Bab 7

Romance Series 704

Aku mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Wendy manakala Lucca berada di hadapanku. Aunti Mariah pula duduk di kerusi tengah. Dia kan tuan punya rumah. Mestilah diutamakan. Mamat tadi? Aku pun tak tau. Aku rasa aku silap pandang kot.

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you....

Belum habis lagu dinyanyikan aku dah berdiri. Semua terpaku memandangku.

"Korang nak nyanyi berapa kali eh? Seribu kali?" Soalku. Geram pulak aku dengan si Lucca ni. Wendy pun sama. Nyanyi aje lebih tapi hadiah tak nampak pun. Huh!

"Birthday girl janganlah marah. Nanti cepat tua." Kata Wendy. Aku jeling wendy.

"Hang yang tua!" Balasku. Tapi memang Wendy tua daripada aku pun. Tua 3 bulan. HAH.

"Awak tiup lilin tu. Buat wish." Kata Lucca.

Aku lantas genggam tangan. Mataku pejam. Tak lama oun aku buat wish.

"Okey dah."
"Apa wish awak?" Soal Lucca.
"Sibuk aje." Balasku selamba.

Puan Mariah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri mula bersuara.

"Happy birthday Aurora. Auntie harap Aurora berjaya dalam kerjaya Aurora. Auntie harap Aurora dapat boyfriend cepat-cepat." Kata Puan Mariah.

Aku aminkan dalam hati kecuali ayat terakhir tu. Yang tu aku malas nak fikir. Calon pun tak ada. Macam mana nak dapat boyfriend?

"Tak ada calon auntie. Siapa yang nakkan Aurora, auntie. Mulut Aurora puaka auntie. " balasku.

"Sedar pun kau." Laju aku cubit lengan si Wendy. Wendy ni mulut dia memang tak berlesen. Main sebut aje apa yang ada dalam fikiran dia tu.

"Mama, Aurora tu memang mulut dia puaka tapi bibir dia tu cantik." Kata Lucca selamba. Uii...yang ni memang nak kena terajang dengan aku ni! Main cakap aje.

Aku pandang wajah selamba Lucca. Kot ya pun playboy, janganlah dekat aku jugak. Kang aku sepak macam bola sepak.

"Ha'ah. Untunglah siapa dapat first kiss Aurora." Ah sudah! Wendy pun nak kena juga. Padanlah tu.

Tapi, memang tak dapat disangkal bahawa aku mempunyai bibir yang cantik. Bibir merahku yang seakan-akan berbentuk hati itu sememangnya menjadi idaman para gadis masa kini. Untunglah juga aku ada. Heh.

"Auntie. Tengok diorang ni." Aku mengadu.
Puan Mariah hanya geleng kepala sambil tersenyum.

"Aurora tunggu sini. Auntie ada hadiah untuk Aurora." Kata Puan Mariah lalu berlalu pergi. Aku ternyum manis mendengar kata-katanya itu.

Aku pandang wajah Lucca dan Wendy bersilih. Dua-dua aku jeling. Lucca kelihatan sedang memandangku sambil berpeluk tubuh manakala Wendy hanya bermain telefonnya.

"Korang ni sejak bila rapat? Bukan baru beberapa jam yang lepas ke kenal?" Soalku.

Yelah, baru jumpa. Tup-tup dah rapat. Sekepala dah. Dua-dua gila.

"Magnet." Sepatah Lucca membalas. Aku buat muka menyampah.

"Dia hensem wei. Memang type aku." Bisik wendy pada telingaku. Geli aku dengar.

"Dia playboy." Bisikku lagi. Lucca memandang ke arah kami berdua dengan pandangan yang hairan.

"Bisik apa tu?" Soal Lucca.
"Wendy kata awak tu ideal type dia." Jawabku. Laju tangan Wendy melayang dekat paha aku. Sakit!

"Hehehe." Hehe? Itu aje yang keluar daripada mulut wendy. Senyum malu-malu. Uishh...pemenang pelakon terbaik kau ni Wendy.

"I know." Balas Lucca sambil ternyum manis.

Meluat pulak aku tengok diorang berdua ni. Senyum macam kerang busuk!

"Apa yang rancak sangat ni?" Suara lembut milik Puan Mariah membuat suasana kembali sunyi.

"Nothing, mama."

Huh. Tau takut?

Aku lihat Puan Mariah membawa sebuah kotak segi empat berwarna biru tua. Kotak itu diberikan kepadaku.

"Apa ni auntie?" Soalku.
"Kotak." Wendy mencelah.

Aku taulah kotak kalau dah bentuk dia segi empat. Tak akanlah bola? Menyibuk aje minah ni!

"Aurora bukalah."

Aku buka kotak perlahan. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kasut berjenama Gucci itu. Itu merupakan item terbaru yang dilancarkan oleh Gucci. GUCCI X KAI.

"Thanks auntie." Ucapku sambil mendakap tubuh Puan Mariah. Dia sudah menganggap Puan Mariah seperti ibunya sendiri. Keluarga mereka sudah banyam membantuku.

Tiba-tiba rasa rinduku terhadap ibu menjelma. Aku tunduk pandang kotak hadiah.

Kalau mama masih ada, mesti dia dah masak makanan kegemran aku banyak-banyak. Lepas tu kami akan makan sama-sama masa hari jadi aku. Tapi, sekarang semuanya sudah tinggal kenangan.

"Dah dapat hadiah pun sedih ke?" Lucca sedar akan perubahan pada wajahku. Aku geleng kepala. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, hembus.

"Kau berdua tak ada hadiah ke? Tadi nyanyi aje lebih." Kataku.

"Eh ada. Sebab itulah aku datang Melbourne tepat masa birthday kau." Kata Wendy seraya mengambil sesuatu daripada beg tangannya. Beg tangan doraemon tau! Minta aje apa-apa, memang akan ada.

Sebuah kotak kecil berwarna merah. Aku taulah isi dia. Mesti rantai.

Kotak itu kini bertukar tangan. Aku buka penutup. Seutas rantai perak berbuahkan bulan. Wendy ni memang tak lupa yang aku memang suka dengan bulan.

"Thanks Wendy. Kaulah sahabat sehidup semati aku." Tubuh Wendy kupeluk lama. Tanpa Wendy, aku akan sendirian di dalam dunia ni.

Aku pandang Lucca. Macam tau aje aku nak pandang dia, Lucca buat muka selamba.

"Nak kiss boleh?"
"Sengal betullah mamat ni." Kataku. Ha...kan dah keluar bahasa 'indah' aku. Lucca senyum puas. Sebenarnya dia bergurau aje. Kalau dia buat betul-betul, naya dia kena dengan si Han tu. Macam Lucca tak tahu kalau si Han tu sayang sangat dengan si Aurora ni.

"Memain ajelah. Hadiah awak ada dalam bilik awak kat atas. Pergilah tengok." Kata Lucca.

Entah hadiah apalah yang si Lucca bagi kat aku sampai dia letak dalam bilik. Ular? Monyet? Merapu aje kau ni Aurora.

"Nantilah saya tengok. Kita makan dulu. Lapar dah ni." Kataku lalu memotong kek. Ada juga berbagai-bagai jenis makanan yang disediakan oleh Puan Mariah. Terharu pula aku dibuatnya. Makin sayang aku dekat Puan Mariah ni.

"Kau bila balik?" Soalku memecah kesunyian.
"Awal kau halau aku?"

Aku ketawa.
"Tak adalah. Aku tanya aje."
"Next month aku balik sebab ada kursus kat sini."

Aku angguk kepala tanda faham.

Suasana kembali sunyi. Hanya bunyi sudu dan pinggan berlaga.

"Lepasni kita lepak kat taman belakang. Aurora ada beli beer tadi." Kata Lucca.

-----

Satu tin.
Dua tin.
Tiga tin.

Total 3 tin beer dah aku minum. Tapi, jangan risau. Kalau bab minum beer aku memang pro tau! Hehe.

Wendy dan Lucca sedang asyik bermain di tepi kolam. Nampak gaya macam si Lucca dah tertarik dengan si Wendy. Kotlah.

Aku pula tak nak kacau diorang. Aku lebih memilih untuk duduk sendirian sambil menikmati minuman aku.

"Aurora. Awak dah tengok ke hadiah saya?" Soal Lucca.

Ah~hampir aku lupa. Tanpa membalas soalan Lucca, aku hayun kaki naik ke tingkat atas. Aku melangkah menuju ke bilik tidurku.

Sedang aku berjalan ke bilik, telingaku celap menangkap suara seseorang yang sedang meracau. Aku pandang bilik di sebelah bilik Lucca.

Aku hairan. Sejak bila bilik ni ada penghuni? Uihhh...kenapa banyak benda seram jadi kat aku malam ni? Aku dah nak mati ke apa?

Aku mendekati daun pintu. Kepala ku dekatkan ke arah pintu. Cuba untuk mendengar dengan lebih jelas.

Sah! Memang ada orang meracau kat dalam. Entah mengapa aku dengan selamba menolak daun pintu itu perlahan.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ada sekujur tubuh di atas katil. Laju kakiku mendekati katil.

"Prince Han?" Terkejut beruk aku apabila mengetahui bahawa lelaki itu adalah Han.

Sejak bila dia sampai? Dia ke lelaki yang aku nampak tadi? Kenapa dia meracau?

Aku memandang wajahnya. Dadanya berombak. Nafasnya tidak teratur. Wajahnya berpeluh. Dahinya berkerut.

"Dia mimpi buruk ke?" Soalku sendiri.

Dengan berani, aku menyentuh bahunya lembut. Aku ingin membangunkan dia kerana nampaknya dia dalam keadaan terseksa.

Han terbangun secara mengejut lalu menangkap pergelangan tanganku. Dia berusaha mengatur nafasnya supaya stabil. Dia memandangku dengan pandangan yang redup.

"Are you okay?" Soalku. Risau pula aku tengok keadaan dia. Serabai. Wajahnya lemah.

Aku terkedu apabila dia membawa tubuhku ke dalam dakapannya. Lembut sekali. Aku dapat merasakan kehangatannya. Aku terbuai seketika.

"It was a nightmare." Katanya tanpa aku tanya.

Kasihan pula aku mendengarnya. Aku membalas pelukannya. Spontan. Dengan lembut aku menepuk bahagian belakang supaya dia bertenang.

Setelah Han merasa tenang, akhirnya pelukannya pada tubuhku dilepaskan. Dia menunduk wajah memandang lantai.

"I'm sorry." Ucapnya perlahan. Aku hanya angguk. Aku tau perlakuannya sebentar tadi spontan.

Dia mengangkat kepala. Badannya disandarkan pada kepala katil. Anak matanya memandangku. Lama. Pandangan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Empat saat.
Lima saat.

"Happy birthday, Aurora Luvvie." Ucapnya memecah kesunyian.

Cup!

Aku merasakan seperti bumi berhenti berputar apabila bibir merahnya menyentuh bibirku. Walaupun hanya sekejap tetapi aku dapat merasakan kehangatannya.

Kenapa dia kiss aku? Kenapa dia buat macam tu? Aku keliru.

Dia memandangku. Pandangan redup yang mampu membuat jantungku berdetak laju. Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Hadiah birthday awak." Ujarnya sambil mengusap perlahan kepalaku. Aku masih lagi diam.

Terkejut. Terkedu.

"Er...saya balik...bilik dulu." Kataku sedikit gagap. Dah macam orang tak pandai bercakap dah rupa aku. Rasanya baby pun lagi lancar daripada aku.

Aku bangun daripada katil. Namun, tangan Han lebih pantas mencapai tangan kananku. Aku terduduk semula.

Han mendekatiku. Apa lagi amamt ni nak buat? Sudahlah jantung aku ni macam nak melompat keluar aje. Janganlah.

"Goodnight." Ucap Han sambil berbisik pada telinga. Mak aii...nilah suara yang aku dengar setahun yang lepas.

Rupanya mamat yang hantar aku ke bilik masa kaki aku terluka setahun yang lepas adalah prince Han! Tak sangka, kan?

P/s : by the way, watak Prince Han memang berdasarkan Han Seo Jun. Kenapa? Tak payah tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience