Bab 6

Romance Series 704

Setahun kemudian...

When I look at you
I don't know what to do
You give me butterfly
I wasn't sure until now
To fall in love with someone
You came here like destiny

Sedang aku menghayati lagu yang berkumandang memenuhi setiap penjuru studio itu, ada tangan yang datang mencuba untuk menekan butang stop pada radio klasik itu. Laju tangan aku buat kerja.

Pap!

"Apa ni? Main kasar eh?" Lucca mengusap lengannya. Merah lengan dia dibuatku.

"Itulah. Tangan tu jangan gatal sangat. Kan dah kena." Kataku sambil lewa. Aku kembali bersandar pada sofa.

Letih kerana seharian photoshoot untuk majalah Times. Majalah Times tau bukan majalah Wanita Hari Ini. Kau ade? Tak ada, kan?

"Photoshoot awak dah habis eh?" Aku angguk.

Lucca duduk di sebelahku. Pakaian semasa shooting masih lagi ada di tubuhnya. Sebenarnya mereka berdua bersama seorang model melakukan photoshoot sempena pelancaran item baru untuk brand Puan Mariah. Nama brand dia pun selalu meniti di bibir masyarakat di seluruh dunia. Simple aje nama brand dia tapi cantik, Eve.

Sudah genap setahun aku menjadi model di syarikat mama Lucca ini. Genap setahun juga aku menetap di Melbourne setelah beberapa peristiwa malang yang menimpaku dahulu. Keluarga Lucca sentiasa berada di sisiku ketika aku memerlukan bantuan.

Pernah sekali aku bertanya kepada puan Mariah tentang layanan baiknya kepada aku. Aku terus terang aje tanya.

"Kenapa auntie baik sangat dengan saya? Lagipun, saya ni orang luar. Auntie tak takut?"

Puan Mariah ketawa perlahan. Anak matanya tepat memandang anak mataku.

"Saya tau awak orang baik. Kalau awak nak buat jahat dekat saya, mesti awak dah buat dari awal kita jumpa dulu. Kan?"

Aku angguk. Betul jugak apa dia cakap. Tapi aku memang nak tau sebab kenapa keluarga dia baik sangat dengan aku. Sudahlah mereka jumpa aku dalam keadaan separuh mayat aje. Dengan kaki luka. Rupa serabai. Sekali pandang macam orang gila.

"Perangai awak buat saya teringat dekat arwah anak perempuan saya. Senyuman dia cantik sampai saya rasa dia wanita paling cantik dekat dunia ni. Macam awak. Tapi, tak sangka dia dengan arwah suami saya dah pergi tinggalkan kami semua." Terlihat ada air mata di hujung mata puan Mariah. Tangan kanannya aku raih dan kuusap. Cuba unyuk memujuk hati sedih itu.

"Auntie janganlah sedih macam ni. Nanti dia ikut sedih tau." Kuukir senyum ke arahnya.

"Aurora jangan tinggalkan kami tau. Kami berdua sayang Aurora macam keluarga sendiri."

Anggukan kepalaku bermaksud aku berjanji untuk sentiasa berada disisi mereka. Tambahan pula, puan Mariah sudah seperti ibu kandungku sendiri. Rindu pula aku dengan arwah ibu.

Deringan telefon membuat aku tersentak.

"Woi, mak cik! Kau kat mana sekarang?" Sergah Wendy sebaik sahaja panggilan telefon bersambung.

Aku pandang Lucca disebelah. Suara kuat minah ni memang besar sampai si Lucca boleh dengar. Bahaya.

"Siapa?"
"Mak harimau." Bisikku.

Lucca ketawa. Sabar ajelah. Kaulah Wendy kena panggil mak harimau.

"Aku kat studio ni. Kenapa?"
"Kenapa kau kata? Kau lupa eh?"
"Lupa? Lupa apa?"

Aku hairan. Apa yang aku lupa? Setahu aku hari ini hari biasa bukan hari special. Birthday Wendy ke? Bukan jugak.

"Lucca, hari ni hari apa?"
"Selasa."
"Apa? Selasa?"

Baru aku ingat. Hari ini Wendy datang Melbourne sebab dia tengah cuti. So, dia nak jumpa aku. Matilah aku! Aku kena jemput dia kat airport.

"Er...Wendy. Kau kat mana sekarang?" Soalku sedikit gagap. Yalah, semua salah aku. Rasanya berjam-jam si Wendy tunggu aku kat airport.

"Aku dah kat airport 4 jam, Aurora Luvvie. Punya aku tunggu kau datang. Sampai ke esok tak datang kalau aku tak call."

"Sorrylah Wendy. Aku busy sangat sampai lupa."
"Yelah, siapalah aku ni."

Ah sudah. Mulalah drama korea dia tu.

"Aku busylah, Wendy. Malam nanti baru aku habis photoshoot. Apa kata kau naik teksi? Nanti aku bagi alamat rumah aku."

"Teksi? Kau nak aku naik teksi?"
"Ha'ah. Teksi."
"Tak nak aku. Takut pulak jadi macam kau dulu."

Aku mati kata. Aku trauma dengan si wendy sekali trauma. Aku pandang Lucca di sebelah. Aku mengulum senyuman.

"Wendy, kau tunggu situ. Nanti Lucca datang ambik."
Kata-kataku membuat Lucca terkejut lantas memandangku.

"Lucca? Mamat playboy tu eh?" Sempat aku menahan tawa daripada terhambur.
"Dia ada kat sebelah aku." Bisikku.
"Aku tak kenal muka dia babe."
"Don't worry babe. Aku akan pastikan kau kenal dia."
"Okey. Boleh aje asalkan bukan teksi."
"Hmm...kalau macam tu kau tunggu situ. Jangan pergi mana-mana."
"Okey."

Panggilan tamat. Aku memandang Lucca dan tersenyum manis.

"Please." Kataku. Kedua-dua tangam disatukan diangkat. Aku tengah merayu sebenarnya.

"Saya sibuklah. Awak kan dah habis."

Lucca angguk kepala. Rambutnya ditarik ke belakang. Hensem? Mestilah! Aku pun boleh cair.

"Nanti awak send gambar dia kat saya biar senang saya cari." Arahnya kepadaku. Aku hanya mengangguk.

"Terima kasih babyku sayang." Aku sendiri pun meluat dengan apa yang keluar daripada mulut aku. Baby sayang kepala otak kau!

"Lucca nak ke mana tu?"

Aku berpaling apabila mendengar suara dari arah belakang. Puan Mariah kelihatan anggun dengan memakai blouse putih yang dipadankan dengan slack biru tua. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas. Masih cantik seperti anak dara.

"Lucca pergi ambik kawan Aurora dekat airport sebab Aurora habis shooting malam ni."

Puan Mariah tersenyum lembut.

"Dia tak dating hari ni?"
Ya...puan Mariah tahu akan sikap anak terunanya itu. Playboy no 1 dunia. Semua aktiviti Lucca dekat luar pun dia tahu.

"Entahlah auntie. Tak kot. Itu yang dia okey aje Aurora suruh."

"Berbuih mulut auntie ni tegur dia. Tapi, dia tu buat derk aje."

Betullah tu. Mama dia tegur jangan mainkan hati perempuan kat luar sana. Apa peribahasa tu? Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Haaa tapi bukan Lucca. Si Lucca ni memang tak akan masuk telinga kanan punya. Telinga dia kebal.

"Auntie balik dulu. Pukul 8 nanti datang rumah auntie. Kita dinner sama-sama." Kata puan Mariah sebelum melangkah pergi. Aku pula hanya mengangguk.

Aku kembali bekerja. Letih. Sedari pagi tadi aku photoshoot untuk majalah Times. Tapi, aku kena bertahan sebab aku perlukan kerjaya ni.

Tepat pukul 7.30 malam, photoshoot berakhir. Usai selesai, aku ganti pakaian dan mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang terlibat.

Aku ada 30 minit lagi sebelum dinner dekat rumah puan Mariah. Aku korek segala isi dalam beg tangan untuk mencari kunci kereta.

Tiba-tiba telefon pintarku mendendangkan lagu minta untuk dijawab. Tertera nama Lucca.

"Hmmm."

Sambil itu aku melangkah masuk ke dalam perut kereta milikku.

"Awak kat mana?"
"Saya baru aje habis photoshoot. Wendy macam mana?"
"Ada dengan saya. Sebelum awak balik, boleh tolong belikan beer tak?"

Eeee mamat ni! Buatnya aku lambat sampai rumah dia nanti. Naya aku kalau semua tunggu aku. Ada yang mati sebab kelaparan.

"Sempat ke? Pukul 8 nanti ada dinner kat rumah awak tu. Mama awak ajak."

"Sebab itulah saya nak awak beli beer. Kita enjoy malam ni untuk sambut kedatangan orang lain.'

Orang lain? Berkerut dahiku mendengar kata-kata si Lucca. Wendy ke? Biar betul? Sampai merayakan kedatangan pulak tu. Memang si Lucca ni. Sengallah!

"Okey. Nanti saya belikan." Ujarku. Penat hendak bertikam lidah dengan Lucca.

Tanpa menunggu lagi, kereta aku pandu ke lebuh raya. Laju aku bawak kereta sebab takut terlambat. Nampak kedai runcit kat depan aku terus berhentikan kereta.

Laju aku buat kerja. Tak sampai 5 minit aku dah keluar daripada kedai runcit itu.

-----

Kereta aku parkir dalam garaj rumah. Aku hairan bila melihat kehadiran sebuah motorbike besar berwarna merah disebelah keretanya itu. Semua plastik yang berisi beer aku capai dan bawa masuk. Loceng rumah ditekan perlahan.

Dah kemana manusia dalam rumah ni? Dari tadi aku duk tercegat aje kat luar ni. Seorang pun tak ada yang nak bukakan pintu.

Aku tekan loceng rumah buat ketiga kalinya. Empat kali. Lima kali. Tiada jawapan.

Ni memang nak kena dengan aku ni! Aku singsing lengan baju sampai ke siku. Gaya aku memang rupa macam nak taekwando tau. Aku nak buat apa? Nak tendang pintulah!

Ready. Baru aje aku nak angkat kaki, kedengaran tapak kaki daripada arah belakang.

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you

Lah...hari ni hari jadi aku rupanya. Hmm...apa nak jadi? Hari jadi diri sendiri pun aku lupa. Sibuk sangat agaknya. Karang kalau dah kahwin pun aku boleh lupa aku dah ada suami. Yehet!

Aku berpaling ke arah belakang. Aku pandang wajah orang-orang dihadapanku. Ada auntie Mariah. Ada Lucca. Ada Wendy jugak. Ada....eh? Mamat ni siapa?

Bertubuh tinggi lampai. Tubuh badan yang tegap. Rambut potongan ala mullet. Telinga kanan dan kirinya dipenuhi anting. Apa orang kata? Piercing? Ha...dialah tu. Lelaki itu memakai hoodie berwarna kelabu dan dipadankan dengan seluar ketat berwarna hitam. Rantai bertanda salib dipakai pada lehernya.

Uishhh...liar sangat rupa mamat ni. Jauh beza dengan si Lucca. Cuba bayangkan. Rupa mamat tu macam rupa Han seo Jun dalam drama korea True Beuty.  Haaaa..sebiji. Jadi, motorbike besar yang aku nampak tadi dia punya eh? Kaya mamat ni. Hehe.

Tapi, aku rasa mamat ni lagi hensem dari Lucca. Susahlah aku nak tengok rupa dia sebab dia pakai kaca mata hitam. Bukalah sayang oii...

"Aurora." Aku tersentak apabila ada tangan yang melambai-lambai di hadapan wajahku.

"Wendy!" Laju Wendy membawa ku ke dalam dakapannya. Erat sekali sampai aku susah nak bernafas.

"Sudah wei. Aku nak pengsanlah mangkuk!" Akhirnya Wendy melepaskan pelukannya. Terbahak-bahak Wendy ketawa. Aku pula cuba untuk menarik nafas.

"Jemput masuk, Princess Aurora." Kata Lucca sambil menarik tangan kananku dan dibawa masuk ke rumah.

Princess? Princess kepala otak hang! Aku luku juga kepala tu ha. Patutlah suruh aku beli beer di saat akhir. Memang sengaja suruh aku datang lambat sebab nak bagi surprise kat aku. Huh! Bengong!

Aku pusing belakang. Mamat tadi dah hilang. Biar betul apa yang aku nampak tadi? Atau tu hantu? Merepek kau ni, Aurora.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience