's Coffee sambil membawa plastik berisi ice americano. Ahh! Hujanlah pulak! Nasib cafe di hadapannya itu menyediakan payung untuk pelanggan.

Baru sahaja dia ingin menunggang motorbike miliknya, kedengaran suara yang kuat daripada arah lorong kecil bersebelahan dengan kedai kopi tersebut.

"Get out of my way!"

Laju. Langkahnya semakin laju menuju ke arah lorong kecil itu. Gelap tetapi dia dapat melihat dua susuk tubuh sedang bergelut.

"Hoi!" Jerit Han dengan suara kuat.

Lelaki itu memegang pisau do tangan kirinya. Sambil itu tangan kanannya menggenggam kuat baju lelaki tua. Dapat dilihat bahawa lelaki tua itu sedang berusaha untuk melepaskan dirinya.

"Get off your hand from him." Kata Han.
"He stole my money. Do you want me to let him go? Of course no!"

"Hey, relax. He's just an old man."

Han pandang lelaki tua yang menggigil ketakutan itu. Wajahnya penuh dengan titisan peluh.

"Give me back my money."
"Ni duit akulah!"

Han hairan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki tua itu.

"Uncle, bagi balik duit dia. Tak baik ambil duit orang." Kata Han dengan lembut.

"What are you talking about? Dude!"

Tanpa diduga lelaki itu mengangkat tinggi pisau di tangan kirinya. Lagaknya seperti ingin menikam lelaki tua di hadapannya itu.

Dengan pantas, Han berlari mendekati mereka. Dia mencuba menghalang perbuatan lelaki itu menggunakan tangan kosong.

"Let. Him. Go." Arah Han. Lelaki di hadapannya itu dipandang tajam. Tangan kanannya kini berlumuran darah dek kerana pisau tajam itu.

"Ah, shit!" Akhirnya lelaki itu melepaskan genggamanannya pada lelaki tua itu.

"Here your money."

Lelaki itu melangkah pergi meninggalkan tempat itu. Han berpaling ke arah tangannya yang terluka kerana pisau tadi. Sakit wei.

"Kau...kau tak...apa-apa?" Soalnya sepatah-sepatah.
"Saya okey. Uncle okey tak?"

Lelaki tua itu angguk.

"Kalau uncle tak apa-apa, saya pergi dulu. Uncle jaga diri eh?" Pesan Han sebelum pergi.

Tanpa berpaling, Han segera berlalu pergi. Langkahnya diatur menuju ke arah sebuah taman berhadapan dengan cafe.

Sedang dia termenung, seseorang mendekatinya.  Han hanya mengabaikan kehadiran orang itu. Namun, tiba-tiba dia merasakan ada rangan yang mencapai tangan kanannya yang berlumuran darah itu.

"Thank you." Ucap Han.
Buat seketika anak mata mereka berdua berlaga. Han terkedu. Sepasang anak mata yang dia kenal. Tapi, di mana?

"Han." Panggilan George menyebabkan Han tersedar daripada lamunannya. Wajah George dikerling.

"Kenapa?"
"Kau...balik. Aku...aku...nak kau...makan. Kau...kurus sekarang. Makan banyak biar...gemuk." Kata-kata yang keluar daripada mulut George itu membuat tawa Han terhambur.

"Saya dah makan tadi masa balik dari Melbourne." Ujar Han.

Suasana kembali diam.
"Uncle, ada keluarga?" Soal Han perlahan.

"Aku nak...masuk." George berdalih lagi. Sudah kerap kali dia bertanya soal keluarga atau saudara maranya. Namun hampa. Tiada jawapan

"Saya hantarkan."
"Tak perlu. Kau balik. Makan."

Tanpa berpamitan, George pergi. Han pula hanya menghantar langkah George dengan pandangan. Tiba-tiba dia terpandangkan sebuah gambar betukuran passport di atas kerusi tempat George duduk.

"Aurora Luvvie?" Han bicara sendiri. Sambil itu otaknya ligat berpusing.

Sebuah gambar daripada dompetnya dikeluarkan. Gambar itu koyak dibahagian seorang gadis. Seorang gadis bersama George. Apa kaitan di antara George dan Aurora?

Hampir pecah kepalanya cuba untuk menyambung segala teori. Akhirnya...

"Tak mungkin."

Anak gadis yang ada di dalam gambar itu adalah Aurora Luvvie? Aurora Luvvie anak George?

iPhone miliknya diambil. Nombor seseorang didail ya.

"Aku dah tau siapa anak Uncle George."

-----

Kaki dihayun masuk ke dalam pejabat Doktor Grey. Punggung dilabuhkan di atas sebuah kerusi berhadapan dengan Doktor Grey. Kertas bersaiz A4 bertaburan di atas meja doktor itu. Mungkin dokumen.

"Are you sure with your decision?" Soalnya sambil tangannya ligat menyusun kertas.

"Yeah. I think this is the right decision. I will stay at Melbourne and I will bring him with me."

Doktor itu angguk. Beberapa fail tentang maklumat peribadi George diserahkan kepada Han.

"Thanks doctor."
"You're welcome."

Usai sahaja semuanya selesai, Han segera menemui George. Lelaki tua itu sedang menonton television sambil bersandar pada katilnya.

"Hai uncle." Sapa Han sambil mendekatinya.

George pusing memandang Han di muka pintu.

"Uncle kena kemas barang-barang uncle sekarang." Kata Han.
"Kenapa?" Wajahnya bingung.

Han tarik senyum.

"Uncle ikut saya pindah ke Melbourne."
"Melbourne?"

Han ambil tempat duduk di sebelah katil George.

"Jangan risau. Dekat sana, ada banyak rumah sakit jiwa yang lebih selesa daripada ni." Kata Han.

Kelihatan George menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Aku tak nak ikut kau. Aku nak tinggal sini. Macam mana kalau Aurora datang cari aku?" Sah! Aurora Luvvie memang anak kandung George.

"Sebab itulah kita pindah Melbourne. Uncle boleh jumpa anak uncle dekat sana." Pujuk si Han.

"Aku tak nak. Aku nak tunggu Aurora dekat sini. Aurora pasti datang."

George bangun daripada katilnya. Wajahnya yang tenang bertukar bengis. Nampak riak kemarahan di wajahnya.

"Aku tau Aurora akan datang cari aku. Aku tak nak ikut kau. Aku nak jumpa anak aku." Suara George semakin kuat. Memecahkan kesunyian di dalam bilik itu.

Lebih mengejutkan lagi apabila George mencuba untuk memukul dirinya sendiri. Dadanya ditumbuk kuat. Han mencuba untuk menghalang George daripada menyakiti dirinya sendiri.

"Bertenang uncle." Pujuk Han.

"Papa sayang Aurora. Aurora datanglah." Rintih George dalam tangisan. Sungguh dia rindu akan anak kesayangannya itu. Sudah 8 tahun mereka berpisah.

"Papa salah, Aurora." Rintihnya lagi. Han pula berusaha untuk menenangkan George. Tubuh lelaki tua itu dipeluk erat. Dia tidak menyangka selama ini George amat rindukan anak gadisnya itu.

Tetapi Han bingung. Kenapa Aurora dan ayahnya berpisah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience