Bab 1

Romance Series 704

Hai pembaca semua. Saya ni budak baru belajar. Dah lama saya buat novel tapi ni fes time saya publish. Jadi, kalau ada yang kurang bagitau aje. Jangan simpan nanti jadi dendam. Faham? Hehehe. ?

Tidak tahu cara menangis sudah menjadi kebiasaanku untuk waktu yang lama. Segala yang berlaku di dalam hidupku sudah mengajar aku cara untuk menahan air mata. 8 tahun yang lalu, aku tidak kenal apa itu air mata. Aku tertanya-tanya kemanakah perginya air mata itu?

Kematian ibuku pada 8 tahun yang lalu telah membuat diriku bertahan daripada menitiskan air mata. Malah, aku tersenyum. Aku bahagia kerana ibuku terlepas daripada segala yang menyeksa dirinya sendiri. Segalanya bermula dan berpunca daripada ayahku sendiri.

Ayahku membuat ibuku hidup tanpa jiwa selama bertahun-tahun. Ibuku dilayan seperti sampah. Ayahku gila disebabkan alkohol. Setiap malam dia pulang dalam keadaan mabuk dan memusnahkan kehidupan ibuku. 2 tahun ibuku terseksa dan kini segalanya telah berakhir.

Ayah? Aku pun tak tahu ke mana perginya ayah. Ayah menghilang dan aku tidak ambil kisah tentang ayahku. Ayahku sudah mati. Jiwanya mati.

Akhirnya aku faham ke manakah perginya air mata itu. Air mata itu berubah menjadi sebuah kekuatan di dalam diriku. Kekuatan yang membuat diriku mampu untuk bertahan sehingga kini.

Aurora terhenti daripada termenung apabila dia merasakan ada titisan hujan yang menyentuh kulitnya. Hujan lebat kian turun seakan-akan memahami bagaimana suasana hatinya ketika itu. Anak matanya memandang keadaan disekeliling.

Huh! Apalah nasib aku ni. Semua bawa payung masa hujan kecuali aku. Semua dijemput dengan kereta mewah tetapi aku hanya berdiri tegak di tengah-tengah taman bunga di bandar Italy ini.
Basah pun basahlah. Bukan mati pun kalau aku kena hujan.

Mataku mulai meliar memerhati keadaan taman bunga itu. Bunganya layu tidak berwarna. Daunnya berguguran menyentuh muka bumi. Taman bunga yang malang.

Tiba-tiba mataku tertancap ke arah susuk tubuh yang berada tidak jauh dari tempatku berdiri. Jejaka itu memakai kemeja putih dan dipadankan dengan slack hitam. Jasnya pula berada di tangan kirinya. Payung berwarna merah digunakan untuk melindungi dirinya daripada terkena hujan.

Tanpa sedar, langkahku diatur mendekati jejaka itu. Dia tidak berganjak sedikitpun ketika aku berada di bawah payung yang sama. Wajahnya dingin. Tidak menunjukkan apa-apa riak wajah.

"Thank you for sharing your umbrella with me." Ujar Aurora.

Chewah! Suka hati mak bapak kau aje kan! Datang tanpa salam. Tup-tup menumpang payung orang. Huh! Padanlah tu.

Diam. Tiada sebarang kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu.

Mak aiii. Hensem betullah mamat ni! Dia ni patung ke apa? Aku rasa mana ada manusia sempurna macam ni? Rambut hitamnya yang lebat dan bersinar. Bulu kening yang lebat. Eh, kejap. Parut? Ya, ada parut di bulu kening sebelah kanan. Tapi, masih hensem. Parut tu macam hiasan aje. Hidungnya yang mancung. Aku rasa boleh sangkut baju dah. Bibir dia merah bak delima. Rasa nak cium aje. Hish.... kau ni Aurora. Sampai ke situ pulak!

Perfect! Hanya itu kata-kata yang mampu menggambarkan visual lelaki di hadapannya itu.

"Awak tau tak sesuatu?" Soal Aurora.

Diam. Satu saat. Dua saat. Tiga saat.

Kau ni Aurora. Kenapa bengong sangat otak kau? Yang kau cakap bahasa melayu dengan mamat tu dah kenapa? Dah sah-sah kau kat Italy, mestilah mamat tu asal Italy kan? Of course lah dia tak faham apa kau cakap tu, tongong!

"There are things in this world that become externally beautiful if you leave them behind you." Kataku dengan nada perlahan.

Jam tangan dikerling. Tepat pukul 5 petang. Aku rasa kalau aku asyik menumpang payung mamat ni, tahun depan pun aku memang tak akan sampai rumah. Yang mamat ni diam aje dah kenapa?

Cakaplah hi ke. Peramah sikitlah sayang oii. Ni tak. Diam aje macam patung. Atau mamat ni memang patung?

Apa kau merepek ni Aurora? Otak kau ni dah tersalah sistem ke apa?  Dah terang lagi bersuluh mamat tu manusia. Bernafas. Baik aku cau sekarang sebelum aku bertambah merepek.

"I need to go now. Again, thanks." Ucapku perlahan lalu melangkah pergi.

Namun, langkahku terhenti apabila melihat air hujan di atas jalanan berwarna merah.

Aik? Mana pulak warna merah ni datang? Hujan darah ke apa? Tumpah darah? Ada perang?

Segera aku mencari dari mana datangnya darah itu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat darah itu berasal daripada tangan kanan lelaki tadi. Tangan kanannya berlumuran darah. Banyak.

Uishhh. Mamat ni pembunuh bersiri ke? Atau dia terluka? Tapi, rupa macam tak sakit pun. Tapi...

"Wait, you're bleeding!"

Ya, lelaki itu terluka. Macam kena pisau? Kotlah.
Aurora mencapai selendang sutera daripada bahunya. Dia membalut luka itu dengan selendangnya itu dan diikat. Lelaki itu hanya memerhati perbuatannya. Aurora sedar dirinya sedang diperhati tetapi dia hanya fokus membalut luka lelaki itu. Spontan.

"You need to go to the hospital." Ujar Aurora sambil memandang wajah lelaki itu. Tanpa sedar, anak mata mereka saling berpandangan. Lelaki itu mempunyai anak mata yang cantik dan bersinar.

"Thank you." Akhirnya dia bersuara. Aurora angguk.
Senyuman diberikan oleh Aurora kepada lelaki itu. Tanpa menunggu lagi, Aurora segera melangkah pergi.

"Hey!" Panggilnya kuat.
Langkah Aurora terhenti. Hey? 'Hey' kau panggil aku?

Aurora berpaling. Kelihatan lelaki itu berjalan ke arahnya.

"Take this with you." Kini payung merah itu bertukar tangan. Alamak! Baik betullah mamat ni. Mana aku tak cair?

"Sei carina di Wendy o Cenerentola." Ungkap Han.
"What?" Soalku. Tu bahasa apa eh? Bunyi macam Italy.
"Nothing." Balas lelaki itu.

"Thanks." Ucapku. Aku segera meneruskan perjalananku yang tiada hala tujut itu.

Lelaki itu hanya memandangnya. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Lelaki itu tersentak apabila mendengar deringan telefon pintarnya. Tertera nama pemanggil di dada skrin telefon.
Butang hijau ditekan perlahan.

"Kau orang dah buat apa yang aku suruh?" Soalnya.
"Dah, tuan."
"Okey bagus. Pastikan kau orang tak tinggalkan sebarang hint. Kau orang faham kan apa aku kata?"
"Faham tuan."
"Okey bagus. By the way, kau orang ada jumpa apa-apa maklumat pasal keluarga dia?"
"Tak ada tuan. Tapi, kami ada jumpa sebuah gambar."
"Kau orang simpan dulu. Esok jumpa aku dekat cafe."
"Okey tuan."

-----

"Aurora! Ada surat untuk kau." Jerit Wendy daripada ruang tamu.

Wendy atau nama penuh dia Wendy Kei. Wendy merupakan sahabat sehidup semati aku. Kalau aku mati, dia pun kena mati sekali sebab dia kawan aku. Heh! Melawak.

Macam mana boleh jumpa? Aku jumpa dia masa ada interview untuk kerja part-time. Cerita pendek dia, aku sama kerja part-time dengan Wendy. Jadi apa? Jadi penyibuk dekat cafe depan apartment kami. Kami berdua bukan suka sangat bekerja tapi saja aje. Daripada duduk macam orang tak ada roh dekat rumah, baik kerja, kan?

Si Wendy ni sebenarnya seorang penulis. Tapi, dia ambik kerja part-time sebab dia kena fikir sumber pendapatan tambahan. Dia tak dapat jugak nak bergantung dekat kerjaya dia sebagai penulis. Faham kan maksud aku? Kalau tak faham buat-buat faham. Hehehe.

"Aurora! Pekak ke apa? Ada surat untuk kaulah bengong!" Jeritnya sekali lagi.

Aku saja aje buat tak dengar sebab aku tau tu surat apa. Jadi, aku sambung aje kerja aku yang sedang memotong bawang merah.

"Aurora!"

Astaga. Minah ni kalau menjerit boleh kalah bunyi bom perang dunia kedua. Monyet kat hujung dunia pun boleh dengar.

"Malaslah aku!" Ujarku daripada dapur.
"Malas apa? Kau jalan aje. Bukan jauh pun."
"Aku tau isi dia apa, Wendy."
"Mana tau benda lain? Cuba kau check."

Hishh....minah ni! Aku yang punya surat, dia pulak yang gelabah. Kang akau luku jugak kepala tu. Huh!

Malas nak dengar minah tu menjerit macam mak lampir, aku jalan jugak ke ruang tamu. Aku tengok surat tu dah ada kat tangan dia.

Alahai. Minah ni! Sesedap maggie cukup rasa aje baring atas sofa sambil tengok tv. Aku masak kat dapur bukan nak tolong ke apa. Heishh...nasib kaulah Aurora dapat kawan macam si Wendy tu.

"Bagi aku." Kataku. Aku labuhkan punggungku di atas sofa bersebelahan dengannya.

To: Aurora Luvvie
From: Evè Group
Setelah pihak kami melihat video pertunjukkan anda, anda telah ditolak kerana...

Aku tak baca sampai habis pun sebab aku tau apa ayat seterusnya. Jadi, aku campak aje surat tu masuk tong sampah. Nak simpan buat apa? Menyemak aje.

"Kenapa? Kena tolak lagi?" Soal Wendy.
Aku angguk.

Daripada aku kecewa ke sedih ke, baik aku sambung masak. Karang tak makan aku dengan Wendy kalau asyik tertangguh. Perut aku ni dah bernyanyi lagu remix Blackpink dah. Minta kena suap dah.

"Aurora."
"Hmm?"
"Kau serious ke nak terus macam ni? Kenapa tak cari kerjaya lain aje?"
"Aku nak masak ni. Aku lapar. Kau tak lapapr ke?"

Aku berdalih. Malas aku nak bahas pasal tu.

"Aurora, aku tanya ni. Sampai bila nak macam ni? Kau dah kena tolak 5 company dah. Aku tau kau banyak dah berusaha tapi mungkin kau tak ada nasib untuk kerjaya ni?" Panjang lebar Wendy berkata-kata.

Aku diam. Aku sambung masak.

"Aku sayang kerjaya ni Wendy. Aku minat tau nak jadi model."

Model. Itulah kerjaya pilihan Aurora tetapi sehingga kini tiada syarikat yang menerimanya sebagai model. Entah apa yang salah pun dia tak tahu.

Cantik? Aku memang cantik. Badan? Tak payah cakap. Badan aku memang langsing mengalahkan jam pasir. Aku siap bayar lagi kelas model harga RM4000 sebulan.

Masa aku ikut kelas, pelatih aku kata prestasi aku paling bagus di antara semua murid dia. Dia kata aku ada prestasi. Tapi, tak kan pelatih aku menipu kot? Hah, malas aku fikir! Menyemak kepala otak aku aje.

"Aurora..." ah sudah. Tak henti-henti si Wendy ni ungkit. Sudah-sudahlah.

Untuk tunjuk aku protes, aku potong bawang kuat-kuat. Bunyi pisau memang kalah pisau mafia. Aku sengaja aje. Nak tutup mulut si Wendy.

Apa lagi? Diamlah minah tu. Tau takut? Huh!

-----

Wendy sedari tadi memerhati setiap kelakuan sahabatnya itu. Dari tadi aje senyum-senyum macam kerang busuk. Lap meja senyum. Sapu lantai senyum. Hantar makanan dekat pelanggan pun senyum. Kurang siuman ke apa si Aurora ni?

"Aurora. Kau tersengih-sengih tu kenapa? Kau gila eh?" Soal Wendy.
Aurora berpaling. Kelihatan tangannya ligat mencari sesuatu melalui telefon pintar miliknya. Dengan senyuman paling lebar, Aurora melangkah mendekati Wendy.

"OMG! Aurora Luvvie! Kau kena terima? Seriously? "
Aurora angguk.
"Patutlah senyum aje dari tadi."
"Next week aku dah boleh datang company."
"Wah! Tahniah Aurora. Finally kau kena terima. Aku doakan kau berjaya sampai jadi model antarabangsa."
"Thanks."
"Tapi kan....company tu dekat Melbourne. Jauh tu. Kau pergi jugak ke?"

Aurora angguk. Dia tak kisah jauh mana pun. Janji dia dah dapat apa dia nak.

Wendy mengeluh berat. Nampaknya sahabatnya itu bakal meninggalkannya sendirian di bumi italy ini.

"Kau jangan nak tayang muka sedih. Bukan aku mati pun. Ada masa kau datanglah sana." Ujarku sambil menepuk perlahan bahu kanannya.

"Siapa nak masak nanti kalau kau tak ada?"
"Eleh, kau tu pandai masak tapi kau malas. Anak dara pun pemalas. Patut semua lelaki lari nampak kau."

Aurora ketawa kuat. Dia tidak menghiraukan jelingan maut Wendy. Dia gurau aje kot.

"Apa yang best sangat ni?" Suara garau milik seorang lelaki menghentikan tawa kuat si Aurora.

Mr Kelly. Pemilik cafe tempat dia bekerja. Aurora tunduk kepala. Bukan apa. Dah kantoi sebab membawang masa bekerja. Itulah dia. Mereka berdua tu menyemak aje kerja kat situ. Tapi, kalau bukan mereka berdua kerja kat situ siapa lagi? Wendy dan Aurora ajelah harapan Mr Kelly.

Ah...sebelum aku lupa. Sebenarnya Mr Kelly ni bangsa cina asal Malaysia. Jadi, dia tahu cakap Malaysia walaupun sedikit tunggang langgang macam kapal nak tenggelam.

"Tak ada apa-apa bos."
Aurora menyeringai.

"Dia kena terima bos." Wendy mencelah.
"Terima apa?"
"Kerja jadi model dekat Sônô company. Melbourne sana."
"Jauh melayang?"
Mr Kelly memandangku. Aku tayang muka sepuluh sen.

Suka hati akulah nak pergi jauh. Bukan aku bawa kau pun!

Daripada aku layan bos aku ni, baik aku buang sampah kat belakang tu. Dah penuh macam boleh bawa berparty aje.

"Nak ke mana tu?" Soal Mr Kelly.
"Buang sampah."

Mr Kelly angguk. Aku atur langkah menuju ke belakang cafe. Aku kena buang dekat tong sampah besar kat depan cafe tu.

Dah 5 minit aku terpacak kat depan tong sampah besar ni. Alahai...apalah nasib aku ni. Berat macam gajah aje sampah ni. Mana kuat aku nak angkat masuk dalam tong sampah?

Aku mengeluh berat. Aurora, usaha sikit. Kalau kau terpacak macam tugu depan tu, tak adanya sampah tu masuk sendiri. Apalagi? Aku cuba untuk kuatkan diri aku. Aku usaha untuk masukkan sampah ni ke dalam tong sampah besar depan aku.

Eh? Kenapa ringan semacam aje? Bukan tadi berat eh sampai tangan aku ni boleh patah. Ada jin tolong aku ke?

Hmmm? Bau cologne? Sampah ke yang bau cologne mahal ni? Aku pusing belakang. Uishhhh. Lelaki! Patutlah sampah aku ringan aje. Ada orang tolong rupanya.

Ishhh dekat sangat mamat ni dengan aku. Hensem siot! Meleyot aku dibuatnya.

"Thank you." Ucapku sambil tersenyum manis ke arahnya.  Senyumanku dibalas.

Wei...seksi betul senyuman mamat ni. Astaga. Berdebar jantung aku. Macam dah lari 100 meter acara Olympics aje.

Dia pandang aku. Eh? Bukan ni mamat yang aku jumpa bulan lepas ke? Parut tu! Aku ingat lagi.

"Kenapa?" Soalnya.

Aik? Tu tadi bahasa melayu kan? Bukan bahasa alien. Aku tunjuk muka hairan. Muka mamat tu memang asli muka orang Italy weh. Macam mana boleh pandai cakap melayu? Ke dia ambik kelas melayu? Yelah kot.

"Kenapa awak tengok saya macam nak tembus aje?" Soal lelaki itu lagi.
"Err...awak pandai cakap melayu?"
Lelaki itu angguk.

"Prince!"
Lelaki di hadapanku berpaling ke arah suara itu.

Prince? Nama mamat tu prince ke? Kenapa pelik sangat? Panggilan aje kot.

Aku baru aje nak bukak mulut sebab nak tanya siapa nama dia. Tapi, mamat tu dah buka langkah pergi tinggalkan aku. Hmm...tak sempat nak tanya. Kalau ada jodoh, adalah tu.

"Siapa tu?" Sergah Wendy daripada arah belakang.
Aku urut dada perlahan. Boleh sakit jantung aku hari ni.

"Entah."
"Entah?"

Wendy pandang aku hairan.
"Ha'ah. Entah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience